Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda nak kekalkan wajah yang anjal dan nampak muda? Amalkan makanan awet muda ini. Selain daripada buah untuk awet muda, terdapat juga jenis makanan lain untuk cantikkan kulit wajah.

Lihat senarai di bawah ini. 

Makanan awet muda 1: Minyak zaitun dara

makanan awet muda

Anda pasti pernah mendengar mengenai minyak kelapa dara. Tetapi, pernahkah anda dengar tentang minyak zaitun dara pula? Ia diiktiraf sebagai salah satu jenis lemak paling sihat untuk makanan manusia.

Kajian ada menunjukkan, ia dapat membantu mencegah banyak penyakit biasa yang berkaitan dengan penuaan.

Ia dilihat membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu mencegah sindrom metabolik dan mungkin juga berkesan untuk melawan kanser.

Minyak zaitun juga dapat membantu kulit anda untuk kelihatan lebih muda.

Minyak ini  mempunyai kesan antiradang yang kuat pada kulit dan dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV matahari.

Selain itu, hampir 73% minyak zaitun terdiri daripada jenis lemak tidak tepu tunggal. Lemak ini boleh membantu meningkatkan keanjalan kulit anda.

Makanan awet muda 2: Teh hijau

Pasti ramai yang menggemari minuman teh hijau. Ia dihidang sama ada dalam bentuk teh panas atau sejuk bersama ais.

Teh hijau sangat kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat melindungi tubuh badan daripada kesan radikal bebas. Teh hijau sangat tinggi dengan kandungan antioksidan yang disebut sebagai polifenol.

Polifenol mempunyai kesan yang dapat melawan diabetes, kerintangan insulin, keradangan dan juga penyakit jantung.

Polifenol juga dapat membantu melindungi kolagen, iaitu protein utama dalam kulit anda. Ini dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan daripada berlaku pada wajah anda.

Makanan awet muda 3: Ikan berlemak

buah untuk awet muda

Ikan berlemak merujuk kepada jenis ikan tertentu yang kaya dengan kandungan asid lemak omega-3. Antara contoh ikan berlemak ialah ikan tuna, ikan salmon, ikan tenggiri dan ikan trout.

Asid lemak omega-3 bermanfaat untuk melawan penyakit jantung, keradangan dan kolitis ulseratif.

Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 juga dapat melindungi anda daripada keradangan dan kerosakan yang terjadi apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Ikan salmon khususnya, mempunyai komponen tambahan yang dapat menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda.

Ia mengandungi antioksidan karotenoid yang disebut astaxanthin, yang menyebabkan daging ikan salmon berwarna merah jambu.

Dalam satu kajian, individu yang mempunyai kerosakan kulit akibat cahaya matahari telah diberikan gabungan kolagen dan juga astaxanthin selama 12 minggu.

Kesannya, kulit mereka menjadi lebih elastik dan tidak mudah kering. Hebatkan makanan awet muda ini?

Buah untuk awet muda 4: Buah delima

Kita mungkin jarang memakan buah ini kerana harganya yang mahal, namun buah merah ini berbaloi untuk diamalkan.

Tahukah anda, kandungan antioksidan dalam buah delima sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding antioksidan dalam teh hijau kegemaran anda.

Buah delima juga berkemampuan mengurangkan keradangan dan membantu mencegah kerosakan akibat gula darah tinggi.

Selain itu, ia juga dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada penghidap kanser kolon. 

Tambahan pula, buah delima didapati berkesan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar matahari.

Buah untuk awet muda 5: Tomato

makanan awet muda

Walaupun kita sering menjadikan tomato sebagai hidangan sayur-sayuran, ia sebenarnya adalah sejenis buah. Jangan sesekali memandang rendah kemampuan buah tomato.

Walaupun harganya murah, tomato banyak memberikan kebaikan kepada tubuh disebabkan kandungan likopennya yang tinggi.

Likopen adalah sejenis karotenoid yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kanser prostat.

Kajian ada menunjukkan bahawa tomato juga dapat melindungi kulit anda daripada kesan buruk cahaya UV matahari.

Memasak tomato dengan jenis lemak sihat seperti minyak zaitun, boleh meningkatkan penyerapan likopen ke dalam tubuh badan anda. 

Cuba kesemua makanan dan buah untuk awet muda ini

Kelima-lima jenis makanan dan buah untuk awet muda ini amat mudah untuk didapati di sekeliling kita. Apatah lagi, buah seperti tomato pula dijual dengan harga yang sangat murah.

Bagi jenis ikan, anda mungkin boleh mencuba memakan ikan sardin untuk harga yang lebih murah.

Dengan mengambil jenis makanan ini, kami pasti wajah anda akan kekal anjal untuk jangka masa yang lebih lama.

Tidak perlu berbelanja besar dengan membeli produk kosmetik dan suplemen. Hanya dapatkan sumber makanan asli seperti yang telah dicadangkan di atas ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

Selain bersiar-siar, bagaimana pula jika anda gunakan strategi makanan penghilang stres? Adakah makanan hilangkan stres ini betul-betul berkesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 21/01/2021 . 3 minit bacaan

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sistem pencernaan manusia mempunyai peranan penting dalam menguraikan makanan dan minuman yang diambil kepada khasiat nutrien.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Sistem Penghadaman 31/12/2020 . 4 minit bacaan

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang boleh menyebabkan batu karang buah pinggang? Apakah jenis makanan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Batu Karang, Urologi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pundi hempedu dibuang

Lepas Pembedahan Pundi Hempedu, Tak Boleh Minum Susu! Apa Lagi Makanan Kena Pantang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
fungsi otot

Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
mengecilkan payudara

Segan Payudara BESAR? Jom Cuba 5 Tip Semula Jadi Ini, Confirm Boleh Kecil!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
kesan tabiat buruk pada wajah

Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan