backup og meta

Jangan Ambil Mudah! Ini Bahayanya Jika Air Di Rumah Anda Kotor, Boleh Dapat Penyakit Bawaan Air!

Jangan Ambil Mudah! Ini Bahayanya Jika Air Di Rumah Anda Kotor, Boleh Dapat Penyakit Bawaan Air!

Air yang bersih sangat penting untuk kehidupan. Tanpa air yang bersih, kita akan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit bawaan air yang boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan. Antara contoh penyakit bawaan air yang lazim ialah cirit-birit, kolera dan demam kepialu.

Walau bagaimanapun, bekalan air bersih masih sukar untuk didapati di sesetengah tempat. Ada juga yang menerima air berkeladak dan berwarna kuning sehingga ia tidak sesuai untuk diminum.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai penyakit yang disebarkan oleh air serta kepentingan penapis air untuk memastikan bekalan air yang diminum oleh ahli keluarga kita bersih dan selamat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Bakteria penyakit bawaan air boleh merebak dalam paip

penyakit bawaan air

Tahukah anda, walaupun air yang disalurkan ke rumah kita telah dirawat, namun ia masih lagi berpotensi untuk menjadi perumah kepada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan penyakit.1

Benar, air yang keluar daripada paip rumah kita nampak bersih dan selamat untuk diminum, namun ia tidak melalui proses pensterilan.

Sekiranya paip atau tangki simpanan di rumah sudah lama tidak diselenggara, bakteria atau kuman penyebab penyakit bawaan air boleh membiak.1

Antara mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit ialah Cryptosporidium, Legionella, Campylobacter, Norovirus, E. coli O157, Rotavirus dan banyak lagi.2 Semua mikroorganisma ini berpotensi untuk hidup dalam air, terutamanya jika ia dibiar bertakung terlalu lama.

Air yang tidak bersih boleh membawa mudarat kepada orang tua, bayi, kanak-kanak, ibu mengandung dan juga mereka yang mempunyai sistem imun yang terjejas.1

Cara yang termudah untuk memastikan bekalan air paip sentiasa bersih dan bebas kuman adalah dengan pemasangan penapis air.

Penggunaan alat ini bukan sahaja dapat memastikan air selamat untuk diminum, malahan ia juga dapat mengurangkan sebarang simptom yang berkait dengan sistem percernaan, contohnya ketidakhadaman, cirit-birit yang kronik dan sembelit.

Contoh penyakit bawaan air

Air yang tidak bersih boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah bawaan air

Penyakit ini bukan sahaja mendatangkan pelbagai simptom, tetapi ia juga membawa mudarat kepada ahli keluarga kita.

Antara contoh penyakit yang merebak melalui air ialah:

1. Cirit-biritpenyakit bawaan air

Cirit-birit merupakan penyakit yang sangat lazim berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak bersih. Selain itu, pesakit yang terkesan dengan diarea juga selalunya akan mengalami simptom lain seperti rasa loya dan muntah-muntah.3

Antara komplikasi cirit-birit ialah dehidrasi. Kekurangan air boleh membahayakan kesihatan dan perlu dirawat dengan segera.4

Lindungi ahli keluarga anda dan bekalkan mereka dengan air bersih. Selain penggunaan penapis air, anda juga boleh masak dahulu air sehingga mendidih sebelum minum.

2. Kolera

kolera

Kolera atau taun juga merupakan antara penyakit yang disebabkan bawaan air yang utama di negara kita. Walau bagaimanapun, penyakit ini lebih mudah merebak di kawasan yang tidak bersih atau tidak mempunyai kemudahan tandas yang sempurna.5

Punca wabak taun ialah jangkitan bakteria Vibrio cholerae. Ia boleh merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan tinja atau muntah individu yang dijangkiti.5

Untuk mengelakkan taun, kita digalakkan untuk minum air yang telah ditapis atau dididihkan. Walaupun anda menetap di kawasan bandar, jangkitan melalui air masih boleh berlaku.

Penyakit bawaan air #3. Hepatitis A

Hepatitis A merupakan sejenis keradangan yang berlaku pada kawasan hati. Virus Hepatitis A (HAV) boleh merebak melalui makanan atau air. Ia juga boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan.6

Risiko penyakit ini paling tinggi di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih. Walau bagaimanapun, ada vaksin yang selamat dan sangat efektif untuk merawat penyakit ini.6

Selalunya, hampir semua pesakit yang pernah dijangkiti Hepatitis A tidak akan mengalami jangkitan semula. Mereka juga akan mendapat imuniti sepanjang hayat.7

4. Demam kepialu (tifoid)

Sama seperti penyakit-penyakit di atas, demam kepialu juga berlaku disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang tidak bersih. Penyakit ini berlaku disebabkan bakteria Salmonella typhi.8

Di negara kita, kes demam kepialu yang dicatatkan sangat rendah. Ia berlaku kepada 0.76 daripada 100,000 orang. Penyakit ini lebih lazim berlaku di negara-negara Asia Selatan.9

5.  Malaria

Malaria merupakan sejenis penyakit zoonotik yang berlaku disebabkan nyamuk betina yang membiak di dalam air bertakung. Penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pneumonia, anemia dan juga kematian.10

Malaria sangat lazim terjadi di kawasan yang beriklim panas dan lembap. Pada tahun 2021, hampir 241 juta kes malaria dicatatkan di seluruh dunia. Kebanyakan kes ini berlaku di Afrika dan Asia Selatan.10

Cara mengelakkan penyakit bawaan air

penyakit bawaan air

Antara langkah yang boleh anda lakukan untuk memastikan sumber air di rumah bersih dan bebas kuman ialah:11

  1. Jaga kebersihan kawasan rumah. Bersihkan tandas menggunakan air panas dan sabun.
  2. Amalkan penjagaan kebersihan diri. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dengan sabun dan air yang mengalir.
  3. Sediakan makanan dalam persekitaran yang bersih. Masak daging sepenuhnya. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum makan.
  4. Minum air yang bersih. Pasang penapis air di rumah. Alat ini boleh menapis kebanyakan mikroorganisma dan juga kotoran yang terampai dalam air. Selain itu, masak air sehingga mendidih sebelum diminum.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Preventing Waterborne Germs at Home. https://www.cdc.gov/healthywater/drinking/preventing-waterborne-germs-at-home.html. Diakses pada Februari 1, 2023.
  2. Causes and Symptoms of Waterborne Illness. https://www.health.state.mn.us/diseases/waterborne/basics.html. Diakses pada Februari 1, 2023.
  3. Diarrhea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diarrhea/symptoms-causes/syc-20352241. Diakses pada Februari 1, 2023.
  4. Cirit-birit. http://www.myhealth.gov.my/cirit-birit/. Diakses pada Februari 1, 2023.
  5. Cholera – Vibrio cholerae infection. https://www.cdc.gov/cholera/illness.html. Diakses pada Februari 1, 2023.
  6. Hepatitis A. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hepatitis-a. Diakses pada Februari 1, 2023.
  7. Available Vaccines-Hepatitis A. https://adultimmunisation.msidc.my/hepatitis-a/. Diakses pada Februari 1, 2023.
  8. Demam Kepialu (Tifoid). https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/50-demam-kepialu-tifoid.html. Diakses pada Februari 1, 2023.
  9. Available Vaccines-Typhoid. https://adultimmunisation.msidc.my/typhoid/. Diakses pada Februari 1, 2023.
  10. Malaria. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15014-malaria. Diakses pada Februari 1, 2023.
  11. Prevention of Food and Water Borne Illness. https://www2.gnb.ca/content/gnb/en/departments/ocmoh/cdc/content/food_andwaterborne/prevention.html. Diakses pada Februari 1, 2023.

Versi Terbaru

12/07/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Bahaya Penyakit Kolera, Wabak Bawaan Bakteria Dalam Najis Boleh Bawa Maut!

Kepentingan Air Kosong untuk Si Manja Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan