backup og meta

Mandian Air Panas Boleh Jejas Kesuburan Lelaki? Ini Kata Pakar Tentangnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/06/2022

    Mandian Air Panas Boleh Jejas Kesuburan Lelaki? Ini Kata Pakar Tentangnya!

    Mandian air panas akan jejas kesuburan lelaki? Penemuan daripada satu kajian selama 3 tahun menyokong kenyataan bahawa lelaki perlu mengelakkan dari memberikan sperma mereka haba yang berlebihan!

    Mandian air panas & lelaki

    Sperma diketahui paling baik dalam persekitaran yang sejuk dan sebab itulah buah zakar terletak di luar badan manusia di dalam skrotum.

    Kajian yang lain telah mendedahkan haba daripada penggunaan komputer riba dan memakai seluar dalam yang ketat boleh mengurangkan kesuburan seperti yang dilaporkan oleh Journal of Society Brazil Urology.

    Para penyelidik dari University of California, San Francisco, menyatakan bahawa walaupun ia telah difahami selama beberapa dekad bahawa ‘haba basah’ boleh menjejaskan kesuburan, kajian yang ada mengenainya sangat sedikit.

    Lelaki yang datang ke klinik kesuburan yang terdedah kepada ‘haba basah’ lebih daripada 30 minit setiap minggu melalui mandi tab panas, telah dipilih untuk kajian ini.

    mandian air panas

    Apa pula kata pakar tentang perkara ini?

    Bilangan sperma dalam lima daripada 11 lelaki yang mengalami masalah kesuburan meningkat sebanyak 49% selepas mereka berhenti menggunakan tab panas untuk beberapa bulan.

    Selepas tiga hingga enam bulan tidak menggunakan tab panas, hampir separuh daripada lelaki terbabit menunjukkan peningkatan lima kali ganda pada bilangan sperma.

    Mobiliti sperma pula meningkat dari 12% kepada 34% bagi mereka yang berhenti menggunakan tab panas.

    Lima daripada enam lelaki yang tidak menunjukkan perubahan adalah perokok kronik, di mana penyelidik mengatakan bahawa ia boleh mempengaruhi kekurangan pada tindak balas.

    Ketua penyeldik, Dr. Paul Turek, Pengarah Pusat Kesihatan Reproduktif UCSF Male berkata projek yang mereka telah diusahakan adalah cadangan dan perkara-perkara yang perlu dielakkan bagi pasangan jika mereka mahu mempunyai anak.

    Beliau menjawab bahawa jika lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka dengan mengelakkan mandian air panas, pasangannya mungkin tidak memerlukan IVF atau memilih rawatan kurang invasif.

    Beliau berkata sebenarnya wanita lebih suka untuk cuba mendapatkan anak secara semula jadi tanpa teknologi – adalah satu cara untuk membantu mereka berbuat demikian.

    mandian air panas

    Menurut Dr. Turek, satu-satunya kajian lain yang diterbitkan berkaitan hubungan antara mandian air panas dan kesuburan adalah pada tahun 1965.

    Selepas terdedah kepada ‘haba basah’ selama 30 minit berselang hari, penyelidik mendapati penurunan sementara pada penghasilan sperma tetapi tidak melihat kepada kualiti sperma sebelum dan selepas kajian.

    Bagaimana ingin tingkat kesuburan lelaki?

    Kesuburan lelaki boleh ditingkatkan dengan pelbagai cara antaranya adalah diet dan senaman.

    Dari segi diet pula, lelaki perlu mengambil coklat gelap, tiram, telur, pisang, bayam, walnut, lobak merah, buah beri, macca atau ginseng.

    Sebagai alternatif, lelaki boleh mendapatkan suplemen dan vitamin A, B, C atau asid folik kerana ini boleh meningkatkan kuantiti serta kualiti sperma mereka.

    Untuk senaman pula, lelaki boleh cuba menunggang, berjoging, berenang dan juga yoga untuk meningkatkan kesuburan mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan