Ubat cirit-birit dapat mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom.
Jika anda tidak pasti ubat apa yang perlu dibeli, jangan segan untuk bertanya pada ahli farmasi yang bertugas ya!
Baca juga:
Makanan yang perlu dielakkan
Fakta:
- Jika anda menghidap cirit-birit, elakkan makanan yang berminyak, bergula dan pedas.
- Makan makanan yang dapat memberikan keselesaan terhadap perut seperti sayur-sayuran lembut, biskut, roti dan minum banyak air.
- Amalkan diet BRAT (pisang, nasi, sos epal dan roti) untuk melegakan cirit-birit.
Banyak makanan dapat membuatkan cirit-birit menjadi semakin teruk. Antara makanan yang perlu dielakkan sekiranya anda menghidap cirit-birit berair ialah:
1. Makanan yang pedas
Makanan yang pedas boleh menyebabkan keradangan pada sistem pencernaan.
Oleh sebab itu, penghidap sakit perut cirit birit cair perlulah mengambil makanan yang tawar untuk mengelakkan iritasi daripada menjadi semakin teruk.
2. Elak makanan bergoreng sebagai cara merawat cirit birit berair

Jangan sesekali ambil makanan yang pedas ketika cirit-birit.
Minyak dan juga lemak boleh menyebabkan sakit perut anda menjadi semakin teruk. Ia juga sukar dicerna oleh perut.
3. Makanan yang manis
Makanan yang manis mempunyai kesan laksatif. Apa itu laksatif? Ia merupakan sejenis makanan atau ubat yang akan membuatkan anda lebih mudah untuk membuang air besar.
Sekiranya anda menghidap cirit-birit, elakkan makanan yang manis terutamanya jus buah atau manisan yang mengandungi banyak gula.
4. Makanan yang mengandungi serat
Serat merupakan makanan yang baik untuk sistem pencernaan. Namun, jika anda sedang mengalami cirit-birit, seeloknya tinggalkan dahulu makanan yang mengandungi serat.
Walau bagaimanapun, makanan yang mengandungi serat yang larut dalam air mungkin dapat membantu mereka yang menghidap cirit-birit.
Sebagai contoh, pektin dalam pisang atau epal mungkin dapat mengurangkan simptom yang anda alami.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen