backup og meta

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Gelaran si keding, orang lidi atau jerangkung seperti sudah sebati dengan individu yang kurus kering bukan? Usah biar sindiran ini berterusan, anda perlu ambil 5 jenis makanan untuk tambah berat badan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Jadual pemakanan untuk tambah berat badan

Kadangkala, bukan jenis makanan sahaja yang perlu difikirkan jika mahu menambah berat badan. Ini kerana faktor kuantiti dan waktu makan juga harus dititikberatkan bagi mencapai tujuan itu.

Bagi memahami perkara ini, kita perlu tahu bahawa individu yang kurus itu sangat mudah untuk rasa kenyang.

Disebabkan itu pula, jadual pemakanan orang yang kurus perlu lebih padat atau kerap. Jika sebelum ini mereka hanya makan sekitar 1 ke 2 kali sehari, ia perlu ditambah kepada 5 ke 6 kali sehari.

Namun, ia bukan bermakna anda perlu mengambil hidangan berat setiap kali waktu menjamu selera. Sebaiknya, sila makan dalam kuantiti sedikit sahaja tetapi dengan menu makanan yang paling sesuai.

berat badan
Tips menambah berat badan yang berkesan.

Persoalannya, apakah contoh menu makanan untuk tambah berat badan? Kami mungkin ada jawapannya!

Ini contoh menu makanan untuk tambah berat badan

Untuk pengetahuan anda semua, memang ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Tenang, ia bukan dengan cara makan yang tidak sihat!

Jika anda juga seorang yang bertubuh agak kurus, boleh cuba makanan untuk tambah berat badan berikut:

#1. Nasi & sumber karbohidrat yang lain

Nasi memang sudah amat sinonim dalam kalangan masyarakat kita di mana ia adalah antara makanan ruji paling utama. Berita baik buat anda, ia termasuk dalam makanan untuk tambah berat badan.

Dalam semangkuk nasi putih, ia mengandungi sekitar 200 unit kalori dan 50 gram karbohidrat. Ditambah pula dengan lauk-pauk dari sumber protein lain, tidak hairan jika sajian ini boleh menggemukkan.

Sebagai alternatif kepada nasi, anda juga boleh mengambil sumber karbohidrat lain seperti roti dan pasta. Namun, sila waspada dengan kuantitinya bagi mengelak risiko kondisi seperti obesiti atau diabetes.

makanan untuk tambah berat badan
Nasi boleh membantu menambah berat badan.

Contoh makanan yang boleh membantu menambah berat badan

  • Nasi
  • Telur
  • Susu
  • Kekacang
  • Suplemen

#2. Makan telur untuk tambah berat badan

Kedua, anda juga boleh memperbanyakkan lagi kuantiti sumber protein seperti masukkan telur ayam ke dalam menu seharian.

Menurut angka daripada USDA Food Database, sebiji telur ayam gred A memiliki anggaran 6 gram protein. Dengan pengambilan 4 – 5 biji telur setiap hari, ia boleh membantu usaha anda untuk menambah berat badan.

#3. Susu untuk tambah berat badan dewasa

Ketiga, penambahan susu ke dalam menu juga adalah cara yang baik dalam usaha bagi meningkatkan berat badan.

Selain susu, produk tenusu lain seperti keju, mentega, yogurt dan aiskrim adalah antara alternatif yang bagus. Pun begitu, mereka yang ada masalah alergi atau intoleransi laktosa perlu memikirkan cara lain.

#4. Kekacang

Semua sedia maklum bahawa kekacang merupakan antara snek yang bukan sahaja sedap malah sihat. Sarat dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral, ia sesuai diambil jika anda mahu menambahkan berat badan.

Sebagai contoh, kekacang seperti badam, hazel, gajus dan pistachio ini tinggi dengan kalori, protein dan paling penting, lemak sihat yang sudah tentu adalah pilihan makanan untuk tambah berat badan terbaik.

makanan untuk tambah berat badan
Kekacang boleh membantu menambah berat badan.

Maka, tukarkan tabiat snek ke arah yang lebih sihat. Selain dapat menggemukkan, kekacang juga sangat menyihatkan!

#5. Supplement tambah berat badan

Terakhir, anda juga mungkin perlu mempertimbangkan supplement tambah berat badan yang tepat. Paling mudah, adalah suplemen protein yang biasa digunakan oleh atlet dan peminat gimnasium.

Tidak kira di dalam bentuk serbuk atau pil, suplemen yang lulus piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah selamat untuk diambil dengan preskripsi sesuai saranan doktor atau pakar diet.

Konklusinya, ada banyak makanan untuk tambah berat badan anda boleh cuba. Semoga berjaya nanti ya?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What’s a good way to gain weight if you’re underweight?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/underweight/faq-20058429, Accessed Feb 8 2024.
  2. Healthy Weight Gain, https://www.eatright.org/health/wellness/weight-and-body-positivity/healthy-weight-gain, Accessed Feb 8 2024.
  3. Weight gain, https://www.nutritionist-resource.org.uk/articles/weight-gain.html, Accessed Feb 8 2024.
  4. Tips to gain weight, https://www.healthinfo.org.nz/patientinfo/205698.pdf, Accessed Feb 8 2024.
  5. High-Calorie Snacks for When You Need To Gain Weight, https://health.clevelandclinic.org/high-calorie-snack-ideas-for-weight-gain, Accessed Feb 8 2024.

Versi Terbaru

18/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Minuman Untuk Kurus, No. 4 Paling Ramai Orang Suka!

Jika Mahu Turunkan Berat Badan, Ambil 8 Jenis Makanan Diet Untuk Kurus Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan