Lebaran merupakan momen di mana anda boleh berkumpul dengan keluarga besar dan pelbagai makanan hari raya.
Makan adalah salah satu agenda wajib di hari raya namun anda perlu tetap menjaga pemakanan anda terutamanya jika anda sedang dalam rancangan menurunkan berat badan atau mempunyai penyakit tertentu yang memerlukan anda memberi perhatian terhadap pola makan anda.
Memang senang untuk terlebih makan di hari raya ini, lebih-lebih lagi jika anda berkunjung ke rumah-rumah kerabat.
Boleh jadi hampir setiap rumah anda akan dihidangkan makanan hari raya.
Tip di bawah boleh membantu anda untuk memastikan hari raya yang lebih sihat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
#1. Buat target realistik di hari raya
Anda mungkin sedang dalam keadaan yang khusus, sama ada ingin menurunkan berat badan atau menghidap penyakit tertentu yang memerlukan anda menjaga pola makan, seperti diabetes misalnya.
Jika anda sedang dalam program penurunan berat badan, sangat susah untuk mengawal kalori pada hari raya berbanding hari biasa.
Hidangan hari raya biasanya tinggi lemak, protein, dan karbohidrat.
Untuk sementara, anda boleh mengetepikan program penurunan berat badan anda terlebih dahulu tetapi lebih fokus kepada mengekalkan berat badan semasa.
Jangan terlalu tegas pada diri anda, apatah lagi jika ini menyebabkan anda menolak pelbagai makanan hari raya yang sudah dihidangkan oleh tuan rumah.
Kawal saiz hidangan dan jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Namun bagi anda yang memang perlu mengatur pola makan, seperti pesakit diabetes, ada baiknya anda memerhatikan betul-betul apa yang anda makan.
Contohnya, hadkan makan ketupat berlebihan atau mengurangkan kuah kacang.
#2. Jangan lapar mata di hari raya
Penyediaan makanan di hari ini selalunya terlebih kerana terlalu banyak makanan hari raya di pasaran.
Hal ini boleh menyebabkan anda lapar mata dan ingin makan pelbagai jenis makanan lebih dari biasa.
Anda boleh mengurangkan perkara tersebut dengan lebih banyak menghabiskan masa untuk berbual bersama rakan-rakan dan saudara.
Makan di hari raya merupakan pelengkap dan jadikan silaturahim sebagai sebab utama anda berkumpul.
Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih.
Tip makanan hari raya #3. Penuhkan pinggan dengan sayur
Ketika mengambil makanan, penuhkan dulu pinggan anda dengan sayur-sayuran.
Sayur-sayuran boleh membantu anda cepat kenyang dengan kandungan seratnya yang tinggi.
Cepat kenyang tentu akan membantu mencegah anda makan berlebihan.
Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil.
Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.
#4. Elakkan bahagian daging yang berlemak
Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.
Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Meksipun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging.
Contohnya, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya.
Selain itu semasa memakan ayam, seboleh mungkin elakkan makan bahagian kulitnya kerana lemak yang dimilki ayam biasanya tersimpan di kulitnya.
#5. Jauhi minuman manis yang bergula
Minuman berwarna-warni tentu menarik untuk dilihat.
Sirap dan soda merupakan jenis minuman yang biasa disajikan di hari ini.
Namun ambil jangan terlalu banyak kerana biasanya mengandungi kandungan gula yang cukup tinggi.
Satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat.
Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir.
Soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.
Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar.
[embed-health-tool-bmi]