Kenyang Awal, Adakah Ia Baik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan

Proses pencernaan bermula apabila anda mula mengunyah makanan dan berterusan sehingga makanan sampai ke usus kecil dan kemudiannya usus besar. Asid perut dan enzim pencernaan membantu mencerna makanan yang anda makan, sementara peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut pada salur makanan untuk menolak bahan makanan) membantu memindahkan makanan melalui perut dan usus.

Masalah yang menganggu peristalsis menyebabkan makanan tertinggal di dalam perut dan membuatkan anda berasa kenyang awal.

Definisi Kenyang Awal

Kenyang awal (early satiety) sering terjadi pada wanita berbanding lelaki. Kenyang awal ini bermaksud anda berasa kenyang selepas beberapa gigitan makanan atau sebelum anda menghabiskan hidangan bersaiz normal. Selain itu, anda juga boleh berasa mual atau mahu muntah semasa makan.

Punca Kenyang Awal

Kenyang awal mungkin kelihatan seperti masalah kecil, terutamanya jika anda tidak mempunyai simptom lain. Walaubagaimana pun, kenyang awal yang berterusan boleh menjadi tidak sihat dan mendorong kepada kekurangan nutrisi, kelaparan dan penyembuhan luka yang lemah. Malah, ia juga boleh menjadi tanda keadaan yang serius seperti kanser, ulser dan diabetes. Bagi sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau kurang darah jika tidak dirawat.

i. Gastroparesis

Gastroparesis adalah penyebab utama kenyang awal. Orang mempunyai gastroparesis mengalami kenyang awal kerana makanan berada di perut mereka lebih lama daripada yang sepatutnya. Kebanyakan masa, punca gastroparesis tidak diketahui. Tetapi menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, paling biasa diketahui adalah diabetes penyebab gastroparesis. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan perut.

ii. Kanser

Kenyang awal juga merupakan kesan sampingan yang biasa dalam rawatan kanser dan kanser itu sendiri. Menurut Nutrisi dan Pesakit Kanser, rasa kenyang awal adalah satu daripada 10 simptom utama bagi kanser walaupun ia tidak termasuk dalam kebanyakan simptom yang dinilai. Kenyang awal pada orang yang mempunyai kanser cenderung bersama penurunan berat badan, anoreksia, dan perubahan rasa. Sekurang-kurangnya, orang yang mengalami kenyang awal dan kanser juga mungkin mengalami pelbagai tahap keletihan, kelemahan, dan mulut kering.

iii. Sindrom usus yang merengsakan

Punca lain yang menyebabkan kenyang awal adalah sindrom usus iritabel (IBS). ia adalah gangguan yang memberi kesan kepada usus besar atau kolon dan menyebabkan sakit perut.

Ada juga mungkin berasa:

  • Kekejangan perut
  • Kembung
  • Gas
  • Cirit-birit
  • Sembelit

Diagnosis Kenyang Awal

Kenyang awal berkongsi banyak persamaan dengan simptom lain seperti kembung perut dan hilang selera makan. Proses untuk mengetahui keadaan yang membimbangkan kesihatan ini dipanggil diagnosis pembezaan (differential diagnosis).

Bagi menentukan kenyang awal, doktor akan memeriksa sejarah perubatan, melakukan pemeriksaan fizikal dan meminta anda melakukan ujian darah bagi memeriksa kiraan gula dan gula dalam darah.

Sekiranya terdapat simptom lain, pemeriksaan berikut akan dilakukan:

  • Upper gastrointestinal series (UGI), bagi memeriksa tanda-tanda gastroparesis melalui X-ray
  • Endoskopi atas, untuk memeriksa dengan teliti saluran pencernaan menggunakan kamera kecil
  • Ultrasound perut, untuk membuat gambar organ perut
  • Ujian najis, untuk memeriksa pendarahan usus
  • Gastric emptying scintigraphy, untuk menjejaki berapa cepat makanan mengosongkan ke dalam usus anda
  • SmartPill, untuk melihat berapa cepat makanan bergerak melalui trek pencernaan
  • Ujian nafas mengosongkan perut, untuk mengira berapa cepat perut anda kosong

Rawatan Kenyang Awal

Rawatan kenyang awal bergantung kepada puncanya. Doktor mungkin mencadangkan:

  • Makan lebih banyak, hidangan kecil setiap hari
  • Kurangkan pengambilan lemak dan serat kerana ia memperlahankan pencernaan
  • Pengambilan makanan dalam bentuk cecair atau puri
  • Mengambil perangsang selera makan
  • Mengambil ubat untuk melegakan ketidakselesaan seperti metoclopramide, antiemetik, atau eritromisin

Doktor anda juga boleh merujuk pakar pemakanan yang boleh membantu anda membuat perubahan diet untuk memenuhi keperluan pemakanan harian anda.

Manakala dalam kes yang lebih teruk, doktor akan mengesyorkan prosedur yang memerlukan pembedahan kecil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Ada sesetengah wanita kurang berkeyakinan kerana mempunyai pinggul besar. Namun sebenarnya anda adalah bertuah kerana dikatakan akan lebih mudah hamil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Terlalu Lama Terkurung Buat Si Kecil Berubah Laku? Awasi 7 Tanda Kemurungan Ini

    Anak antara individu yang cenderung mengalami tekanan akibat COVID-19. Berikut adalah 7 tanda kesihatan mental kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 09/04/2020 . 4 minit bacaan

    Rahsia Langsing Che Puan Syamim: 9 Tahun Tak Sentuh Nasi – Ini Tip Efektif Turun Berat?

    Pernahkah anda tertanya apakah cara turun berat badan yang Che Puan Syamim Farid amalkan? Adakah ia sesuai untuk anda? Jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    turun berat badan

    Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    23-cara-nak-kurus

    Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 minit bacaan
    jangan makan malam

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    cara diet yang betul

    Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu 7 Tip Penting Ini, Boleh Buat Masa Raya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan