backup og meta

2 Resipi Lempeng @ Peknga Kelapa Ini Buat Anda Teringat Kampung, Rasa Macam Nenek Masak

2 Resipi Lempeng @ Peknga Kelapa Ini Buat Anda Teringat Kampung, Rasa Macam Nenek Masak

Buat ibu-ibu di luar sana, ada ketikanya tekak kita teringinkan satu hidangan yang simple tetapi menyelerakan. Namun, tidak tahu apakah hidangan yang boleh disediakan sebagai satu kepuasan. Apa kata kita buat lempeng kelapa pula kali ini? Kami kongsikan dua cara buat lempeng kelapa di bawah ini.

Ia bukan sahaja mudah, malah pastinya amat sedap. Cubalah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Lempeng @ peknga kelapa, hidangan menggamit memori

lempeng kelapa

Lempeng nyiur atau kelapa boleh dikatakan sebagai satu hidangan klasik yang biasanya dinikmati oleh orang-orang kampung.

Jika pulang ke desa, nenek pasti akan memasak lempeng ini sewaktu makan pagi atau sarapan.

Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lempeng ini amat ringkas, namun tiada siapa yang boleh menafikan keenakannya.

Hidangan lempeng nyiur ini biasanya dimakan bersama sambal tumis ikan bilis.

Namun, ia juga sedap dicicah bersama kuah gulai atau kari mengikut selera masing-masing.

Buat anda yang sudah lupa cara buat lempeng kelapa, boleh ikuti resipi di bawah ini.

[embed-health-tool-bmi]

Cara buat lempeng kelapa 1: Lempeng nyiur legend

lempeng kelapa

Untuk membuat lempeng atau peknga kelapa legend ini, ia tidaklah sesukar mana, anda hanya perlu ikuti langkah dan sukatan seperti yang tertera di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • 2 cawan kelapa yang sudah diparut
  • 1 cawan tepung gandum
  • ¼ cawan santan kelapa
  • 1 cawan air kelapa atau air kosong
  • 1 sudu teh garam

Cara-caranya:

  1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu besen besar. Kemudian, gaul sebati.
  2. Jika adunan terlalu cair, anda boleh tambahkan sedikit tepung. Gunakan sukatan sudu untuk mengelakkan adunan menjadi terlalu pekat. 
  3. Jika adunan menjadi terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
  4. Untuk melihat adunan yang baik, cuba angkat dengan menggunakan senduk. Jika adunan turun dengan agak lambat, bermakna ia siap untuk dimasak. 
  5. Sapukan sedikit minyak atau marjerin pada kuali. Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan. Masak seketika sehingga agak garing.
  6. Siap untuk dihidang. Hidangkan bersama sambal tumis atau kuah gulai ikan. 

Cara buat lempeng kelapa 2: Lempeng nyiur gebu-gebas

lempeng kelapa

Selain daripada resipi di atas, ada satu lagi cara yang ingin kami kongsikan di sini.

Memandangkan ada daripada kita yang gemarkan lempeng gebu dan lembut, ini resipi yang paling sesuai untuk anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-caranya:

  1. Masukkan telur, minyak masak, gula, garam dan sedikit air ke dalam mesin pengisar terlebih dahulu. Kemudian kisar sehingga kembang.
  2. Seterusnya, masukkan serbuk penaik bersama-sama tepung gandum secara berselang-seli dengan air. Ini untuk mengelakkan tepung menjadi berketul jika dimasukkan kesemuanya. Selain itu, ia juga memudahkan proses membancuh dalam mesin pengisar tersebut. 
  3. Setelah siap diadun, keluarkan adunan daripada mesin pengisar dan masukkan ke dalam mangkuk atau besen. Kemudian, masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Biarkan adunan berehat seketika sekurang-kurangnya 1 jam. Untuk mendapatkan lempeng kelapa yang gebu dan lembut, langkah ini amat penting.
  5. Setelah adunan mengembang, anda boleh mula memanaskan kuali dan sapukan sedikit minyak atau marjerin.
  6. Tuangkan sesenduk adunan dan biarkan ia masak. Tip penting: Pastikan lempeng sudah mengeluarkan buih dan agak kering terlebih dahulu sebelum anda membalikkannya. 
  7. Setelah lempeng masak, ia siap untuk dihidang bersama kuah pilihan anda. 

Kesimpulan

Ada kalanya, hidangan simple seperti inilah yang memberikan kepuasan kepada diri kita. Ia bukan sahaja ringkas, malah sedap dan mudah disediakan.

Selain itu, hidangan orang-orang lama seperti ini boleh mengingatkan kita kepada suasana kampung halaman pada suatu ketika dahulu.

Siapa sahaja yang tidak rindukan suasana pagi di kampung yang jauh daripada hiruk-pikuk kota bukan?

Jadi, anda boleh cuba resipi lempeng atau peknga kelapa di rumah hari ini.

Anak-anak di rumah juga pasti akan menggemarinya.

Selamat mencuba dua resipi ini dan kongsikannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

A Simple Recipe for Cooking Thai Coconut Pancakes with Kids!. https://courageouskitchen.org/2019/01/a-simple-recipe-for-cooking-thai-coconut-pancakes-with-kids/. Accessed on September 16, 2022. 

Homemade Coconut Pancakes. Fluffy Coconut Pancakes, Blender Pancake. https://recipes.org-services.ch/homemade-coconut-pancakes-fluffy-coconut-pancakes-blender-pancake/. Accessed on September 16, 2022.

Whole wheat coconut pancake – Must-try breakfast. https://www.lathiskitchen.org/whole-wheat-coconut-pancake/. Accessed on September 16, 2022.

Coconut Pancake Recipe. https://thegoodspice.org/2020/12/09/coconut-and-turmeric-pancakes/. Accessed on September 16, 2022.

Coconut Pancakes. https://www.splendidtable.org/story/2016/06/01/coconut-pancakes. Accessed on September 16, 2022.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Sesuai Minum Minyak Kelapa Dara? Pagi, Petang Atau Malam?

Gemar Minum Air Kelapa? Ini 13 MANFAAT Yang Mungkin Anda Tak Sedar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan