Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kebaikan makan ikan
Ikan merupakan sejenis protein berkualiti yang rendah lemak. Ia juga merupakan sumber utama asid lemak omega-3 dan juga vitamin, terutamanya vitamin B2 (riboflavin) dan D.
Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3. Oleh sebab itu, satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah melalui pemakanan harian.

Selain itu, ikan juga kaya dengan kalsium dan fosforus serta mineral seperti zat besi, zink, iodin, magnesium, dan kalium.
Menurut kajian, pengambilan 2-3 hidangan ikan seperti salmon, hering, kembung, ikan bilis, atau sardin setiap minggu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 36%!
Amalan makan ikan dapat melawan penyakit melalui beberapa cara. Asid lemak omega-3 dapat mengurangkan masalah degupan jantung yang tidak teratur. Malah, ia juga dapat mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah.
Disebabkan manfatnya yang pelbagai, American Heart Association juga menggalakkan agar semua orang makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen