Sebagai suri rumah, anda mungin sudah habis idea hendak masak apa untuk waktu lunch nanti bukan? Jika keluarga anda adalah penggemar nasi campur, ada banyak resepi lauk tengahari di internet boleh cuba.
Namun, tidak semua menu itu sesuai buat anda sekeluarga. Jadi, ini dia resipi yang sedap dan sihat buat kalian!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Resepi lauk tengahari yang sedap & sihat!
Kalau anda cuma masak serta makan untuk diri sendiri, lauk tengahari simple seperti ayam, ikan atau telur goreng sahaja sudah memadai. Namun bayangkan pula jika anda perlu menyediakan hidangan untuk keluarga kalian, tentu anda perlu lebih kreatif dalam penyediaan makanan kan?
Selain untuk meningkatkan lagi selera seisi rumah, anda juga mungkin mahu menyediakan juadah yang seimbang agar lauk yang telah disediakan di atas meja makan itu mampu menjamin tahap kesihatan diri dan keluarga.
Tidak perlu pening kepala lagi, berikut beberapa contoh menu lauk untuk makan tengah hari yang anda boleh cuba:
#1. Daging dan sayur pegaga masak rendang
Di senarai nombor 1, anda boleh cuba masak menu ini kerana ia bukan sahaja mudah dan cepat malah seimbang. Anda mungkin memerlukan lebih kurang 500 gram daging lembu atau kambing bergantung cita rasa masing-masing.
Selain 1 ikat daun pegaga yang segar, anda turut memerlukan beberapa lagi bahan lain seperti berikut:
- 2 sudu besar kerisik
- 2 mangkuk besar santan
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 batang serai
- 2 inci kunyit
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Secukup rasa garam dan gula
Menariknya, menu ini mampu membekalkan anda banyak protein daripada daging serta pelbagai nutrisi sayur-sayuran yang penting. Agar ia lebih sihat, pastikan daging yang anda gunakan itu bebas atau kurang lemak dan kolesterol.
Lauk tengahari #2. Ayam masak madu
Sudah bosan dengan ayam goreng, masak merah, kari, kicap atau sup? Anda boleh cuba ayam masak madu yang amat popular di kedai mamak. Antara bahan-bahan utama untuk juadah yang sedap dan sihat ini adalah:
- 1 ekor ayam
- 8 sudu besar madu asli
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 tin sos tomato
- 1/2 cawan sos cili
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 6 biji pelaga, 4 cengkih)
- Secukup rasa garam dan gula
Seperti ramai sedia maklum, madu asli mengandungi vitamin, mineral, zat besi, zink, asid amino, antioksidan serta agen pemanis semula jadi sekali gus mampu menjadi pengganti yang jauh lebih sihat kepada gula.
Lauk tengahari #3. Ikan masak asam
Jika anda sekeluarga lebih gemar hidangan dengan rasa masam dan makanan laut, ikan masak asam adalah pilihan yang paling tepat. Berikut merupakan bahan-bahan yang anda perlu ada untuk memasak juadah ini:
- 3 – 4 ekor/ potongan ikan tenggiri/kembung/merah
- 2 sudu besar pes asam jawa
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 paket kecil serbuk kunyit
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 – 10 biji cili padi
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Secukup rasa garam dan gula
Apa yang menjadikan hidangan ini sihat adalah kandungan asam jawa yang tinggi fosforus, serat, mineral, vitamin dan banyak lagi. Tidak hanya itu, air asam jawa itu sendiri juga popular sebagai penawar untuk sakit tekak.
#4. Lauk telur masak bungkus @ bistik
Kadangkala, sesuatu yang nampak ringkas itu lebih sesuai buat anda dengan jumlah ahli keluarga kecil. Telur masak bungkus atau bistik adalah contoh yang bukan sahaja sedap malah sihat buat lauk untuk lunch.
Selain telur itu sendiri yang kaya dengan protein dan lain-lain, bahan termasuk aneka sayur dan mungkin buah yang boleh dimasukkan ke dalam menu ini mampu menjadikan ia sebagai salah satu juadah seimbang.
#5. Sambal tempeh dan petai goreng
Resepi lauk tengahari yang terakhir merupakan menu khas untuk keluarga pengamal diet vegetarian. Ia turut mampu memberikan anda protein yang sangat diperlukan daripada sumber haiwan dengan alternatif tempeh.
Buat kalian yang ingin cuba sediakan hidangan sedap dan sihat ini, berikut beberapa bahan yang anda perlukan:
- 8 – 9 keping tempeh
- 1 – 2 papan petai
- 5 biji ubi kentang
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 – 10 batang cili merah
- 5 – 10 batang cili hijau
Walaupun ia sangat sarat dengan khasiat, ketahuilah bahawa makan juadah yang pedas boleh menyebabkan anda sakit perut akibat efek pijar daripada rempah tersebut. Maka, sila waspada dengan kuantiti hidangan kalian.
[embed-health-tool-bmi]