Tahukah anda, daging yang separa beku sebenarnya lebih mudah untuk dipotong berbanding daging pada suhu bilik?
Apabila air di dalam daging membeku dan mengkristal, ia menjadikan daging lebih keras dan berstruktur, sekali gus memudahkan daging tersebut untuk dihiris.
Walau bagaimanapun, jangan biarkan daging berada di dalam peti sejuk terlalu lama.
Bekukan daging dalam tempoh 45 hingga 60 minit sahaja dan ini merupakan tempoh yang paling ideal untuk daging yang hendak dipotong dengan ketebalan sekitar 1 inci.
Daging yang telah membeku sepenuhnya akan memerlukan lebih banyak tenaga sewaktu hendak dipotong, dan ini pasti memenatkan anda.
#2. Pilih daging yang betul dan sesuai dengan masakan
Pemilihan daging yang tepat amat penting kerana ia akan mempengaruhi waktu penyediaan dan seterusnya masakan anda.
Jika anda ingin memasak hidangan yang berkuah seperti sup dan stew, daging otot yang berserat kasar amat sesuai untuk digunakan.
Namun, jika anda ingin menyediakan hidangan yang agak kering dan cepat dimasak seperti rendang, daging yang berserat halus dan mudah empuk seperti batang pinang, adalah lebih sesuai digunakan.
Daging yang berserat kasar tidak sesuai digunakan untuk memasak hidangan seperti rendang kerana akan memerlukan waktu yang lebih lama untuk benar-benar empuk.
#3. Pilih pisau yang betul

Selain daripada daging itu sendiri, anda juga perlu memastikan pisau yang akan digunakan untuk memotong daging adalah pisau yang tepat dan sesuai.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen