Sedapnya kalau dapat makan dadih, terutamanya pada waktu panas! Selalunya, satu cawan dadih dijual dengan harga RM2.00 hingga RM3.00. Tapi, kalau kita tahu cara buat dadih, kan lebih jimat! Lagipun, ada banyak resepi dadih yang kita boleh cari di atas talian.
Bagi yang belum pernah mencuba, masak dadih sebenarnya sangat mudah. Anda boleh beli serbuk dadih buah-buahan di kedai runcit berdekatan. Satu pek selalunya berharga dalam lingkungan RM5.50 hingga RM6.
Kalau anda gunakan bekas kecil, boleh dapat sehingga 30 cawan dadih tau! Haa, jimat kan! Malah, anda juga boleh pelbagaikan rasanya mengikut selera masing-masing.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan resepi dadih untuk parents yang ingin mencuba.
Cara buat dadih juga mudah, jadi bolehlah libatkan anak-anak anda sekali. Mereka pasti suka jika ada ‘bonding time’ bersama ibu bapa.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Cara buat dadih dengan mudah
Dadih merupakan makanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Selalunya, kita akan menikmati secawan dadih sejuk selepas makan. Rasanya yang manis membuatkannya sesuai dihidang sebagai pencuci mulut.
Namun, makanan yang manis bukanlah pilihan yang terbaik untuk kesihatan. Terlalu banyak gula dalam diet harian boleh meningkatkan risiko penyakit, terutamanya diabetes jenis 2.
Jadi, untuk memastikan dadih yang dibuat lebih sihat, pastikan anda kurangkan gula! Anda juga boleh tambahkan buah-buahan segar untuk buatkan dadih lebih sedap dan berkhasiat.
Kali ini, kami akan kongsikan resepi dadih yang paling simple. Sebelum bermula, anda perlukan 2 bahan:
Bahan-bahan cara buat dadih:
- Serbuk dadih buah-buahan
- Susu cair atau susu sejat
Cara untuk memasak:
- Sediakan air sebanyak 3 liter. Gunakan periuk yang bersesuaian.
- Kemudian, tunggu sehingga air mendidih.
- Masukkan satu tin susu cair.
- Masukkan gula 2 sudu (jangan terlalu banyak kerana sudah ada gula dalam serbuk dadih)
- Selepas sudah masak, tutup api. Masukkan gula buah-buahan yang terdapat dalam bungkusan dadih.
- Jika anda ingin gunakan warna dan perisa yang berbeza, bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian.
- Tuang dalam bekas yang diingini dan sejukkan. Siap!
Tip buat dadih:
- Kalau inginkan dadih yang licin, perlahankan atau tutup api selepas memasukkan susu cair atau susu pekat
- Tuang dadih perlahan-lahan supaya tidak ada buih yang terbentuk di permukaannya
- Untuk buat layering, anda boleh buat sesuka hati, terpulang kepada anda. Tetapi, tunggu lapisan bawah keras sepenuhnya terlebih dahulu sebelum tuang lapisan seterusnya.
Cara buat dadih tanpa guna serbuk segera
Jika anda tidak mahu gunakan serbuk dadih segera, anda juga boleh cuba gunakan agar-agar. Caranya buat dadih lebih kurang sama dengan apa yang kami kongsikan di atas.
Anda juga boleh gantikan susu sejat dengan susu segar.
Bahan-bahan:
- 150 gram gula.
- Agar-agar tali.
- 1 sudu tepung jagung.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 liter susu segar.
- 500 ml air.
- Perasa kegemaran anda.
Anda mungkin berminat:
- 3 Resepi Sandwich Telur Yang Pasti Buatkan Anda Terliur! Jom Cuba!
- 5 Manfaat Durian Untuk Badan, BONUS: Cuba Resepi Serawa Durian Paling Sedap Ini!
- Tiada Idea Nak Bagi Anak Makan Apa? Ibu Ayah, Jom Cuba Resepi Mashed Potato!
Langkah-langkahnya:
- Gunakan 1/3 daripada tali agar-agar untuk membuat dadih. Bakinya boleh disimpan.
- Letakkan 1 liter air dalam periuk. Buka api dan masak hingga agar-agar larut. Gunakan air yang sudah dimasak.
- Masukkan susu, gula dan garam.
- Tidak perlu tunggu dadih mendidih. Biarkan ia panas dan tutup api.
- Tapis larutan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang diingini.
- Tunggu sejuk sedikit. Kemudian, anda bolehlah bahagikannya kepada beberapa bekas dan tambah perisa yang disukai!
- Akhirnya, masukkan ke dalam cawan plastik kecil. Sejukkan selama 2-3 jam.
Mudah bukan! Selepas ini, anda tidak perlu lagi beli dadih di kedai. Anda boleh masak sendiri di rumah, ditemani ahli keluarga yang tersayang. Kami berharap agar perkongsian mengenai cara buat dadih di atas dapat membantu anda.
Kalau sudah buat nanti, sharelah di media sosial dan tag kami!
[embed-health-tool-bmi]