backup og meta

Kering Idea Untuk Cuti Sekolah? Jom Ajak Anak Buat 3 Aktiviti Kraf DIY Ini, Seronok!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2022

    Kering Idea Untuk Cuti Sekolah? Jom Ajak Anak Buat 3 Aktiviti Kraf DIY Ini, Seronok!

    Sebagai ibu bapa, kita akan sentiasa mencari idea menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak, terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah, betul tak? Apa kata sempena cuti sekolah nanti, anda lakukan projek kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak?

    Jangan risau craft aktiviti kanak kanak 5 6 tahun ini bukan sahaja mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga mempunyai manfaat untuk perkembangan anak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kelebihan kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak

    Mesti ada yang tertanya-tanya, ada kebaikan ke melakukan aktiviti seni ini? 

    Jangan terkejut ya, sebenarnya seni yang dilakukan anak-anak walaupun sekadar contengan warna pada kertas, ada manfaat tersendiri.

    Mengenal pasti bentuk, warna dan tekstur

    Melakukan kraft aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak dengan bahan-bahan tertentu mengajar mereka tentang warna, bentuk dan tekstur. 

    Kreativiti 

    Kraf menggalakkan kanak-kanak bermain dan bereksperimen dalam persekitaran menyeronokkan serta santai.

    Dengan melakukan sesuatu yang kreatif, ia membolehkan anak mengekspresikan diri dan dalam masa sama mengawal perasaan mereka.

    Kepentingan kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak #Kemahiran motor halus

    Meningkatkan koordinasi mata-tangan kanak-kanak dan membina tahap ketangkasan manual. 

    Perbuatan memegang krayon atau berus warna dapat mengembangkan otot. Ini akan membantu kanak-kanak melakukan banyak pergerakan pada kemudian hari seperti mengikat tali kasut, menulis dan banyak lagi.

    Baca juga:

    Konsep matematik 

    Kemahiran matematik asas sering tidak dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti seni dan kraf. 

    Tetapi sebenarnya ketika melakukan craft aktiviti kanak kanak 5 6 tahun, mereka akan mempelajari dan mengenali pelbagai bentuk, mengira dan menyusun bahan seni yang digunakan.

    Harga diri

    Aktiviti seni dan kraf memberikan kanak-kanak perasaan dapat mencapai sesuatu dan membolehkan mereka berbangga dengan hasil tersebut, sekali gus membina keyakinan diri anak.

    Melakukan seni adalah cara terbaik dan selamat untuk mengetahui bahawa tiada salahnya untuk melakukan kesilapan kerana ada kalanya ia dapat mencetuskan idea baharu.

    3 craft aktiviti kanak kanak 5 6 tahun mudah & fun

    Kini anda sudah mengetahui bahawa seni bukan aktiviti kosong semata-mata, betul tak? Jadi jom luangkan masa bersama anak untuk melakukan projek kraf!

    Kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak #Playdough buatan sendiri

    Kalau sebelum ini penulis pernah share cara untuk menghasilkan slime di rumah, kali ini kita akan membuat playdough pula.

    Ada manfaat terapeutik dan pendidikan apabila membentuk doh kepada pelbagai bentuk, khususnya buat si kecil.

    kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak

    Otot-otot mereka akan mengembangkan kekuatan, kawalan dan kemahiran motor halus sambil bermain-main dengan playdough.

    Bahan-bahan diperlukan:

    • 2 cawan tepung biasa
    • ½ cawan garam
    • 2 sudu besar minyak sayuran
    • ½ – 1 cawan air
    • Pewarna makanan
    • Mangkuk besar

    Cara membuatnya:

    1. Campurkan tepung, garam dan minyak sayuran ke dalam mangkuk.
    2. Tambahkan 2 titik pewarna makanan ke dalam cawan berisi air.
    3. Kemudian tuangkan perlahan-lahan ke dalam campuran tepung tadi mengikut konsistensi yang diingini. Sekiranya terlebih air, tambahkan tepung untuk mendapatkan konsistensi yang betul.
    4. Sedia untuk bermain!

    Pastikan selepas bermain, ia disimpan di dalam bekas bertutup.

    Craft aktiviti kanak kanak 5 6 tahun #Obor-obor keriangan

    Obor-obor keriangan atau jolly jellyfish pastinya akan menjadi aktiviti kraf kegemaran si kecil, bahkan mereka boleh menggantungkannya di bilik tidur – sebagai hiasan yang menarik!

    kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak

    Bahan-bahan diperlukan:

    • Mangkuk kertas
    • Warna air
    • Berus lukisan
    • Gam 
    • Reben organza
    • Mata goyang (Wiggle eye)
    • Seutas tali 
    • Lidi 

    Cara membuatnya:

    1. Warnakan bahagian luar mangkuk kertas dengan warna air. Biarkan kering seketika.
    2. Terbalikkan mangkuk. Minta bantuan individu dewasa untuk membuat lubang di tengah mangkuk menggunakan lidi.
    3. Masukkan tali ke dalam lubang tersebut dan simpulkan pada bahagian dalam mangkuk.
    4. Potong beberapa helai reben mengikut kepanjangan yang berbeza. Gamkan bahagian hujungnya ke tengah mangkuk.
    5. Pada bahagian atas mangkuk, lekatkan sepasang mata goyang. 
    6. Siap dan boleh digantungkan di bilik!

    Lampu lava, antara kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak

    Lampu lava adalah rangsangan deria yang hebat untuk si kecil. Ia juga akan menunjukkan kepada anak yang lebih besar mengenai sains di sebalik tindak balas kimia.

    Jangan risau, tutorial DIY untuk lampu lava ini sangat mudah untuk dilakukan.

    kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak

    Bahan-bahan diperlukan:

    • Minyak sayuran (boleh juga gunakan minyak bayi)
    • Pewarna makanan
    • Cawan kecil
    • Soda bikarbonat (baking soda)
    • Cuka
    • Botol air kosong bersaiz 1 liter

    Cara membuatnya:

    1. Dalam botol kosong, masukkan tiga sudu besar baking soda.
    2. Isi ⅔ botol dengan minyak sayuran secara perlahan-lahan. Pastikan ia terletak di atas soda bikarbonat dan tidak bercampur dengannya.
    3. Dalam cawan kecil, masukkan sedikit cuka dan tiga titis pewarna makanan.
    4. Kemudian campurkan larutan cuka dan pewarna makanan ke dalam botol tadi secara perlahan-lahan – bersedia dengan perkara menarik yang akan berlaku!
    5. Untuk efek yang lebih menarik, nyalakan lampu pada telefon dan letakkan di bawah botol – untuk menerangi bahagian bawahnya.

    Kesimpulan

    Kraf aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak adalah cara terbaik mengeratkan dan meluangkan masa bersama anak. Berita baiknya, sepanjang aktiviti dilakukan, anak pasti dapat melupakan gajet untuk seketika. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan