backup og meta

Obesiti Dan Pencegahannya, Ini Artikel Yang Anda Perlu Baca Di Musim Perayaan!

Obesiti Dan Pencegahannya, Ini Artikel Yang Anda Perlu Baca Di Musim Perayaan!

Sama ada kita semua sedar atau tidak, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang ada masalah berat badan berlebihan. Jadi, penting untuk tahu tentang obesiti dan pencegahannya.

Perkara ini mungkin akan jadi lebih penting apabila tiba musim perayaan.

Ini kerana kita semua tahu bahawa ia adalah ketika di mana juadah lazat lagi enak telah tersedia dan terhidang.

Tidak kira sama ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya, ia mungkin adalah faktor risiko tersembunyi masalah obesiti di negara kita. Jom terus baca artikel!

Realiti masalah obesiti di Malaysia…

Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 mendapati, sekitar separuh (50.1%) individu yang mengalami masalah berat badan.

Angka yang sangat membimbangkan ini merangkumi 30.4% individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Selain itu, 19.7% lagi individu yang mengalami masalah obesiti.

Sebenarnya, ada banyak sebab yang boleh jadi punca masalah ini seperti diet, usia, genetik atau faktor risiko tersembunyi yang berpunca daripada adat dan budaya kita sendiri.

Sebagai contoh yang nyata, negara kita memang popular dengan gelaran ‘syurga untuk makanan’ kerana wujud pelbagai hidangan yang sedap dan sukar ditemui di tempat lain.

Tentang obesiti dan pencegahannya!

Sebenarnya, mungkin tidak adil untuk hanya mengandaikan atau menyalahkan juadah perayaan ketupat, yee sang dan muruku sebagai punca individu mengalami masalah obesiti dan penyebabnya.

Sebaliknya, kita semua perlu tahu bahawa juadah istimewa ini masih boleh diambil namun dengan penuh waspada agar tidak timbul pula masalah berat badan dan obesiti khususnya.

Oleh itu, sila semat dan amalkan tip-tip di bawah ini ketika ambil juadah-juadah di musim perayaan:

#1. Makan apabila lapar dan perlu sahaja

Kononnya untuk jaga hati tuan rumah yang dikunjungi, individu cenderung untuk makan juadah yang tersedia dan terhidang walaupun tidak perlu kerana belum lagi rasa lapar.

Ya, anda mungkin benar tentang hal itu.

Namun kita semua perlu tahu di antara beza menjamah dan ‘melantak’ kerana ini besar perbezaannya dan mungkin akan jadi kunci kepada obesiti.

Oleh itu, makan apabila lapar dan perlu sahaja meskipun sudah lama tidak jumpa hidangan itu ya.

Yee Sang biasa dihidangkan sewaktu Tahun Baru Cina.
Yee Sang biasa dihidangkan sewaktu Tahun Baru Cina.

Obesiti dan pencegahannya #2. Kurangkan lemak

Mungkin agak mustahil, namun ketahuilah bahawa lemak adalah antara punca utama masalah kegemukan atau obesiti di musim perayaan ini.

Oleh itu, cuba untuk kurangkan atau tolak hidangan penuh lemak terutamanya lemak jahat berbanding lemak baik. Percayalah, usaha kecil ini akan bawa hasil yang besar.

Obesiti dan pencegahannya #3. Kurangkan gula

Juga ini sangat mustahil, namun ketahuilah bahawa gula adalah antara punca utama masalah kegemukan atau obesiti yang perlu untuk dikurangkan di musim perayaan ini.

Oleh itu, cuba katakan tidak kepada minuman atau makanan bergula seperti air berkarbonat, soda, jus, kordial serta sebagainya dan ambil air kosong sebagai alternatif lebih sihat.

#4. Elak makan sambil anda cakap kosong

Ya, inilah masa untuk kalian berbual dan berborak di antara sanak saudara serta kaum kerabat anda namun ia bukan idea yang bagus untuk dilakukan ketika di meja makan.

Ini kerana bercakap kosong di meja makan hanya akan buat kalian berada lebih lama di situ. Hipotesisnya: lebih lama anda di meja makan, lebih banyak dan kerap anda akan makan.

Bukan tidak boleh, cuma anda perlu lebih bijak bahagi masa untuk beramah mesra dan makan.

Contoh hidangan sewaktu Deepavali.
Contoh hidangan sewaktu Deepavali.

#5. Elak hidang dan sediakan banyak juadah

Dari pihak tuan rumah pula, sudah jadi tanggungjawab anda untuk menjamu selera mereka yang mengunjungi dan menziarahi anda. Namun, jangan pula anda sampai menunjuk.

Jika anda buat rumah terbuka, maka sila persiapkan juadah makanan dan minuman yang cukup dan sihat kerana kekenyangan serta kesihatan mereka kini terletak di tangan anda.

Perhatian!

Dalam segala apa yang kita buat, bersederhanalah. Anda cuma perlu menjamu bukan ‘menunjuk banyak makanan’ di rumah.

Obesiti dan pencegahannya itu bukan isu yang kecil!

Kenyataannya, sudah hampir separuh daripada rakyat negara kita yang obes dan ini bukan satu isu kecil yang boleh diselesaikan dengan hanya pembacaan artikel atau info kesihatan.

Ia terletak pada azam, iltizam serta yang lebih penting ialah diri anda sendiri.

Anda tidak perlu tunggu hingga tiba musim perayaan untuk amalkan tip-tip obesiti dan pencegahannya di atas.

Lakukan daripada sekarang juga, ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Weight Control and Obesity, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11209-weight-control-and-obesity, Accessed Jan 25 2022.
  2. Lifestyle Modifications for Obesity, https://nyulangone.org/conditions/obesity-in-adults/treatments/lifestyle-modifications-for-obesity, Accessed Jan 25 2022.
  3. Preventing Obesity in Children, Teens, and Adults, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/obesity/preventing-obesity, Accessed Jan 25 2022.
  4. Promoting Healthy Behaviors to Prevent Obesity and Unhealthy Weight Control in Our Youth, https://www.apa.org/pi/families/resources/prevent-obesity, Accessed Jan 25 2022.
  5. Overweight and Obesity, https://health.gov/healthypeople/objectives-and-data/browse-objectives/overweight-and-obesity, Accessed Jan 25 2022.

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Seronok Kalau Perut Meragam Masa Tahun Baru Cina, Ikut 7 Tip Makan Secara Sihat Ini

Aduh, Bagaimana Nak Kawal Kalori & BMI Semasa Hari Raya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan