2. Bermanfaat untuk jantung
Kunyit dapat mengurangkan kadar kolesterol badan. Oleh sebab itu, ia mungkin dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Manfaat minum air kunyit 3. Mengurangkan inflamasi
Kunyit sangat terkenal dengan sifat antiradangnya. Ada beberapa kajian yang melaporkan pengurangan simptom dalam kalangan penghidap osteoartritis.
Pada masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan risiko demensia, depresi dan juga penyakit mental yang lain.
Namun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan manfaat sebenar kunyit terhadap kesihatan mental.
4. Dapat memutihkan kulit wajah

Sebagai air detoks, kunyit sudah lama terkenal menjadi minuman yang dapat menyingkirkan toksin dari badan.
Antioksidan yang terkandung di dalamnya dapat melindungi sel badan daripada kerosakan.
Selain itu, kunyit juga dapat mencerahkan kulit wajah dan memperlahankan tanda-tanda penuaan.
Sebab itulah, banyak produk kecantikan tradisional yang mengandungi kunyit sebagai bahan utamanya.
5. Minum air kunyit boleh meningkatkan sistem imun badan
Akhir sekali, air ini mungkin dapat membantu meningkatkan daya tahan badan.
Disebabkan kandungan vitamin dan mineralnya yang tinggi, ia mungkin dapat menguatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan.
Baca juga:
Apakah keburukan minum air kunyit setiap hari?
Selalunya, air yang dicampur kunyit tidak diminum setiap hari. Namun, secara amnya, ia selamat untuk diminum.
Walau bagaimanapun, ia mungkin akan mendatangkan bahaya sekiranya diambil dalam dos yang tinggi. Jadi, berhati-hati sekiranya anda mengambil suplemen yang mengandungi kunyit.
Selain itu, individu yang mempunyai alahan kunyit selalunya akan sakit perut, cirit-birit dan mengalami masalah ruam pada kulit.
Sekiranya anda mempunyai simptom ini, elakkan pengambilan air ini dengan kerap.
Resipi air kunyit
Resipi air campuran kunyit lemon mudah

Dalam resipi ini, anda cuma perlukan dua bahan iaitu kunyit dan lemon.
Minum air kunyit sesuai diamalkan pada waktu pagi untuk membantu sistem pencernaan. Minum serta-merta untuk elakkan air bertukar warna.
Bahan-bahan:
- 1 sudu teh perahan lemon
- ¼ sudu serbuk kunyit
Cara penyediaan:
- Gunakan gelas yang panjang. Masukkan air suam dan campurkan 1 sudu perahan lemon dan ¼ sudu kunyit. Kacaukan.
- Siap dan sedia untuk diminum.
Resipi jus kunyit bersama air asam
Air asam kunyit halia ini sesuai diamalkan oleh wanita yang berada dalam pantang atau baharu sahaja mengalami keguguran.
Resipi di bawah akan menghasilkan air campuran kunyit yang boleh diminum selama sebulan.
Bahan-bahan:
- 6 ketul kunyit hidup.
- 1 ruas halia.
- Air asam jawa semangkuk kecil.
- Gula merah secukup rasa.
- Air.
Cara penyediaan:
- Kisar halia, kunyit dan air. Kemudian, masukkan gula merah dan air asam jawa.
- Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih di bawah api sederhana.
- Anda hanya perlu minum 3 kali selama sebulan. Sekiranya ada lebihan, boleh disimpan di dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen