Premium

SATU ISU BESAR: Penularan Epidemik Obesiti di Asia

Bagaimana perubahan epidemik obesiti di Asia? Semak kes obesiti di kawasan penduduk Asia-Pasifik yang semakin meningkat setiap tahun.

down-icon
SATU ISU BESAR: Penularan Epidemik Obesiti di Asia

SATU ISU BESAR: Penularan Epidemik Obesiti di Asia

Pergi ke penghujung artikel

Artikel ini hanya boleh diakses oleh ahli Hello Doktor sahaja. Sila login atau daftar sekarang untuk baca selanjutnya.

SATU ISU BESAR: Penularan Epidemik Obesiti di Asia. Sebahagian rantau di Asia Pasifik — Asia Selatan dan Tenggara khususnya — telah mengalami perubahan gaya hidup mutakhir ini. Angkara individu yang lebih banyak makan tetapi kurang bergerak, populasi obesiti telah meningkat di rantau ini.

Disebabkan obesiti itu adalah punca banyak penyakit kronik, kami telah meneliti penularan epidemik obesiti di Asia dan berapa ramai pula yang berisiko.

Benua Asia dan Masalah Obesiti

Rantau Asia Selatan dan Tenggara memang tinggi dengan semangat daya saing, kredit kepada populasi anak muda yang berkembang dengan pesat (ages X to X). Namun perkembangan ekonomi sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan perubahan di rantau ini, di mana individu lebih banyak makan tetapi kurang bergerak.

Ini telah membawa kepada realiti yang sangat membimbangkan.

Penyakit kardiovaskular seperti gagal jantung, serangan jantung dan strok telah jadi punca kematian pramatang di Asia. Di negara besar seperti India, 77 juta individu menghidap diabetes, kedua tertinggi selepas China. 

Faktor gaya hidup telah menyumbang kepada perkembangan penyakit tidak berjangkit (NCDs), dengan obesiti adalah antara punca utama. Kadar jisim tubuh badan (BMI) juga memainkan peranan penting terhadap penyakit jantung dan strok serta:

  • Penyakit kardiovaskular
  • Diabetes
  • Gangguan muskuloskeletal seperti osteoartritis
  • Pelbagai jenis kanser seperti endometrium, payu dara, ovari, prostat, hati, hempedu, buah pinggang dan kolon

Awalnya, Asia Tenggara adalah antara benua dengan kes individu yang lebih berat badan dan obesiti paling rendah, namun rantau ini telah mencatat peningkatan yang mendadak dalam 10 ke 15 tahun sejak kebelakangan ini.

Kalkulator BMI Hello Health telah mengumpul dan mengkaji data dari ribuan pengguna di seantero rantau selama 6 bulan. Hasilnya, didapati bahawa Vietnam (43.74%), Kemboja (43.03%) dan Taiwan (41.62%) memiliki angka tertinggi dalam kategori individu yang sihat.

Hasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan ObesitiHasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan Obesiti

Hasil Kalkulator BMI: Negara dan Peratusan Obesiti

Berdasarkan interaksi dengan kalkulator BMI Hello Health pada 30 Januari - 29 Julai 2021

Malaysia
23.43
%
Obesiti 1
13.47
%
Obesiti 2
2.01
%
Obesiti 3
Obesiti 1: BMI dalam lingkungan 30 - 34.9
Obesiti 2: BMI dalam lingkungan 35.0 - 39.9
Obesiti 3: BMI dalam lingkungan >= 40
next
1/8

Dalam pada itu, negara sama juga telah mencatatkan angka tertinggi dalam aspek sempadan individu lebih berat badan: Vietnam dengan 17.83%, Kemboja dengan 17.79% dan Taiwan dengan 19.23% sementara Filipina dengan 13.71, kesemuanya tinggi risiko obesiti.

Pun begitu, lain pula halnya apabila angka tersebut mencecah kelas obesiti.

India dan Malaysia pula mempunyai angka individu obes paling tinggi, dengan India mencatatkan 27.19% responden Obes 1 dan 10.82% responden Obes 2 manakala Malaysia mencatatkan 23.43% responden Obes 1 dan 13.47% responden Obes 2.

Sementara India dan Filipina, negara-negara ini mempunyai angka kedua tertinggi masalah obes teruk (Obes 3) yang mencatatkan skor BMI 40 ke atas dengan 5.35% dan 5.33% masing-masing.

Angka dari pangkalan data kami juga bertepatan dengan trend global. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 1.9 bilion individu dewasa di Asia adalah lebih berat badan dan 650 juta lagi obes, berdasarkan kajian pada tahun 2016.

Berdasarkan kajian lanjutan dan wawasan Hello Health, kami telah dapat menyimpulkan:

  • India memiliki angka tertinggi bagi individu lebih berat badan dan obes dalam kalangan negara naungan Hello Health
  • Indonesia memiliki angka tertinggi bagi individu kurang berat badan dalam kalangan negara naungan Hello Health
  • Vietnam memiliki angka tertinggi bagi individu paling sihat dalam kalangan negara naungan Hello Health
  • Malaysia memiliki populasi tertinggi bagi individu lebih berat badan dan obes di rantau Asia Tenggara

Kajian menunjukkan bahawa rantau Asia Pasifik juga telah menunjukkan banyak perubahan pola diet di mana berkurangnya ketidakamanan makanan, lantas menyediakan lebih banyak makanan. Ia kesan dari pembangunan di rantau ini selama 3 dekad: menurut Bank Pembangunan Asia (ADB), ekonomi di benua ini telah meningkat secara purata 6% sekitar 2000-an.

Kemakmuran ekonomi Asia juga telah membawa perubahan dalam aspek diet di benua ini kerana makanan tersedia dengan harga lebih murah. Pakar kesihatan menggelar situasi ini sebagai “transisi nutrisi”, di mana diet tinggi kalori telah digantikan dengan diet tradisional sekali gus meningkatkan faktor risiko obesiti dan penyakit kronik lain-lain.

Proses urbanisasi di rantau ini juga telah mengubah gaya hidup individu, Menurut WHO, suasana moden turut dikaitkan dengan gaya hidup sedentari, pengurangan aktiviti fizikal serta peningkatan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan diabetes.

Pengamalan gaya hidup moden di rantau ini seterusnya mendorong peningkatan kadar isu berat badan berlebihan dan obesiti di Asia. ADB melaporkan bahawa populasi urban telah meningkat dari tahun 1990 ke 2015, berkembang dari 1 per 3 ke 1 per 2 penduduk di rantau ini.

Perubahan ekonomi di Asia dari agrikultur ke perkilangan industri dan servis — yang secara tipikal tidak perlu banyak aktiviti fizikal — juga membawa kepada masalah pertambahan berat badan lebih-lebih lagi dengan trend urban seperti makan di luar dan jarak tempat kerja lebih jauh dari rumah.

Di negara seperti India, urbanisasi telah membawa masalah individu terutamanya yang muda untuk mengambil makanan tinggi lemak dan padat tenaga sekali gus menyebabkan mereka yang lebih dewasa untuk mengalami obesiti.

Apa Akan Jadi Jika Anda Ada Diabetes?

Obesiti adalah pencetus dan faktor risiko pelbagai kondisi yang serius lagi kronik. Berikut adalah contoh kondisi yang tinggi risiko akibat obesiti:

Penyakit Buah Pinggang

obesiti di Malaysia

Obesiti adalah antara faktor risiko penyakit buah pinggang kronik (CKD). Faktor risiko ini akan jadi lebih bahaya apabila anda obes kerana ia ada kaitan dengan diabetes dan hipertensi. Kajian menunjukkan diabetes adalah punca utama penyakit buah pinggang: 1 dari 4 orang dengan diabetes juga ada penyakit buah pinggang.

Penyakit Kardiovaskular (Aterosklerosis)

obesiti di Malaysia

Obesiti boleh jadi punca anda lebih tinggi risiko menghidap penyakit kardiovaskular. Salah satunya adalah aterosklerosis, di mana wujudnya plak atau deposit lemak dalam salur darah.

Seiring masa, plak tersebut boleh berkumpul lantas menyekat salur darah dan menjejas sirkulasi darah —  juga mungkin akan menghalang ia sepenuhnya — yang akan mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Kanser

 

Kajian menunjukkan bahawa obesiti akan meningkatkan risiko kanser. Data Statistik Kanser U.S. membuktikan bahawa 55% semua jenis kanser dihidapi oleh wanita obes dan 24% pula dihidapi oleh lelaki dengan masalah sama.

Sel lemak berlebihan akan meningkatkan risiko radang di samping menghasilkan estrogen atau hormon tumbesaran — kesemuanya akan jadi punca sel terbahagi dengan lebih kerap. Pembahagian sel ini selanjutnya akan meningkatkan risiko terbentuknya sel-sel kanser.

Kewujudan terlalu banyak lemak berlebihan akan meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser termasuklah kanser pada organ hati, buah pinggang, payu dara, ovari, kolon dan pankreas.

Osteoartritis

Obes turut boleh jadi sebab pelbagai masalah kesihatan seperti osteoartritis ekoran berat badan berlebihan yang akan menambahkan tekanan pada tubuh badan. Ini kerana ia akan menambahkan tekanan pada lutut anda yang sukar ditampung oleh sendi dan tulang. Ini seterusnya akan membawa masalah kepadanya lantas membuat otot tidak mampu menyokong pergerakan tubuh badan.

Adakah Anda Tinggi Risiko Obesiti? Mari Mula

Konklusi Penting

  • Meskipun Asia Tenggara memiliki kes individu lebih berat badan dan obesiti terendah, rantau ini mengalami trend peningkatan sejak 10 ke 15 tahun kebelakangan ini
  • Berdasarkan interaksi Kalkulator BMI Hello Health, kami telah mendapati:
    • India memiliki angka tertinggi bagi individu lebih berat badan dan obes dalam kalangan negara naungan Hello Health

Indonesia memiliki angka tertinggi bagi individu kurang berat badan dalam kalangan negara naungan Hello Health

  • Vietnam memiliki angka tertinggi bagi individu paling sihat dalam kalangan negara naungan Hello Health
  • Malaysia memiliki populasi tertinggi bagi individu lebih berat badan dan obes di rantau Asia Tenggara
  • Perkembangan ekonomi Asia telah bawa banyak perubahan dalam aspek diet di rantau ini
  • Perubahan hidup lebih urban di serata Asia telah mendorong “transisi nutrisi”, di mana individu cenderung amal diet yang tinggi tenaga
  • Golongan belia — dewasa atau dewasa muda — yang hidup di area urban lebih tinggi risiko mengalami berat badan berlebihan atau obes

Adakah artikel ini bermanfaat?