backup og meta

Dalang Sebenar Anda Menjadi Gemuk, Ia Adalah Gula Dan Bukan Lemak!

Dalang Sebenar Anda Menjadi Gemuk, Ia Adalah Gula Dan Bukan Lemak!

Ramai orang yang kata lemak punca gemuk dan anda mungkin tidak salah. Pun begitu, dipercayai bahawa gula punca gemuk juga? Jom teruskan membaca artikel!

Masalah berat badan berlebihan di Malaysia

Berdasarkan laporan The Economist Intelligence Unit tahun 2017, Malaysia mendahului negara-negara ASEAN lain dengan peratusan berat badan berlebih sebanyak 38.5 peratus dan peratusan obesiti sebanyak 13.3 peratus.

gula punca gemuk

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti ini bukanlah masalah individu sahaja.

Malaysia didapati terpaksa membelanjakan sehingga 10-20% daripada peruntukan kesihatan negara untuk menangani masalah ini.

Perbelanjaan ini didapati jauh menjangkaui apa yang dibelanjakan negara-negara ASEAN yang lain.

Jadi, menangani masalah berat badan berlebihan bukan sahaja mengurangkan risiko kesihatan individu, bahkan membantu mengurangkan impak ekonomi kepada negara.

20 tahun lalu, hanya 4% rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obes.

Kini dengan urbanisasi, peningkatan makanan segera dan pelbagai faktor lain, hampir 14% rakyat Malaysia berada dalam kategori obes, menurut WHO.

gula punca gemuk

Jika anda bergelut dengan masalah berat badan, membaiki diet anda bukan sahaja membantu penampilan dan kesihatan anda, tetapi pemakanan sihat juga dapat meningkatkan mood dan emosi individu.

Oleh itu, ketahui makanan yang perlu anda amalkan dan yang perlu anda elakkan.

Adakah lemak @ gula punca gemuk?

Disebabkan lipatan lemak pada bahagian badan yang kian bertambah, anda mungkin akan menyalahkan makanan berlemak sebagai punca masalah.

Tetapi penjenayah sebenar yang patut anda kenali ialah gula punca gemuk atau sumbernya karbohidrat yang diproses dan bukannya lemak punca gemuk.

Tidak percaya? Ikuti penerangan lanjut tentang hal ini!

Lemak dan gula jarang dimakan secara berasingan, jadi sukar untuk menentukan yang mana satu lebih menggemukkan.

Sebagai contoh, donat. Apabila adunan penuh karbohidrat segar digoreng dalam minyak, anda akan mendapat gabungan gula dan lemak yang menggiurkan.

Tetapi kajian demi kajian kini telah membuktikan bahawa apabila dimakan secara berasingan, lemak tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Sebaliknya, berpuluh-puluh kajian menunjukkan bahawa gula – komponen karbohidrat – yang paling terkait dengan peningkatan berat badan.

Perbandingan yang terbaik adalah dengan membandingkan orang yang mengamalkan diet rendah lemak dengan mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.

Mereka yang mengamalkan diet tanpa lemak bukan sahaja tidak menurunkan berat badan, mereka juga tidak memperoleh manfaat kesihatan lain seperti mengurangkan risiko penyakit tertentu.

Sebaliknya, orang yang makan banyak lemak tetapi mengekang pengambilan karbohidrat yang diproses seperti bijirin manis, roti putih, dan nasi putih cenderung mendapat kedua-dua manfaat ini.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet, saintis membandingkan lebih daripada 135,000 orang di 18 buah negara yang mengamalkan diet rendah lemak atau rendah karbohidrat.

Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak lebih cenderung untuk mati disebabkan sebarang punca serta lebih berisiko mati disebabkan serangan jantung dan penyakit jantung.

Sebaliknya, mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat mempunyai risiko yang jauh lebih rendah.

Makan dengan bijak untuk elak gemuk!

gula punca gemuk

Orang yang cuba membuang lemak daripada diet mereka didapati cenderung untuk menukar makanan berlemak dengan makanan penuh gula punca gemuk dan karbohidrat.

Sedangkan makanan berlemak seperti avokado, keju, kekacang, minyak sayuran, dan ikan berlemak memberikan pelbagai khasiat kepada individu.

Dalam kajian selama lapan tahun melibatkan hampir 50,000 wanita, saintis meletakkan kira-kira separuh daripada mereka dalam diet rendah lemak.

Bukan sahaja mereka tidak kehilangan berat badan dengan ketara, mereka juga tidak mengalami penurunan risiko kanser payudara, kanser kolorektal, atau penyakit jantung – kesan yang biasanya dikaitkan dengan diet yang sihat.

Oleh itu, jangan tertipu dengan produk makanan yang ditulis label rendah lemak punca gemuk.

Banyak makanan siap dimakan yang dilabel rendah lemak sebenarnya penuh dengan gula punca gemuk dan karbohidrat.

Ambil sahaja sebarang bijirin biasa, bar granola, dan yogurt berperisa lalu semak label nutrien; kesemuanya tinggi gula dan karbohidrat walaupun rendah lemak.

Diet tinggi dengan karbohidrat atau gula sangat berisiko meningkatkan berat badan.

Satu tinjauan 50 kajian mengenai diet dan berat badan yang diterbitkan dalam jurnal Food and Nutrition Research mendapati bahawa, secara purata, lebih banyak karbohidrat dimakan seseorang (seperti dalam bijirin yang diproses dan bar granola), semakin bertambah berat badan mereka sewaktu dalam tempoh kajian.

Jadi, walaupun produk ‘rendah lemak’ selalu diiklankan sebagai produk menurunkan berat badan, realitinya, produk ini boleh menyumbang kepada penambahan berat badan berbanding produk kaya lemak yang rendah karbohidrat yang diproses.

Anda perlu ambil lemak tapi bukan gula!

Lemak adalah bahan makanan yang penting dalam badan manakala gula punca gemuk walaupun terdapat dalam berpuluh-puluh makanan harian – tidak.

Walaupun mengurangkan pengambilan gula dan sumber utamanya iaitu karbohidrat yang diproses (roti putih, beras putih, tepung) adalah susah, kajian menunjukkan kaedah ini lebih berkesan berbanding menyingkirkan lemak daripada diet anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HOW SUGAR CONVERTS TO FAT, https://healthcare.utah.edu/the-scope/shows.php?shows=0_7frg4jjd, Accessed Jan 30 2019.
  2. Sugar: the facts, https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/how-does-sugar-in-our-diet-affect-our-health/, Accessed Jan 30 2019.
  3. Which Is Worse for You: Fat or Sugar?, https://health.clevelandclinic.org/which-is-worse-for-you-fat-or-sugar/, Accessed Jan 30 2019.
  4. IS SUGAR REALLY BAD FOR YOU? YES AND NO! HERE’S WHY, https://blog.nasm.org/nutrition/is-sugar-really-bad-for-you-we-separate-fact-from-fiction-evidence-from-hyperbole-and-give-you-the-best-answer-on-sugars-true-place-in-our-lives, Accessed Jan 30 2019.
  5. Uncover the truth about sugar: obesity, https://sugar.ca/sites/default/uploads/files/Uncover-the-Truth-About-Sugar-Obesity-LR.pdf, Accessed Jan 30 2019.

Versi Terbaru

29/10/2021

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca UTAMA Anda Cepat Gemuk!

7 Dalang Sebenar Kenapa Badan Cepat Gemuk! Bukan Sebab Makanan Sahaja, Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan