Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semua orang perlu makan untuk mengisi perut demi kelangsungan hidup.

Disebabkan itu, kita perlu untuk makan pada kadar dan waktu yang sesuai secara berkala bagi memastikan tubuh badan dapat terus berfungsi.

Pun begitu, pasti akan ada satu masa di mana kita terlupa atau terlepas waktu makan ekoran terlalu sibuk dengan kehidupan maing-masing.

Persoalannya, apa yang akan terjadi pada perut jika kita ‘skip’ waktu makan?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya!

Tinggal makan punca perut masuk angin?

Semua individu pasti pernah mengalaminya kerana ia adalah antara akibat paling utama jika kalian tinggal makan.

Kondisi perut masuk angin atau ‘bloating’ ini boleh terjadi akibat gastrousus (GI) dipenuhi dengan udara atau gas.

Ketika ia berlaku, anda akan berasa perut seakan kembung atau sebu dengan sesuatu walhal kalian tidak makan.

Kondisi ini akan menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa dan dalam beberapa kes, membuatkan perut anda kelihatan lebih besar atau buncit.

perut masuk angin

Antara punca utama ia berlaku adalah kerana kalian terlupa, terlepas atau terlambat untuk makan.

Untuk pengetahuan anda, organ perut akan sentiasa mencari sesuatu untuk dicernakan (makanan atau minuman) apabila tiba waktu makan.

Sekiranya kalian tidak mengisi perut pada ketika itu, maka perut anda akan menghasilkan udara atau gas sekali gus menyebabkan kondisi ini.

Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi faktor lain yang menyebabkan perut masuk angin termasuklah:

  • Jenis makanan yang diambil
  • Intoleransi makanan
  • Asid refluks (GERD)
  • Sembelit
  • Makan terlalu banyak
  • Makan terlalu laju
  • Berat badan tidak menentu
  • Datang bulan (wanita)
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Tertelan udara (boleh berlaku jika merokok atau mengunyah gula-gula getah)

Atau, ia juga mungkin disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan yang lebih teruk seperti:

  • Jangkitan pada perut/usus
  • Sekatan pada perut/usus
  • Keradangan (diverticulitis)
  • Sindrom kerengsaan usus (IBS)
  • Penyakit keradangan pelvik (PID)
  • Penyakit organ hati
  • Crohn
  • Kanser
  • Gangguan mental seperti kegelisahan atau kemurungan

Oleh itu, jangan sesekali ‘skip’ waktu makan terutamanya ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk mengelakkan perut masuk angin okay!

perut

Selain perut masuk angin, apa lagi boleh jadi?

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu akan akibat tinggal makan iaitu perut masuk angin.

Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi perkara lain boleh jadi dan menjejaskan tubuh badan anda.

Menurut Pakar Diet dari Piedmont Healthcare di Georgia Haley Robinson, akan berlaku pelbagai gangguan terhadap kesihatan tubuh badan jika ‘skip’ waktu makan iaitu:

#1. Pertambahan berat badan

Kesan yang agak aneh jika kita tinggal makan bukan?

Jangan sangka jika kalian tidak makan boleh membuat tubuh badan menjadi kurus kerana ia bukan seperti itu.

Jika anda tinggal makan, ia akan membuat kalian mengambil lebih banyak makanan pada waktu makan seterusnya.

Pola pemakanan tidak sihat ini boleh mengakibatkan kalian makan lebih banyak lantas meningkatkan berat badan.

#2. Kadar gula dalam badan menurun

Ini akan mengakibatkan gangguan terhadap kebolehan otak anda untuk berfikir dengan rasional.

Ini kerana otak menggunakan glukosa untuk berfungsi dan jika ia kurang, maka tubuh badan anda tidak dapat berfungsi dengan 100%.

Selain itu, ia akan menyebabkan individu cepat marah, mudah keliru dan sering penat akibat dari penghasilan hormon kortisol.

perut

#3. Tahap metabolisma badan menurun

Ini akan mengakibatkan gangguan terhadap aspek berat badan seseorang yang gemar ‘skip’ waktu makan.

Ini kerana metabolisme yang rendah bermakna kalian akan kurang atau lambat mengeluarkan tinja dan air kencing dalam tubuh badan.

Kesannya, sudah pasti ia akan menyebabkan individu lebih cepat naik berat badan dan menyukarkan anda untuk menurunkannya semula.

#4. Makan lebih banyak makanan tidak sihat

Bukan sahaja perut masuk angin boleh terjadi malahan tabiat suka tinggal makan juga akan membuat kalian makan lebih banyak makanan tidak sihat.

Kenapa? Ini kerana tubuh badan kita akan berubah ke mod survival setiap kali kalian ‘skip’ waktu makan.

Ini sekali gus menyebabkan perut menghantar isyarat kepada otak untuk mengidam pelbagai jenis makanan.

Akibatnya, kalian akan makan lebih banyak makanan tidak sihat kelak.

Akhir kata, jangan suka tingal makan kerana ia bukan sahaja menyebabkan perut masuk angin malah pelbagai lagi gangguan negatif terhadap tubuh badan anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang boleh menyebabkan batu karang buah pinggang? Apakah jenis makanan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Batu Karang, Urologi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Ada Fibroid Tak Boleh Makan Makanan Bersoya: Fakta @ Auta?

Apabila bercakap mengenai masalah fibroid rahim, pasti ada yang mengaitkannya dengan pemakanan, antaranya adalah makanan yang mengandungi soya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Rawat DEMAM KEPIALU Dengan 5 Jenis Makanan Ini, Beri Tenaga & Baik Untuk Perut

Demam kepialu adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Bagi mengelakkan jangkitan tersebar, ia biasanya dielakkan melalui suntikan tifoid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Anda nak kekalkan keremajaan kulit? Amalkan makanan awet muda ini. Selain daripada buah untuk awet muda, terdapat juga makanan lain untuk cantikkan kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah usus

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan tidak berkhasiat

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
sistem penghadaman manusia

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 4 minit bacaan
bayi menangis

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan