backup og meta

Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Kanak-kanak

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/07/2020

    Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Kanak-kanak

    Tinggi kandungan kolesterol adalah kondisi yang boleh menjejaskan individu tanpa mengira usia. Ia akan mengakibatkan pelbagai kondisi kesihatan terutamanya masalah jantung apabila kanak-kanak meningkat dewasa kelak.

    Terlalu banyak kolesterol dalam badan akan menyebabkan plak terbina pada dinding arteri, yang berfungsi menyalurkan darah kepada jantung dan organ-organ lain. Plak ini merupakan salah satu punca utama penyempitan arteri yang menyebabkan darah tidak dapat sampai ke jantung lalu mengakibatkan sakit jantung dan strok.

    Siapakah yang berisiko mempunyai kolesterol tinggi dalam kalangan kanak-kanak?

    Kandungan kolesterol dalam badan kanak-kanak dikaitkan dengan tiga faktor utama iaitu genetik, diet dan obesiti. Ibu bapa yang mempunyai kandungan kolesterol tinggi juga akan meningkatkan risiko anak mereka mengalami kondisi yang sama.

    Bagaimanakah kandungan kolesterol dalam badan kanak-kanak boleh didiagnosis?

    Pakar perubatan mampu untuk melihat kandungan kolesterol dalam badan kanak-kanak dengan hanya melakukan ujian darah. Ia sangat perlu dilakukan terhadap kanak-kanak jika ada sejarah keluarga yang mempunyai sakit jantung atau ibu bapa mereka sendiri mempunyai kandungan kolesterol tinggi. Ujian darah ini juga dapat membantu doktor menentukan sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai kolesterol tinggi atau tidak.

    The National Heart, Lung, and Blood Institute (NHLBI) dan American Academy of Pediatrics menyarankan bahawa semua kanak-kanak perlu diperiksa dua kali ketika mereka berusia 9 hingga 11 tahun dan 17 hingga 21 tahun. Saintis juga menasihatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 10 tahun untuk diperiksa. Jika hasilnya menunjukkan kandungan kolesterol normal, kanak-kanak masih perlu diperiksa selepas 3 hingga 5 tahun.

    Bagaimanakah merawat kandungan kolesterol tinggi dalam kalangan kanak-kanak?

    Kanak-kanak yang terlebih berat badan atau obesiti dan mempunyai kandungan lemak dalam darah atau kurang kandungan kolesterol koles HDL, pengurusan berat badan yang bagus adalah rawatan yang terbaik. Ini bermakna ibu bapa perlu memberi galakan kepada kanak-kanak ini untuk mengamalkan diet seimbang dan bersenam dengan kerap. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 10 tahun dan mempunyai kandungan kolesterol tinggi, pengambilan ubat-ubatan adalah disarankan.

    Salah satu daripada cara terbaik untuk merawat kolesterol tinggi dalam kalangan kanak-kanak adalah pengambilan diet seimbang dan aktiviti senaman yang melibatkan segenap ahli keluarga. Anak anda juga perlu mengambil makanan yang rendah lemak dan menjauhi makanan segera.

    Amaun lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak adalah 30% kurang daripada kalori. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak termaktub kepada kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. Selain itu, lemak tepu hanya perlu diambil 10% kurang daripada kalori sementara lemak trans perlu dielakkan sama sekali. Bagi kanak-kanak yang berisiko tinggi, lemak tepu juga perlu dikurangkan kepada 7% daripada kalori dan hadkan pengambilan kolesterol kepada 200 miligram sahaja sehari.

    Pemilihan makanan yang pelbagai juga adalah sangat penting agar anak anda berjaya mendapatkan nutrien yang diperlukan. Selain itu, senaman juga perlu dilakukan dengan kerap. Senaman seperti aerobik, berbasikal, berjoging, berjalan atau berenang mampu meningkatkan kadar HDL dalam badan anak anda selain menurunkan risiko penyakit jantung. Jika diet dan senaman masih tidak dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan