Cakap sahaja tentang serat, tentu akan terbayang pelbagai sayuran hijau yang pahit dan tawar di atas pinggan.
Tidak, sebenarnya terdapat banyak makanan yang kaya dengan serat bukan sahaja sihat tetapi sedap dan enak.
Apakah contoh makanan tinggi serat yang enak? Antaranya:
- Capati
- Buah-buahan segar seperti epal, pisang, dan anggur
- Bubur oat
- Roti mil penuh
- Tauhu sumbat
- Biskut tinggi serat
- Tepung mil penuh
Ini ialah sumber makanan yang kerap dan mudah sahaja didapati di pasar rata berdekatan dengan kita semua.
Hakikatnya, ini hanyalah beberapa contoh kerana terlalu banyak senarai makanan yang ada jika ingin disebutkan.
Mengapa perlu ambil makanan tinggi serat?
Ramai tahu serat adalah penting untuk dimasukkan ke dalam diet tetapi tidak ramai yang tahu mengapa.
Jom sama-sama kita lihat apa sebabnya:
#1. Membantu pergerakan najis di dalam usus
Serat meningkatkan berat dan saiz serta membuatkan najis menjadi lembut.
Saiz najis yang besar dan lembut memudahkan ia bergerak di dalam usus dan mengelakkan berlaku sembelit.
Jika najis anda terlalu berair dan cair, serat membantu mengeraskannya dengan menyerap air dari najis.
#2. Merendahkan kadar kolesterol
Kolesterol tidak semestinya tinggi dalam kalangan orang berbadan besar sahaja.
Orang kurus juga boleh megandungi tinggi kolsterol.
Kolesterol tinggi meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung dan strok.
Kedua-duanya merupakan antara sebab utama kematian di peringkat global.
#3. Mengawal gula dalam darah
Selepas kolesterol, serat juga memainkan peranan dalam mengawal kadar gula dalam darah.
Penghidap diabetes seharusnya menjadikan serat sebagai teman rapat mereka.
Namun, tidak perlu tunggu sehingga menghidap diabetes untuk mula mengambil makanan tinggi serat.
Diet yang mengandungi nutrien ini boleh mengurangkan risiko diabetes.
#4. Serat memanjangkan umur
Pemakanan sihat, khususnya tinggi serat, terbukti boleh melanjutkan usia melalui pencegahan penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan kanser.
Tanpa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli pelbagai jenis suplemen atau jus kesihatan, pengambilan makanan tinggi serat terbukti membantu memanjangkan jangka hayat anda.
Jadi apa tunggu lagi, jom serbu pasar raya untuk membeli pelbagai makanan tinggi serat untuk kesihatan tubuh badan!
[embed-health-tool-bmr]