Menurut kajian the MyHeARTs study yang dijalankan oleh Universiti Malaya, remaja Malaysia mengambil serat secara puratanya hanya 2.8 hingga 3.1 gram sahaja sehari. Jumlah ini tidak sampai 10% daripada jumlah yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu sebanyak 25 hingga 40 gram sehari.
Apa yang rakyat Malaysia makan?
Rakyat Malaysia sangat gemar makan. Tidak hairan lah negara ini kadangkala digelar ‘syurga makanan’ oleh sesetengah pihak, baik dari dalam atau luar negara. Namun, apa yang menghairankan adalah sesetengah nutrisi seperti serat masih lagi tidak mencukupi.
Lalu, apa yang kita makan?
Antara penyumbang kepada keadaan ini adalah perubahan pada gaya pemakanan. Sebahagiannya cenderung kepada gaya pemakanan barat seperti pizza, burger dan steak. Meskipun bukan semua menu barat adalah tidak sihat, apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah bahagian yang kurang sihat itu.
Selain itu, kemunculan menu-menu hispter yang tentunya tidak sihat dan tinggi garam serta gula menambahkan lagi kecelaruan pada diet harian. Akhirnya, sayur dan buah-buahan sering diketepikan. Jika beli di kedai pun, sayur diletakkan di stesen terakhir ketika pinggan sudah pun penuh.
Kenapa serat penting?
Ada 2 jenis serat – larut air dan tidak larut air.