Kebanyakan orang beranggapan mee adalah menu paling senang, cepat dan ringkas disediakan semasa sahur terutamanya pemilihan mee segera. 100g mee mengandungi 340 kalori yang mana lebih tinggi daripada nasi.
Walau bagaimanapun, ia masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Ini membuatkan ada berasa lebih cepat lapar.
Selain 5 makanan di atas, anda juga boleh memilih telur. Ini kerana ia mengandungi protein paling lengkap yang mana kira-kira 97% daripadanya boleh diserap oleh badan. Telur juga mengandungi kolin yang membantu metabolisme dan pusat sistem saraf berfungsi. Anda boleh memakannya dalam pelbagai cara seperti rebus dan goreng.