Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mengikut saranan doktor, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ya, ia memang boleh membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat.

Pun begitu, bagaimana jika ia mengakibatkan kita keluar masuk tandas banyak kali akibat kencing terlalu kerap?

Nanti dulu, kita tidak sewajarnya menyalahkan perbuatan minum air putih beberapa gelas sehari ini sebagai punca!

Ini kerana individu yang mengalami masalah kencing terlalu kerap ini sebenarnya menghidapi penyakit pundi kencing terlalu aktif (OAB).

Persoalannya, apa itu penyakit OAB? Selain itu, apakah cara untuk membantu merawatnya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

kerap kencing

Apa itu penyakit OAB?

OAB membawa maksud overactive bladder. Ia adalah sejenis penyakit berkaitan pundi kencing yang terlalu aktif.

Kondisi ini akan mengakibatkan si penghidap kencing terlalu kerap. Ia sudah pasti akan mengganggu ketenteraman kehidupan harian anda.

Dalam beberapa kes, ada penghidap OAB yang akan mengalami nocturia – terjaga beberapa kali dari tidur pada waktu malam untuk membuang air kecil.

Apa punca penyakit OAB?

Sebenarnya, ada beberapa punca yang berjaya dikenalpasti menyebabkan masalah ini.

Antaranya adalah kesalahan penghantaran dan pembacaan isyarat dari pundi kencing kepada otak.

Dalam erti kata yang lebih mudah, kondisi ini akan berlaku apabila otot pundi kencing menghantar isyarat terlalu awal kepada otak untuk membuang air kecil walaupun ia belum lagi penuh.

Selain itu, penyakit OAB juga disebabkanlah diet pemakanan yang kurang sesuai. Teruskan pembacaan anda!

Makanan yang perlu anda ambil & elak

Hakikatnya, diet pemakanan yang kurang sesuai juga boleh menjadi pemicu masalah kencing terlalu kerap.

Terdapat beberapa jenis makanan yang anda perlu ambil dan elak bagi menjadikan simptom kalian bertambah baik.

Berikut adalah contoh makanan yang kita perlu ambil:

kerap kencing

Perlu ambil: #1. Buah pisang

Pisang adalah buah yang kaya dengan potasium dan serat yang sangat bagus untuk kesihatan saluran air kencing. Selain itu, ia juga boleh membantu pergerakan usus kecil dan besar kalian.

Perlu ambil: #2. Sayur timun

Timun adalah sayur yang tinggi kandungan serat, antioksidan dan vitamin K.

Disebabkan itu, ia sangat bagus untuk kalian yang mempunyai masalah kencing terlalu kerap kerana menyihatkan saluran air kencing.

Perlu ambil: #3. Kekacang

Kekacang seperti kacang tanah, badam atau gajus sangat bagus untuk membantu merawat penyakit OAB.

Ini kerana ia mengandungi protein, serat dan pelbagai sumber nutrien yang baik untuk sistem perkumuhan.

Perlu ambil: #4. Telur

Juga kaya dengan protein, telur adalah salah satu makanan yang perlu ada dalam senarai kena ambil. Ini kerana ia adalah antara makanan yang tidak akan mengganggu fungsi pundi kencing.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa contoh makanan yang kita perlu elak:

kerap kencing

Perlu elak: #5. Kafein

Pengambilan kafein seperti kopi atau teh melebihi kadar normal akan membuat sistem perkumuhan menghasilkan lebih banyak urin sekali gus menyebabkan anda kencing terlalu kerap – kesan diuretik.

Perlu elak #6. Gula buatan

Gula buatan boleh buat simptom OAB menjadi lebih teruk. Oleh itu, sila elak dari mengambil aspartame, saccharin, stevia atau lain-lain. Untuk lebih pasti, sila baca label sebelum beli.

Perlu elak: #7. Makanan pedas

Makanan pedas yang mengandungi cili atau lada boleh merengsakan pundi kencing.

Selain itu, pengambilannya juga akan menjadi punca kita minum air terlalu banyak lantas mengakibatkan pundi kencing penuh.

Perlu elak: #8. Minuman berkarbonat

Gelembung dan gas yang terdapat dalam minuman berkarbonat boleh memicu simptom OAB. Oleh itu, sila elak mengambil minuman jenis ini dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Akhir kata, sila lebih berjaga dan berwaspada dalam aspek pemakanan sekiranya anda ada penyakit OAB.

Ini bagi membantu anda untuk menyelesaikan masalah kencing terlalu kerap!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Amalkan Minum Air Sebelum Tidur! Jika Tak Kena Gayanya, Boleh Ganggu Tidur

Air, seperti yang kita tahu, adalah sumber penghidratan yang penting buat tubuh manusia. Tetapi, apakah manfaat atau keburukan minum air sebelum tidur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap alami masalah kencing tak lawas. Namun, apakah punca kencing tak lawas dalam kalangan mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Pada Usia Emas 21/10/2020 . 3 minit bacaan

Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Penyakit Buah Pinggang, Urologi 05/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kegagalan ginjal

Kegagalan Buah Pinggang: Jenis, Simptom, Punca & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 4 minit bacaan
inkontinen urin

Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
batu karang buah pinggang

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan