Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,kepopularitian boba umpama tidak pernah padam. Bebola kanji yang terbuat daripada tepung ubi tersebut mula diperkenalkan di Taiwan pada tahun 1988, dan terus menjadi kegilaan ramai di seluruh pelusuk dunia. Namun, ada juga keburukan boba yang mungkin tidak disedari ramai.
Jika pada awal kemunculannya, boba hanya didapati dalam secawan air teh bersusu yang dipanggil sebagai teh boba. Kini, anda boleh menjumpai pelbagai hidangan dengan campuran tapioca pearl sebagai bintangnya.
Aiskrim boba, kek boba dan yang terbaharu, piza boba yang dilancarkan oleh Domino’s di Taiwan.
Persoalannya, disebalik segala populariti yang diraih boba, adakah tapioca pearl ini benar-benar selamat untuk dimakan dan tidak memberikan kesan terhadap kesihatan anda?
Keburukan boba yang mungkin anda perlu ambil tahu
Keburukan boba 1: tinggi kandungan gula
Umum mengetahui bagaimana tapioca pearl dihasilkan. Ia biasanya direbus dan kemudiannya ‘digoreng’ dengan kandungan gula perang sehingga ia menjadi kenyal dan likat.
Sebiji tapioca pearl mengandungi kandungan gula setinggi 50 gram. Untuk pengetahuan anda, kandungan gula yang terdapat dalam satu cawan tapioca pearl adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding satu tin minuman berkarbonat.
Walaupun ia mungkin sekadar bebola tepung ubi, anda perlu tahu proses memasak boba ini memerlukan banyak penggunaan gula perang.
Oleh sebab itu, warna boba bukanlah putih walaupun diperbuat daripada tepung ubi. Boba berwarna coklat atau gelap disebabkan oleh warna gula perang tersebut yang dimasukkan dengan banyak sewaktu memasak boba
Keburukan boba 2: tinggi kalori
Kalori adalah tenaga yang anda peroleh daripada sumber makanan. Setiap kalori yang anda ambil, perlulah dibakar untuk menghasilkan tenaga bagi tubuh. Jika anda mengambil kalori dengan banyak tanpa sebarang atau sedikit pembakaran, disitulah bermulanya kenaikan berat badan anda.
Untuk pengetahuan anda, setiap biji tapioca pearl yang anda telan mengandungi antara 5 hingga 14 kalori. Ini bermakna, dengan hanya ¼ cawan tapioca pearl yang biasa dimasukkan kedalam gelas milk tea anda, anda telah menambahkan lebih daripada 100 kalori.
Ini tidak termasuk kalori yang anda peroleh daripada milk tea itu sendiri. Anggaran kalori bagi setiap cawan boba milk tea adalah antara 300 hingga 400 kalori. Kini ada tahu keburukan boba yang ke-2.
Keburukan boba 3: kurang bernutrisi
Mengapa kami katakan tapioca pearl tidak bernutrisi atau kurang berkhasiat? Kerana sebahagian besar tapioca pearl hanya terdiri daripada kandungan karbohidrat semata-mata. Ini adalah salah satu keburukan boba yang ramai tidak tahu.
Ia kekurangan kandungan mineral dan vitamin selain tidak mengandungi sebarang serat.
Keburukan boba 4: sukar untuk dihadam
Tapioca pearl dihasilkan daripada tepung kanji yang diperbuat daripada ubi. Kanji yang kenyal seperti tapioca pearl akan sukar untuk dihadam oleh perut.
Ia akan menyebabkan ketidakhadaman terutamanya bagi warga emas yang mempunyai sistem pencernaan yang perlahan. Ia agak sukar untuk dihadam disebabkan sifatnya yang kenyal.
Faktor penyebab larisnya produk berasaskan boba
Pernahkah anda terfikir, apakah faktor yang mencetuskan populariti tapioca pearl atau boba milk tea? Pada pandangan penulis, faktor utama adalah mungkin disebabkan cara persembahan atau pembungkusan setiap cawan milk tea itu sendiri.
Ia adalah sesuatu yang ‘Instagram-worthy’ bak kata orang putih. Kelompok sasaran jualan boba milk tea juga adalah terdiri daripada golongan remaja-remaja hipster yang gilakan perhatian dan penampilan.
Mungkin dalam 20 tahun akan datang, generasi bubble tea ini tidak lagi mempunyai penampilan yang boleh dibanggakan akibat pemakanan yang tidak dijaga dan tidak terkawal.
[embed-health-tool-bmr]