Makan sebelum keluar
Apabila anda dijemput ke jamuan atau majlis makan, kurangkan makan makanan yang tidak sihat. Anda boleh lakukannya dengan mengambil makanan / snek yang berkhasiat sebelum pergi ke majlis tersebut. Perkara ini juga boleh membantu untuk menstabilkan gula dalam darah.
Mulakan dengan sup
Sup panas yang diambil sebagai pembuka selera akan memenuhkan perut dan membuat anda terasa kenyang lebih awal sebelum anda makan hidangan utama yang berkalori tinggi. Sup yang dibuat sendiri lebih disarankan kerana anda boleh menentukan kandungan sup tersebut.
Minum lebih banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda berfungsi dengan efektif. Ia 100% semulajadi dengan sifar kalori, yang akan membuatkan anda lebih kenyang sebelum makan, sekaligus mengurangkan makanan yang diambil. Selain air kosong, teh hijau juga pilihan yang baik.
Hindarkan makanan daripada pandangan
Sekiranya makanan diletakkan dekat dengan pandangan, walaupun fikiran anda tidak memberikan perhatian kepada makanan tersebut, minda separa sedar akan memainkan peranannya dan membuatkan anda mengidam. Jangan biarkan mata anda liar mencari makanan.
Kurangkan pengambilan soda (walaupun diet soda)
Soda adalah tidak baik untuk kesihatan, walaupun minuman diet soda. Mengambil minuman soda membuatkan kita mengambil lebih banyak benda manis (yang berkalori tinggi) sepanjang hari.
Makan dengan perlahan
Organ perut mengambil masa untuk memberitahu diri anda yang ia sudah penuh. Ramai orang terasa kembung perut selepas 15-20 minit makan hidangan yang besar. Hal ini terjadi apabila mereka makan terlalu banyak dan cepat sehinggakan perut anda tidak sempat untuk menghantar isyarat bahawa ia sudah penuh. Makan dengan perlahan-lahan boleh membantu mengurangkan beratus-ratus kalori ekstra yang diambil.