Jadi, berapa kali boleh minum boba?
Isu kemanisan yang melampau ini telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri. Pada 25 Julai yang lepas, pihak KKM telah menasihati rakyat Malaysia agar mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan dan menjauhkan diri daripada mengambil minuman teh susu ini secara kerap. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, menyeru agar rakyat Malaysia lebih cakna tentang kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka ambil bagi melindungi diri mereka daripada penyakit-penyakit kronik yang tidak diingini.
Dalam memperhalusi persoalan ‘berapa kali boleh minum boba?’ ini, guru kecergasan dan pemakanan terkemuka tanah air, Kevin Zahri, telah berkongsi pendapat beliau yang lebih santai. Menurut beliau, walaupun minuman tersebut tinggi dalam kandungan gula, jika anda berasa anda berhak untuk mendapatkannya (sebagai satu ganjaran kepada diri sendiri), anda boleh berbuat demikian. Tambah beliau lagi, tiada hitam putih dalam dunia diet ini dan semuanya bergantung kepada keseimbangan dalam pengambilan nutrisi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen