backup og meta

Ketagih Ketum? Ada 4 Kesan Buruk Pada Kesihatan Kalau Kerap Minum Benda Ini!

Ketagih Ketum? Ada 4 Kesan Buruk Pada Kesihatan Kalau Kerap Minum Benda Ini!

Orang ketagih ketum kena tahu fakta ini. Terdapat lebih 40 kompaun kimia yang telah dikenal pasti terkandung di dalam daun ketum ini termasuklah sekitar 25 kompaun alkaloid seperti  rhynchophylline dan ajmalicine.

Apakah yang akan berlaku kepada tubuh badan anda akibatnya cara merawat ketagihan ketum? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini. 

Kesan sampingan dan kesan buruk jika ketagih ketum

Antara gejala gian yang berupaya untuk berlaku seandainya ketagihan adalah mudah tersinggung, rasa tidak tenang, mual, tekanan darah tinggi, sukar untuk tidur (insomnia), hidung berair, sakit otot dan sakit sendi, dan juga cirit-birit.

ketagih ketum
Serbuk ketum.

Tidak kira sama ada anda mahu berhenti ketum mengejut atau berperingkat, ia tidak boleh diteruskan!

Kesan akibat ketagih ketum #1. Keracunan hati 

Kesan keracunan daripada ketagihan ketum adalah sesuatu yang secara relatifnya, jarang berlaku.

Namun yang demikian, campuran dengan bahan-bahan lain dan atau pengambilan yang kerap dan dalam jumlah yang banyak, mendedahkan seseorang itu kepada risiko keracunan hati.

Berdasarkan kajian terhadap tikus makmal, pemberian ekstrak metanol M. speciosa didapati berupaya untuk menghasilkan kecederaan hati.

Ia berdasarkan peningkatan dalam jumlah enzim penanda hati dan juga penanda hati yang lain.

Pemberian ekstrak tersebut pada dos 100, 500 dan juga 1000mg/kg menyaksikan peningkatan enzim ALT, AST, albumin, trigliserida dan juga paras kolesterol.

Berdasarkan dapat histopatologi, organ hati tikus-tikus tersebut menunjukkan kerosakan lobul poligon yang sederhana, pendarahan dalam sel-sel hati (hepatocyte) dan juga perkembangan struktur sinusoid.

Kerosakan hati ini pula akan menyebabkan berlaku kesesakan aliran cecair hempedu, membawa kepada terjadinya keadaan yang disebut sebagai ‘intra-hepatic cholestasis’.

Mereka yang mengalami keadaan ini akan mula perasan air kencing mereka berubah menjadi warna perang gelap (persis warna air teh o’) dan juga kulit mereka berubah warna kepada, menjadi semakin kuning.

Kecederaan hati dikaitkan juga dengan kecederaan buah pinggang yang akut. 

Kesan jika ketagih ketum #2. Kecederaan neurologi

ketagih ketum
Daun ketum yang direbus.

Terdapat beberapa kes gangguan neurologi yang telah dikenal pasti berkaitan akibat ketagih ketum dan airnya.

Namun yang demikian, sukar untuk ditentukan jika tumbuhan itu sendiri yang mengakibatkan serangan sawan.

Atau, ia berpunca daripada interaksi antara bahan aktif tumbuhan tersebut dengan bahan-bahan lain yang telah diambil oleh pengguna seperti:

Ini kerana gangguan sawan yang telah dicatat lazimnya melibatkan mereka yang mempunyai beberapa masalah ketagihan lain.

Fakta

Mereka yang membuat tambahan bahan lain kepada ketum atau mereka yang sedang cuba untuk berhenti daripada masalah ketagihan dadah.

Kajian dalam binatang pada tahun 2016 juga tidak berjaya untuk mengesan sebarang aktiviti yang persis sawan setelah diberikan ekstrak tumbuhan ini.

#3. Kebarangkalian menyebabkan kecederaan otot jantung 

Pada tahun 2014, satu kajian telah dijalankan bagi melihat untuk mengenal pasti kadar daun ketum dan analognya yang diperlukan untuk menghasilkan sebarang kesan kecederaan terhadap sel-sel otot jantung (cardiomyocyte) yang diperoleh daripada sel stem pluripoten.

Kajian tersebut mendapati bahawa kandungan bahan aktif mitragynine pada dos 10 mM ini berbahaya.

Ia berupaya untuk menghasilkan pelengahan keupayaan tindakan (prolonged action potential). Ia juga signifikan dan akhirnya mengakibatkan gangguan ritma jantung (arrhythmia).

Bahan aktif mitragynine juga dikatakan dapat mendorong kepada terjadinya gangguan ritma elektrik jantungTorsade de Pointes’.

ketagihan ketum
Ketum lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

#4. Kemungkinan menyebabkan kecederaan kelenjar tiroid

Keupayaan ini dicadangkan berdasarkan laporan kes pesakit yang didiagnos dengan keadaan hipotiroid yang teruk.

Selepas siasatan dan sejarah pesakit diambil, pesakit mengaku telah mengambil daun ketum dalam jangka masa yang lama untuk tahan sakit.

Selepas 4 bulan menggunakannya, pesakit ketagih ketum tersebut mencatatkan peningkatan berat badan sebanyak 27.2 kg (60 lbs), kerap merasa letih dan lesu yang melampau dan juga mempunyai ciri-ciri muka myxedematous.

Walaupun tiada kajian terperinci yang telah dijalankan untuk mengaitkan penggunaan tumbuhan tersebut dengan gangguan tiroid secara tepat, penulis laporan tersebut mencadangkan terdapat kemungkinan bahan aktif mitragynine yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.

Ia berupaya untuk menghasilkan kesan penghalang terhadap kelenjar tiroid. Khususnya setelah pemberhentian pengambilan bahan tersebut dan rawatan susulan didapati berkesan untuk menambah baik keadaan pesakit.

Maka, anda sudah tentu memerlukan cara tradisional merawat ketagihan ketum tanpa sebarang kesan sampingan berhenti ketum.

Segera jumpa doktor ya?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is kratom?, https://www.drugabuse.gov/publications/drugfacts/kratom, Accessed Sep 21 2021.
  2. Kratom: Unsafe and ineffective, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/consumer-health/in-depth/kratom/art-20402171, Accessed Sep 21 2021.
  3. Kratom: What Are The Health Benefits vs. Risks?, https://www.hackensackmeridianhealth.org/en/healthu/2023/06/23/kratom-health-benefits-and-risks, Accessed Sep 21 2021.
  4. What You Should Know About Kratom, https://health.clevelandclinic.org/what-is-kratom, Accessed Sep 21 2021.
  5. Dangers of Kratom Addiction and Signs of Overdose, https://americanaddictioncenters.org/kratom/dangers, Accessed Sep 21 2021.

Versi Terbaru

16/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mahukan Otak Cerdas & Memori Kuat? Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan