backup og meta

Hati, Organ Yang Penting Untuk Tubuh Badan! Apa Fungsi Dan Cara Jaga?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/11/2022

    Hati, Organ Yang Penting Untuk Tubuh Badan! Apa Fungsi Dan Cara Jaga?

    Fungsi hati manusia amat penting dalam kehidupan seharian. Jom ketahui peranannya serta cara penjagaan hati agar ia kekal sihat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, sila klik di sini.

    Apa fungsi hati manusia?

    Hati mempunyai pelbagai fungsi.

    Ia menghasilkan banyak bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk berfungsi secara normal, memecah dan menyahtoksik zat-zat serta berperanan sebagai unit penyimpanan. 

    Hepatocytes (hepar = hati + cyte = sel) bertanggungjawab untuk menghasilkan banyak protein (sintesis protein) dalam tubuh yang diperlukan bagi pelbagai fungsi seperti pembekuan darah, dan albumin – menjaga cecair dalam sistem peredaran darah.

    Selain menghasilkan karbohidrat, fungsi hati manusia juga untuk menghasilkan kolesterol dan trigliserida

    Organ ini turut berperanan bagi mengubah glukosa menjadi glikogen yang dapat disimpan di dalam hati dan sel-sel otot. 

    Hati juga menghasilkan hempedu yang membantu dalam proses pencernaan makanan, membuang sisa dan memecahkan lemak dalam usus kecil.

    Hati memainkan peranan penting dalam menyahtoksik badan dengan menukar amonia – produk sampingan metabolisme dalam tubuh – menjadi urea yang dikeluarkan dalam air kencing oleh ginjal. 

    fungsi hati manusia

    Di samping itu, organ terbesar ini juga memecahkan ubat-ubatan termasuk alkohol. Ia juga bertanggungjawab untuk memecahkan insulin dan hormon lain dalam tubuh. 

    Pelbagai peranan penting lain turut menjadi fungsi hati manusia termasuklah:

    • Memproses hemoglobin untuk menggunakan kandungan zat besi – hati menyimpan zat besi
    • Melawan jangkitan dengan menghasilkan imun tubuh dan membuang bakteria daripada aliran darah
    • Membersihkan bilirubin – terlalu banyak bilirubin menjadikan kulit dan mata kuning

    Apabila hati memecahkan bahan berbahaya, ia akan dikeluarkan melalui hempedu atau darah.

    Produk sampingan hempedu akan memasuki usus dan akhirnya disingkirkan dalam pergerakan usus.

    Manakala produk sampingan darah akan disaring buah pinggang dan dikeluarkan tubuh dalam bentuk air kencing.

    Hati juga menyimpan vitamin dan bahan kimia yang diperlukan tubuh sebagai building block, seperti:

    Baca juga:

    Jadi betapa pentingnya fungsi hati manusia dalam meneruskan kehidupan seharian, bukan?

    Disebabkan itu, amat penting untuk menjaga hati agar sentiasa kekal sihat. Ingin tahu bagaimana cara penjagaan hati?

    Bagaimana cara penjagaan hati?

    Anda sudah memahami dan mengetahui betapa pentingnya fungsi hati manusia, jadi berikut cara boleh dicuba untuk memastikan organ ini sentiasa sihat:

    fungsi hati manusia

    #1. Berat badan yang seimbang

    Sekiranya berat badan berlebihan, anda berisiko mempunyai hati berlemak yang boleh mengakibatkan penyakit hati berlemak bukan alkohol.

    Mengurangkan berat penting untuk menurunkan risiko tersebut.

    #2. Jaga diet pemakanan anda

    Elakkan makanan berkalori tinggi, lemak tepu, karbohidrat halus – seperti roti putih, nasi putih dan pasta biasa, serta gula.

    Jangan makan kerang mentah atau kurang masak.

    Amalkan pengambilan serat dalam diet harian.

    Anda juga boleh makan daging (hadkan pengambilan daging merah), produk tenusu rendah lemak serta lemak sihat seperti minyak sayuran, kekacang, ikan dan bijian.

    Pastikan juga anda minum air secukupnya

    #3. Bersenam untuk hati sihat

    Senaman secara konsisten membantu membakar trigliserida dan mengurangkan lemak hati.

    #4. Elakkan toksin dari luar

    Toksin boleh mencederakan sel hati. Hadkan hubungan langsung dengan racun daripada produk pembersihan dan aerosol, racun serangga dan bahan kimia. Hindari juga tabiat merokok!

    #5. Kurangkan alkohol

    Minuman beralkohol boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. 

    Oleh sebab salah satu fungsi organ ini adalah memecahkan alkohol, pengambilan minuman ini secara berlebihan boleh merosakkan atau memusnahkan sel hati dan menyebabkan parut. 

    #6. Elakkan jarum yang tercemar

    Pastikan jarum suntikan yang digunakan bersih dan selamat, sama ada untuk tujuan perubatan, menindik badan atau mencacah tatu. 

    #7. Barangan kebersihan diri

    Jangan berkongsi barangan penjagaan diri seperti pencukur, berus gigi atau pemotong kuku kerana ia boleh membawa mikroskopik darah atau cecair badan lain yang mungkin tercemar.

    fungsi hati manusia

    #8. Amalkan seks selamat

    Hubungan seks tanpa perlindungan dan bertukar pasangan boleh meningkatkan risiko hepatitis B dan C.

    #9. Cuci tangan dengan kerap

    Gunakan sabun bersama air suam untuk mencuci tangan selepas menggunakan bilik air, menukar lampin anak, sebelum menyediakan makanan mahupun sebelum makan.

    #10. Pengambilan ubat

    Makan ubat seperti yang diarahkan doktor bagi menjaga fungsi hati manusia.

    Jangan mencampur alkohol dengan ubat walaupun tidak diambil sekali. 

    Hindari dadah terlarang seperti ganja, kokain, atau heroin yang digunakan bukan atas tujuan perubatan.

    #11. Pengambilan vaksin

    Cara penjagaan hati paling penting adalah untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah hepatitis A dan B.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan