backup og meta

Suka Buang Kulit Masa Makan Udang? Jangan, Ada Khasiatnya! Ini 3 Cara Makan Kulit Udang!

Suka Buang Kulit Masa Makan Udang? Jangan, Ada Khasiatnya! Ini 3 Cara Makan Kulit Udang!

Kita biasa makan udang sebagai salah satu lauk makan tengah hari ataupun malam. Namun, pernahkah anda memakan kulit udang? Percayakah anda jika kami katakan bahawa terdapat banyak khasiat kulit udang jika ia dimakan? Ini yang anda perlu tahu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Ini khasiat kulit udang!

makan udang

Udang merupakan antara jenis makanan laut yang biasa dikonsumsi oleh penduduk di Malaysia.

Udang juga hadir dengan pelbagai saiz dan juga jenis. Apa pun saiz dan jenisnya, isi udang mempunyai nutrisinya tersendiri yang memberikan kebaikan kepada tubuh kita apabila dimakan.

Namun, selain makan udang, ramai daripada kita yang masih belum tahu bahawa terdapat khasiat kulit udang apabila dimakan. Apakah khasiat tersebut?

Untuk pengetahuan anda, pada kulit udang terdapat sejenis bahan kimia yang disebut sebagai kitosan.

Berdasarkan kajian, kitosan ini boleh membantu mengurangkan berat badan dan juga tahap kolesterol dalam darah.

Malah, jika diambil dalam bentuk suplemen pemakanan, ia boleh meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolesterol jahat.

Selain daripada kandungan kitosan, kulit udang juga kaya dengan kandungan kalsium.

Dalam tubuh manusia, kalsium perlu diambil setiap hari bagi menguatkan struktur tulang dan juga gigi. 

Selain makan udang, bolehkah kulitnya dimakan juga? 

Mungkin ada yang risau sama ada kulit udang boleh dimakan atau tidak. Anda boleh memakan kulit udang tanpa bimbang ia akan menyebabkan sakit perut.

Ini kerana, kulit udang merupakan antara bahagian udang yang boleh dimakan selain isinya.

Walaupun ia agak kurang menyelerakan disebabkan rupa dan teksturnya, namun khasiat kulit udang ternyata agak bermanfaat kepada manusia.

Jika anda tahu teknik yang betul, kulit udang juga boleh menjadi antara hidangan atau snek yang menyelerakan. 

[embed-health-tool-bmi]

3 cara menikmati kulit udang

Terdapat tiga kaedah atau teknik yang boleh anda gunakan dalam menyediakan kulit udang:

#1. Udang goreng rangup

makan udang

Bagi mereka yang biasa memakan udang yang telah siap dikopek, apa kata anda cuba versi yang belum dikopek pula.

Anda boleh gorengkan udang bersama kulitnya melalui cara di bawah ini:

  1. Bersihkan udang dengan air paip. Buangkan bahagian kepalanya terlebih dahulu.
  2. Ambil lidi sate atau garfu, dan cungkilkan bahagian urat hitam yang terdapat pada bahagian belakang udang. Ingat, jangan kopek kulitnya. 
  3. Setelah itu, bilas sekali lagi dan toskan air basuhan sehingga kering.
  4. Lumurkan sedikit tepung jagung dan juga garam.
  5. Kemudian, gorengkan udang bersama kulitnya dalam minyak panas sehingga garing.
  6. Angkat dan nikmati udang goreng rangup anda.

#2. Snek kulit udang

Jika anda gemar makan udang dan mengopek udang untuk mendapatkan isinya sahaja, jangan buang kulit udang tersebut. Ambil sedikit untuk dibuat snek kulit udang.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Basub bersih kulit udang. Sebaiknya, ambil bahagian kulit badan dan kepalanya sahaja. Untuk bahagian kulit kepala, pastikan anda telah membuang segala kotoran sebelum digoreng.
  2. Setelah ditoskan, ambil sedikit tepung jagung dan lumurkan pada kulit udang. Tambahkan sedikit garam sebagai bahan perasa.
  3. Jika mahu, anda boleh menambahkan sedikit serbuk atau kepingan cili kering untuk memberikan sedikit rasa pedas pada kulit udang tersebut.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana. Gorengkan kulit udang seketika sehingga agak garing.
  5. Setelah itu, angkat dan toskan minyak. Pastikan minyak telah ditoskan dengan kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

#3. Sup kulit udang

makan udang

Mungkin anda tidak pernah membuat sup seperti ini, namun percayalah ia sangat berkhasiat.

Cara ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka makan udang tetapi tidak gemar memakan kulit udang.

Ikuti kaedah penyediaannya di bawah ini:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. Boleh juga ditumbuk jika mahu. 
  3. Setelah itu, masukkan kulit udang yang telah dibasuh bersih. Tumis sebentar sehingga kulitnya agak kemerah-merahan.
  4. Setelah itu, masukkan air dan biarkan sup mereneh sebentar. Ini untuk memastikan kandungan kalsium daripada udang dapat diekstrak dengan baik.
  5. Anda juga boleh masukkan sedikit sayur-sayuran seperti lobak merah atau batang saderi untuk menaikkan rasa sup.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Sup ringkas ini sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What You Should Know Before Eating Shrimp Shells?. https://www.forkandspoonkitchen.org/what-should-know-before-eating-shrimp-shells/. Accessed on October 10, 2022. 

Can You Eat Shrimp Shells? Answer This Question And Others Related To It. https://foodsfact.org/can-you-eat-shrimp-shells. Accessed on October 10, 2022.

Egan, Á. M., Sweeney, T., Hayes, M., & O’Doherty, J. V. (2015). Prawn Shell Chitosan Has Anti-Obesogenic Properties, Influencing Both Nutrient Digestibility and Microbial Populations in a Pig Model. PloS one, 10(12), e0144127. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0144127. Accessed on October 10, 2022.

Shrimp Shell Broth. https://www.westonaprice.org/shrimp-shell-broth/#gsc.tab=0. Accessed on October 10, 2022.

Are Shrimp Good for You?. https://www.consumerreports.org/fish-seafood/are-shrimp-good-for-you-a6470516712/. Accessed on October 10, 2022.

 

Versi Terbaru

15/11/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ini 3 Teknik Siang Udang Ikut Saiz! (Ekstra: Cara Siang Udang Lipan Yang Ramai Tak Tahu)

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan