backup og meta

Khasiat Teh Hijau, Benarkah Ia Sangat Bagus Untuk Kesihatan Jantung Dan Arteri?

Khasiat Teh Hijau, Benarkah Ia Sangat Bagus Untuk Kesihatan Jantung Dan Arteri?

Khasiat teh hijau sememangnya sering diperkatakan sama ada dalam kalangan generasi tua mahupun generasi muda!

Tetapi, tahukah anda bagaimana asal permulaan minuman ini dan khasiat teh hijau kepada tubuh badan manusia?

Nama teh hijau yang meningkat naik kini tidak bermakna ia baru sahaja dikonsumsi, tetapi kepopularitiannya hanya menaikkan namanya ke peringkat yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kelebihan teh hijau yang pelbagai

Sejak berabad lagi, teh hijau terkenal dengan rasanya yang indah serta pelbagai khasiat kesihatannya terhadap manusia.

Berikut adalah cara minum teh hijau dan manfaat minum teh hijau setiap hari yang anda mungkin tidak pernah dengar pada sebelum ini:

Khasiat teh hijau 1: Merangsang sistem imun

Menurut beberapa kajian, orang yang minum teh dengan kerap tidak mendapat jangkitan bakteria dan virus semudah orang lain yang tidak mengambilnya.

Jelas bahawa teh hijau membantu anda meningkatkan sistem imun. Sebab di sebalik mekanisma ini adalah sebatian yang dipanggil catechin, yang berfungsi sebagai pelindung terhadap bakteria dan virus.

Di samping itu, catechin juga melawan toksin yang dikeluarkan oleh mikrob.

Bukan itu sahaja, ia juga menghalang penyakit yang disebabkan oleh mikrob dan kulat, seperti:

  • nafas berbau 
  • disentri
  • senak
  • cirit-birit
  • kolitis
  • kerosakan gigi
  • selesema
  • batuk 

Khasiat teh hijau 2: Astringen

Astringen adalah satu lagi keunikan teh hijau. Bahan astringen merangsang pengecutan otot dan tisu serta menguatkan otot dan kulit.

Walaupun anda tidak minum teh, membasuh mulut anda dengan teh setiap hari akan memberikan penguncupan pada gusi anda untuk memastikannya kukuh dan sihat.

Hasilnya, gigi akan dilindungi. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang gigi longgar atau tercabut.

minum teh
Minuman teh yang bersesuaian dengan mood.

Khasiat teh hijau 3: Antikanser

Selain menyebabkan penuaan pramatang, radikal bebas juga menyebabkan beberapa jenis kanser.

Catechin di dalam teh hijau boleh meneutralkan radikal yang berbahaya ini, menghentikan pembentukan karsinogen seperti nitrosamines dan mengurangkan risiko kanser.

Teh hijau kini disyorkan dan dipreskrip secara meluas untuk pesakit oleh doktor dan ahli farmasi.

Ia adalah remedi rumah yang baik untuk mencegah kanser, terutamanya bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser seperti pankreas, kolon, usus dan rektum.

Kelebihan teh hijau 4: Mengurangkan kolesterol

Teh hijau diketahui berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol kerana ia mengandungi bahan yang dipanggil alkalinity.

Mekanisma di sebalik ini adalah kafein daripada minuman teh akan menggerakkan asid lemak daripada tisu lemak, mengurangkan komposisi lemak dan menjadikan mereka tenaga bersedia untuk aktiviti fizikal.

Ini jelas akan meningkatkan prestasi fizikal dan mencegah obesiti, terutamanya diabetes jenis II, yang melibatkan gula dalam darah yang tinggi disebabkan kekurangan insulin.

Teh hijau dipercayai meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah.

khasiat teh hijau
Minuman teh untuk kesihatan lebih baik.

Kebaikan teh hijau 5: Sihat untuk jantung dan arteri

Teh hijau mengandungi komponen berbeza yang boleh menghalang penebalan darah, seterusnya, mengurangkan kebarangkalian mendapat arterosklerosis, trombosis, dan juga strok jantung dan otak.

Beberapa faktor risiko utama ditemui akan dipengaruhi oleh tabiat meminum teh.

Ini termasuk tahap kolesterol, kolesterol LDL dan triglycerides.

Sebagai antioksidan yang kuat, minuman ajaib ini boleh menghalang zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung.

Kenapa minum teh itu dipercayai sebagai tabiat yang sihat?

Anda mungkin mahu mengamalkan tabiat meminum teh kerana ia boleh mengurangkan berat badan, meningkatkan prestasi mental dan fizikal anda, serta membawa manfaat ke jantung anda.

Minumlah teh dengan kerap, atau sebaik-baiknya masukkannya dalam diet harian anda untuk mendapatkan semua manfaat daripadanya.

Namun, bilakah waktu terbaik minum teh hijau dan bolehkah minum teh hijau setiap hari? Ya, mungkin tiada masalah untuk itu tetapi nasihat dari doktor amat penting!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Health Benefits of Green Tea. https://www.organicfacts.net/health-benefits/green-tea.html Accessed February 4, 2017
  2. Green Tea. https://nutritionfacts.org/topics/green-tea/. Accessed on Sept 10, 2021
  3. 11 Benefits of Green Tea You Didn’t Know About. https://www.healthywomen.org/content/article/11-benefits-green-tea-you-didnt-know-about. Accessed on Sept 10, 2021
  4. The Hidden Health Benefits of Tea. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2019/december/health-benefits-of-tea. Accessed on Sept 10, 2021
  5. The Health Benefits of Tea. https://www.eatright.org/health/wellness/preventing-illness/the-health-benefits-of-tea. Accessed on Sept 10, 2021

Versi Terbaru

26/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan