backup og meta

Nasi Lemak Menggemukkan? Ambil Tahu Jumlah Kalorinya Dulu!

Nasi Lemak Menggemukkan? Ambil Tahu Jumlah Kalorinya Dulu!

Nasi lemak menjadi antara menu wajib bagi sebahagian besar masyarakat Malaysia sewaktu sarapan pagi. Namun, makanan ini juga diketahui sebagai antara jenis makanan yang tinggi kalori. Kalori nasi lemak juga adalah antara yang tertinggi berbanding jenis nasi yang lain.

Adakah anda tahu kalori makanan ini yang sebenar?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Makanan pembekal tenaga untuk petani dan pesawah

Nasi lemak diketahui sebagai salah satu daripada jenis masakan Melayu yang bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara.

Ia juga dimakan oleh masyarakat Melayu di beberapa lokasi lain seperti di Singapura, Sumatera dan Riau di Indonesia, Brunei dan juga Selatan Thailand.

Nasi lemak diiktiraf sebagai makanan kebangsaan negara Malaysia dan ia biasa dinikmati pada waktu sarapan pagi.

Pada zaman dahulu, nasi lemak ini sering dijadikan sebagai makanan bekal bagi para pesawah dan petani apabila mereka keluar bekerja.

Ini kerana, nasi lemak dapat membekalkan mereka dengan tenaga yang mencukupi disebabkan komponen nasinya yang dilengkapi dengan pelbagai nutrien untuk mengembalikan tenaga selepas penat bekerja. 

Kalori nasi lemak yang ramai tidak tahu

kalori nasi lemak

Siapa sahaja yang tidak sukakan hidangan nasi lemak panas untuk sarapan pagi.

Namun, di sebalik keinginan untuk menyantapnya, anda juga kena tahu mengenai kalori nasi lemak yang anda makan.

Adakah anda tahu berapakah jumlah kalori nasi ini yang sebenar? Jika belum, ini jumlah kalori nasi lemak yang anda kena ambil maklum:

Ini adalah anggaran jumlah kalori bagi sepinggan nasi lemak tanpa nasi tambahan atau lauk tambahan yang lain.

Kalori nasi lemak yang anda makan juga akan bertambah jika anda mengambil jenis minuman manis seperti teh tarik atau teh panas.

Jika ditambahkan keseluruhan kalori nasi, lauk serta minuman manis, kalori anda boleh mencapai jumlah 1,000 kalori bagi satu set hidangan.

Bagi satu hidangan dengan jumlah kalori menghampiri 1,000 atau lebih daripada 1,000, ia boleh dikatakan agak tinggi memandangkan ia baru satu hidangan sahaja.

Anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga hidangan utama dan satu hidangan ringan setiap hari. 

Jadi, bagaimana untuk mengurangkan kalorinya?

Agak sukar untuk kita menolak godaan keenakan nasi lemak, apatah lagi jika sudah terhidu bau nasi yang baru sahaja dimasak. Ia sememangnya menggugat selera makan kita.

Anda masih boleh makan nasi lemak seperti biasa, namun cara memasaknya mungkin perlu ditukarkan sedikit untuk mengurangkan kandungan kalorinya.

[embed-health-tool-bmr]

Untuk hidangan nasi, anda boleh mencuba dengan mengambil hanya separuh nasi daripada saiz biasa.

Jika sebelum ini anda mengambil satu mangkuk nasi, kurangkannya kepada separuh mangkuk.

Untuk jenis ayam goreng pula, pilihlah bahagian ayam yang kurang berlemak seperti bahagian dada.

kalori nasi lemak

Elakkan memakan kulit ayam kerana ia akan menambah kalori dalam hidangan nasi lemak anda.

Bagi lauk telur ayam, seeloknya untuk anda mengambil telur rebus berbanding telur yang digoreng.

Selain itu, cuba elakkan daripada memakan kuning telur kerana kuning telur mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi berbanding putih telur.

Untuk minuman pula, amalkan pengambilan air kosong atau air mineral setiap kali anda makan.

Jika anda benar-benar mahu meminum minuman manis seperti teh tarik, minumlah setengah gelas sahaja. 

Bagaimana untuk membakar kalori selepas makan nasi lemak?

kalori nasi lemak

Untuk membakar sekitar 1,000 kalori daripada sepinggan nasi lemak, anda mungkin perlu melakukan perkara-perkara berikut:

Anggaran pengiraan ini adalah untuk seorang individu dengan berat 65 kilogram yang mengambil hanya sepinggan nasi lemak.

Anggaran pembakaran kalori ini boleh berubah bergantung kepada faktor jantina, berat, ketinggian, umur, tahap intensiti aktiviti dan faktor-faktor lain. 

Nasi lemak makanan sihat tetapi makanlah secara bersederhana

Nasi lemak boleh dikatakan sebagai sejenis makanan yang sihat.

Ini kerana ia mempunyai komponen makanan dengan nutrien yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan juga lemak.

Pada tahun 2016, majalah TIME sendiri telah mengiktiraf nasi lemak kebanggaan kita ini sebagai salah satu daripada 10 makanan tersihat di dunia.

Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan kalori nasi lemak agar tidak menambahkan jumlah kalori dalam tubuh badan anda.

Pengambilan nasi lemak dengan jumlah yang sederhana boleh mengelakkan peningkatan berat badan atau masalah obesiti disebabkan pertambahan kalori.

Selain itu, pastikan anda bersenam atau kekal aktif setiap kali selepas anda mengambil nasi lemak agar kalori yang diambil itu lebih cepat dan mudah terbakar. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Panduan Penyajian Hidangan Sihat. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76354f8f2.pdf. Accessed on February 16, 2022.

Nasi Lemak Calories. https://myfcd.moh.gov.my/index.php/1997-food-compositon-database/609-rice,-coconut-milk-(nasi-lemak).html.tmp. Accessed on February 16, 2022.

Obesiti: Jangan Hanya Kait Nasi Lemak. http://www.myhealth.gov.my/en/obesiti-jangan-hanya-kait-nasi-lemak-2/. Accessed on February 16, 2022.

Tidak Larang Nasi Lemak Dijual Di Kantin. http://www.myhealth.gov.my/tidak-larang-nasi-lemak-dijual-di-kantin-2/. Accessed on February 16, 2022.

Must You Have Nasi Lemak for Breakfast? 7 Quick Nutritious Breakfast Ideas. https://www.healthworks.my/nasi-lemak-breakfast-ideas/. Accessed on October 7, 2021

​​​​​​​Best and Worst Singapore Hawker Malay Breakfast Foods: Nasi Lemak, Mee Siam, Soto and More. https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/best-worst-singapore-hawker-malay-breakfast-foods-nasi-lemak-mee-siam-soto. Accessed June 3, 2022.

10 ways to cut 500 calories a day. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000892.htm. Accessed June 3, 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nasi Lemak Punca Diabetes? Ini 4 Cara Makan Menu Sedap Ini Dengan Lebih Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan