backup og meta

Tak Suka Jumpa Doktor? Makanlah Epal Hijau Setiap Hari Untuk Elak Penyakit Jantung!

Tak Suka Jumpa Doktor? Makanlah Epal Hijau Setiap Hari Untuk Elak Penyakit Jantung!

Siapa di sini yang suka makan epal hijau? Walaupun buah epal hijau kurang diperkatakan berbanding epal merah, kedua-dua jenis epal ini sebenarnya mempunyai kandungan nutrisi yang hampir sama. Untuk pengetahuan anda, sebiji epal hijau selalunya mempunyai 95 kalori.

Jika anda berjalan, anda perlukan masa selama 25 minit untuk membakar 95 kalori. Jika anda berbasikal pula, anda hanya perlukan masa selama 13 minit untuk menggunakan semua kalori yang ada pada sebiji epal hijau.

Mereka yang sukakan makanan yang masam mungkin akan memilih epal hijau berbanding epal merah. Salah satu jenis epal hijau yang popular di negara kita ialah Granny Smith yang boleh didapati hampir di semua pasar raya.

Jika anda penggemar epal hijau, anda pasti ingin tahu lebih lanjut mengenai buah ini, lebih-lebih lagi mengenai manfaatnya terhadap kesihatan. Jom baca kupasan kami di bawah mengenai khasiat dan kalori epal hijau yang anda mungkin tidak tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Manfaat epal hijau terhadap kesihatan

Kalori epal hijau

Tidak dinafikan, epal hijau mempunyai banyak kebaikan terhadap kesihatan. Antaranya adalah:

1. Makan epal hijau, cara terbaik menjaga jantung

Epal hijau telah lama terbukti dapat memperbaiki kesihatan jantung, merendahkan risiko penyakit kardiovaskular malah, menurunkan berat badan!

Salah satu faktor yang menyumbang ialah kandungan fiber yang tinggi di dalam sebiji epal.

Sebiji epal mempunyai hampir 4 gram fiber atau serat yang merangkumi 17% daripada keperluan harian manusia. Sebahagian daripada serat ini merupakan pektin, serat mudah larut yang amat baik untuk kesihatan sistem pencernaan.

Selain itu, serat juga boleh membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Oleh sebab itu, jika anda sedang berdiet, cuba makan epal sebagai snek untuk kekal kenyang dalam tempoh masa yang lebih panjang.

2. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Kalori epal hijau

Anda tidak mahu menghidap diabetes pada masa hadapan? Cubalah makan epal hijau setiap hari! Bak kata pepatah, one apple a day keeps the doctor away!

Menurut sebuah kajian, epal hijau mampu mengurangkan risiko anda untuk menghidap diabetes jenis 2. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan.

Malah, mereka yang mempunyai diabetes juga boleh menikmati buah epal disebabkan indeks glisemiknya yang rendah (36). Sebiji epal mempunyai impak yang rendah terhadap kadar gula di dalam darah.

Oleh sebab itu, buah epal hijau sesuai dimakan bukan sahaja untuk mereka yang ingin mengelakkan kencing manis, pesakit diabetes juga boleh makan epal hijau asalkan secara bersederhana.

3. Makan epal hijau untuk kesihatan sistem pencernaan

Seperti yang diterangkan di atas, epal hijau mengandungi pektin, sejenis serat mudah larut yang amat bermanfaat untuk sistem pencernaan badan. Tetapi, bukan itu sahaja, pektin juga berfungsi sebagai probiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut.

Oleh sebab itu, mereka yang kerap makan epal hijau kurang mengalami masalah dengan sistem pencernaan mereka.

Malah, mereka yang kerap mengambil makanan berserat kurang berisiko untuk mengalami sembelit atau cirit-birit pada masa yang akan datang.

Mereka yang mempunyai penyakit seperti sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome – IBS) boleh menambah epal hijau ke dalam diet setiap hari untuk memberi kelegaan kepada simptom yang mereka alami.

Kesimpulan

cara menjaga jantung

Cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan jantung dan perut anda adalah dengan mengamalkan pengambilan buah epal hijau setiap hari. 

Epal hijau bukannya mempunyai serat semata-mata, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral lain seperti vitamin A, vitamin C, kalsium dan juga zat besi.

Jika anda sedang mencari snek yang sihat dan berkhasiat, pilihlah epal hijau! Ia bukan sahaja boleh dimakan secara mentah, epal hijau juga sedap jika dibuat inti pai atau dimakan bersama salad.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Heart Association. n.d. Fruits and Vegetables Serving Sizes Infographic. Accessed February 25, 2021. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/add-color/fruits-and-vegetables-serving-sizes.
  2. Koutsos, A., K.M. Tuohy, and J.A. Lovegrove. 2015. “Apples and cardiovascular health–is the gut microbiota a core consideration?” Nutrients 3959-3998. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4488768/. Accessed February 25, 2021.
  3. Mayo Clinic. 2021. Dietary fiber: Essential for a healthy diet. January 6. Accessed February 25, 2021. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fiber/art-20043983.
  4. Apple phytochemicals and their health benefits. https://www.researchgate.net/publication/8566240_Apple_phytochemicals_and_their_health_benefits. Accessed June 17, 2022.
  5. GREEN APPLE FOR HEALTHY LIVING. https://justagriculture.in/files/magazine/2021/november/012%20GREEN%20APPLE%20FOR%20HEALTHY.pdf. Accessed June 17, 2022.

Versi Terbaru

17/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan