backup og meta

Menyelerakan! Tetapi Benarkah Cendawan Enoki Bahaya Pada Kesihatan?

Menyelerakan! Tetapi Benarkah Cendawan Enoki Bahaya Pada Kesihatan?

Sedapnya enoki! Penulis pasti, para pembaca mesti kenal dengan cendawan yang panjang dan tirus ini. Cendawan yang turut dikenali dengan nama Flammulina velutipes ini merupakan sejenis kulat yang boleh dimakan. Namun, adakah ia benar-benar selamat? Ada juga yang kata, cendawan enoki bahaya untuk kesihatan, benarkah?

Tidak dinafikan, cendawan ini merupakan sejenis makanan yang sangat versatil. Anda boleh padankan cendawan ini dengan tomyam, mi segera atau sup. Selain itu, ia juga boleh digoreng sebagai kudapan pada waktu petang.

Nak makan mentah-mentah? Tak ada masalah! Gaulkan sahaja dengan salad bersama sos pilihan anda. Tetapi, cendawan enoki bahaya jika dimakan mentah. Namun, ada caranya untuk pastikan ia selamat dimakan.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai khasiat cendawan enoki serta manfaatnya untuk kesihatan. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu cendawan enoki dan khasiatnya pada kesihatan

cendawan enoki

Enoki tidak mempunyai rasa yang kuat. Namun, ia dikatakan mempunyai sedikit rasa kekacang atau umami.

Cendawan ini juga akan menjadi rangup dan sedikit liat selepas digoreng. Semakin lama anda goreng cendawan ini, semakin liatlah teksturnya nanti.

Selain itu, enoki juga akan menghasilkan aroma yang sangat menyelerakan jika dimasak bersama masakan tertentu. Enoki mengandungi asid aspartik dan glutamik yang menyumbang kepada rasa umami cendawan ini. Ia juga mengandungi asid amino lain yang turut memberikannya rasa manis.

Cara menyediakan enoki:

  1. Potong bahagian bawah cendawan.
  2. Pisah-pisahkan tangkai cendawan sebelum masak.
  3. Letakkan cendawan dalam mangkuk yang berisi air dan rendamkan seketika.
  4. Tapis cendawan dan basuh semula jika diperlukan.

Antara khasiat enoki kepada kesihatan ialah:

1. Mengandungi pelbagai nutrisi

Cendawan ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional disebabkan kepelbagaian manfaatnya terhadap kesihatan.

100 gram enoki mengandungi:

  • 37 kalori
  • 66 gram protein
  • 29 gram lemak
  • 8 gram karbohidrat
  • 7 gram serat
  • 22 gram gula
  • 15 miligram zat besi
  • 16 miligram magnesium
  • 105 miligram fosforus
  • 359 miligram potasium
  • 65 miligram zink

Selain itu, cendawan ini juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, folat, vitamin E, vitamin K dan banyak lagi.

Kandungan garamnya juga rendah dan ia mengandungi 0 kolesterol, sesuai dimakan oleh mereka yang sedang berdiet!

2. Cendawan enoki mungkin dapat meningkatkan daya tahan badan

Asid amino seperti valina dan lisina yang terkandung dalam cendawan ini dapat menguatkan daya tahan badan.

Disebabkan kandungan nutrisi dan antioksidannya yang tinggi, cendawan ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Jepun dan Cina, terutamanya untuk meningkatkan imuniti, merawat sakit perut dan mengawal tahap kolesterol badan.

Baca juga: 

3. Membantu anda menghilangkan lemak perut

Anda mahu kempiskan perut yang memboroi? Cuba tukarkan lauk harian dengan enoki!

Cendawan ini mengandungi asid linoleik, sejenis makronutrien yang amat penting untuk badan. Malah, makronutrien ini juga dapat mengurangkan lemak di perut yang menjadi punca buncit!

Jika anda ingin berdiet, cuba masukkan enoki ke dalam pelan pemakanan harian. Ia juga mempunyai enzim yang dapat membakar lemak-lemak badan.

Malah, kandungan kalorinya juga rendah. Jadi, anda boleh menikmati cendawan ini sepenuhnya tanpa perlu risau mengenai jumlah kalori!

4. Cendawan enoki dapat mengawal gula dalam darah

cendawan enoki

Cendawan ini mengandungi banyak serat. Tidak dinafikan, serat mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antaranya, ia dapat mengurangkan kolesterol badan dan mengawal kadar gula dalam darah.

Jadi, cendawan ini sangat sesuai dimakan oleh pesakit diabetes jenis 2.

Disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, ia dapat membantu pesakit mengawal kadar gula dalam darah dengan lebih baik. Ia dapat mengurangkan kesan insulin sambil mengehadkan pengumpulan lemak badan.

5. Bagus untuk pesakit anemia

Inginkan makanan yang boleh tambah darah? Makan sahaja enoki! Ia mengandungi zat besi yang dapat mengurangkan risiko anemia.

Kesimpulan

cendawan enoki

Enoki merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Di samping mempunyai rasa yang sedap, cendawan ini juga sangat versatil dan boleh digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis masakan.

Tidak kiralah apa jua cara yang anda pilih untuk menikmatinya – makan secara mentah atau bersama sup, ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat untuk diet harian anda.

Malah, kalorinya yang rendah juga membolehkan cendawan ini dinikmati oleh mereka yang sedang berdiet tanpa perlu rasa risau!

Adakah cendawan enoki bahaya untuk kesihatan? Jawapannya tidak asalkan ia dimasak dengan sempurna sebelum makan. Jadi, jika anda takut untuk makan cendawan ini secara mentah, pastikan anda masak pada suhu lebih daripada 50 darjah selsius!

Tip untuk pastikan cendawan selamat dimakan:

  1. Jangan makan cendawan mentah.
  2. Cuci cendawan dengan bersih sebelum makan.
  3. Ikut arahan pada pek pembungkus sebelum makan (jika ada).
  4. Simpan cendawan dalam peti ais untuk elakkan pertumbuhan bakteria.
  5. Asingkan cendawan dengan makanan lain untuk elakkan kontaminasi silang.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 health benefits of mushrooms. https://connect.uclahealth.org/2022/01/24/7-health-benefits-of-mushrooms/. Accessed on October 31, 2022.
  2. Edible Mushrooms: Improving Human Health and Promoting Quality Life. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4320875/. Accessed on October 31, 2022.
  3. Fresh mushrooms. https://www.mushroomcouncil.org/. Accessed on October 31, 2022.
  4. Health Benefits Of Mushroom. https://www.narayanahealth.org/blog/health-benefits-of-mushroom/. Accessed on October 31, 2022.
  5. Mushrooms. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/mushrooms/. Accessed on October 31, 2022.

Versi Terbaru

16/06/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Suka Makan Cendawan? Manfaatnya Boleh Meningkatkan Imuniti Badan Dan Melawan Kanser

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan