backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Suka Makan Cendawan? Manfaatnya Boleh Meningkatkan Imuniti Badan Dan Melawan Kanser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/09/2022

Suka Makan Cendawan? Manfaatnya Boleh Meningkatkan Imuniti Badan Dan Melawan Kanser

Anda suka makan cendawan goreng. Tapi adakah anda tahu apakah khasiat makan cendawan kepada kesihatan manusia? Jom bongkar mengenainya dalam perkongsian artikel ini.

10 jenis cendawan yang popular untuk hidangan anda

Sebelum mengetahui tentang khasiat makan cendawan yang bagus untuk tahap kesihatan manusia, apa kata anda kenali dahulu jenis-jenis cendawan yang terdapat di pasaran tempatan dan antarabangsa.

  • Cendawan butang putih
  • Juga dikenali sebagai cendawan berkhasiat, cendawan butang, cendawan meja, dan cendawan champignon.

    Rasanya yang ringan itu menjadikannya jenis tumbuhan yang versatil. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak dan sangat sesuai dalam sup, stew, salad, dan piza.

    • Cendawan Crimini

    Juga dikenali sebagai Agaricus bisporus apabila ia tidak matang dan berwarna coklat. Ia turut dikenali sebagai Cremino, cendawan coklat atau chestnut.

    Crimini adalah portobello muda, juga dijual sebagai baby portobellos dan ia merupakan versi cendawan butang putih yang lebih matang. 

    • Khasiat makan cendawan Portobello

    Juga dikenali sebagai cendawan padang, atau cendawan topi terbuka.

    Cendawan jenis ini boleh mempunyai saiz selebar dengan telapak tangan anda. Ia mempunyai tekstur yang padat dan mempunyai rasa yang kaya. 

    • Cendawan Shiitake
    • Juga dikenali sebagai cendawan hitam, oriental black dan cendawan hutan

      Shiitake adalah jenis tumbuhan yang membiak dengan banyak di Jepun, China, dan Korea, yang merupakan salah satu sebab ia sangat menonjol dalam masakan Asia.

      • Cendawan tiram

      khasiat makan cendawan

      Juga dikenali sebagai  tiram pokok atau cendawan abalone.

      Cendawan tiram adalah spesies Pleurotus. Kini ia adalah sebahagian daripada jenis tumbuhan yang boleh dimakan yang paling banyak dibiakkan di dunia.

      • Cendawan enoki

      Juga dikenali sebagai Enokitake, cendawan musim sejuk, atau cendawan lili. Spesis Enoki boleh didapati dalam bentuk segar atau dalam tin.

      Pakar mengesyorkan untuk mengambil jenis enoki segar dengan kepalanya yang masih pejal, putih, berkilat, dan bukannya dengan batang yang berlendir atau berwarna kecoklatan. 

      • Cendawan Chanterelles

      Juga dikenali dengan nama Golden, atau cendawan telur. Chanterelles adalah jenis liar yang paling popular.

      Ia berwarna oren, kuning atau putih, berisi dan berbentuk seperti trompet. Memandangkan ia sukar untuk ditanam, chanterelles biasanya dituai dikawasan hutan liar.

      • Khasiat makan cendawan Porcini

      Juga dikenali sebagai cendawan Poland atau penny bun. Jenis ini hampir sama dengan portobello.

      Rasanya digambarkan mempunyai rasa nutty dan sedikit berisi, dengan tekstur yang licin, berkrim, dan aroma tersendiri yang mengingatkan pada rasa sourdough

      • Cendawan Shimeji

      Dikenali juga dengan nama lain seperti buna-shimeji dan bunapi-shimeji.

      Shimeji perlu dimasak sebelum dimakan. Ia bukanlah sejenis tumbuhan yang boleh dihidang secara mentah disebabkan oleh faktor rasanya yang pahit. Rasa pahitnya akan terus hilang apabila ia dimasak dan ia akan bertukar rasa dengan sedikit rasa nutty.

      • Cendawan Morel

      Juga dikenali dengan nama morchella.

      Salah satu cara yang terbaik dan paling mudah untuk dinikmati adalah dengan melembutkannya dengan cara sautee dalam mentega, kemudian perasakannya dengan garam dan lada. Jenis ini sedikit kenyal dan mempunyai rasa yang sedap.

      Khasiat makan cendawan terhadap kesihatan manusia

      khasiat makan cendawan

      1. Meningkatkan imuniti

      Cendawan penting untuk sistem kekebalan badan dalam melindungi tubuh daripada penceroboh asing, seperti virus.

      Tumbuhan ini dipercayai membantu meningkatkan aktiviti sel yang bertanggungjawab untuk mempertahankan tubuh kita terhadap pencerobohan asing.

      2. Melawan kanser

      Cendawan adalah tumbuhan baik untuk kesihatan manusia yang mempunyai potensi  melawan kanser.

      Kajian telah menunjukkan bahawa memakan tumbuhan ini secara berkala dapat membantu mencegah dan merawat beberapa jenis kanser. 

      3. Sumber vitamin D

      Makan cendawan setiap hari adalah cara lain untuk mendapatkan jumlah vitamin D dalam diet anda.

      Di samping membantu meningkatkan mood dan memberikan anda sedikit tenaga, vitamin D dapat membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat.

      4. Rendah kolesterol

      Cendawan sangat sesuai untuk membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia tidak mempunyai kalori atau lemak.

      Ia juga mengandungi serat dan enzim yang mempunyai kapasiti yang ditunjukkan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan mengurangkan tekanan pada jantung.

      5. Membantu penyerapan nutrien

      Vitamin D dalam cendawan memainkan peranan penting dalam memudahkan penyerapan vitamin dan mineral lain.

      Khasiat makan cendawan yang lain adalah tembaga (copper), kalsium, fosforus, dan pelbagai vitamin. Ini menjadikannya salah satu makanan paling sihat yang boleh dimakan.

      Cendawan kaya manfaat

      khasiat makan cendawan

      Cendawan adalah antara makanan yang paling serba boleh di dunia, menjadikannya sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti piza, pasta, pai daging, salad dan sandwic.

      Pengambilannya membantu meningkatkan kesihatan manusia seperti sistem imun dan organ-organ utama, termasuk jantung. Oleh itu, makanlah banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda anda.

      Penafian

      Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



      Disemak secara perubatan oleh

      Dr. Gabriel Tang Pei Yung

      Dokter Umum · Hello Health Group


      Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/09/2022

      ad iconIklan

      Adakah artikel ini bermanfaat?

      ad iconIklan
      ad iconIklan