backup og meta

Baru Nak Mula Diet? Ini 5 Tips Diet Penting Untuk Beginner!

Baru Nak Mula Diet? Ini 5 Tips Diet Penting Untuk Beginner!

Tidak dinafikan, menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi, lebih-lebih lagi apabila anda baru sahaja bermula. Sebab itulah, ada banyak tips diet untuk beginner yang dikongsikan berkali-kali di laman sosial.

Untuk pemula, anda perlu tahu bahawa penurunan berat badan yang ketara dalam tempoh masa yang singkat merupakan sesuatu yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja, penurunan berat badan juga perlulah disertai dengan pemakanan yang sihat dan juga senaman yang berterusan. Biarlah kita turun berat secara perlahan-lahan tetapi konsisten berbanding penurunan yang mendadak namun bersifat sementara.

Apabila anda membuat keputusan untuk berdiet, ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan. Diet mungkin cara termudah untuk menghilangkan semua lemak terkumpul pada badan, namun ia tidak selalunya berkesan.

Jadi, sebelum mula berdiet, cuba pastikan anda:

  1. Tentukan matlamat penurunan berat.
  2. Adakah anda sanggup mengubah gaya pemakanan?
  3. Adakah anda bermotivasi untuk mengubah gaya hidup untuk menurunkan berat badan?

Jika jawapan anda adalah ya, mungkin anda sudah bersedia turunkan berat. Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips diet untuk beginner supaya anda boleh mulakan perjalanan anda secepat mungkin!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Ini tips diet untuk beginner

tips diet untuk beginner

Sebenarnya, ada banyak cara untuk anda berdiet dan turunkan berat badan tanpa perlu rasa lemah dan letih sepanjang hari. 

Tidak dinafikan, semua orang mempunyai gaya hidup dan selera yang berbeza. Oleh sebab itu, tidak ada diet yang sesuai untuk semua orang.

Sebagai permulaan, ikuti tips diet untuk beginner kami di bawah supaya anda boleh melakukan pilihan yang sihat tanpa rasa terbeban dengan diet!

1. Makan secara sihat

Berdiet bukan bermaksud berlapar! Sebenarnya, ada banyak makanan sihat dan sedap yang boleh anda masukkan ke dalam diet setiap hari.

Makanan seperti kekacang, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu rendah lemak, daging pejal, makanan laut dan buah-buahan merupakan contoh makanan yang sesuai untuk mereka yang baru mula berdiet.

Malah, makanan ini juga mempunyai kalori yang rendah dan tidak akan membuatkan berat anda bertambah!

Makanan yang paling mengenyangkan ialah makanan yang mengandungi banyak serat seperti buah, sayur, bijirin penuh dan kekacang. Selain itu, anda juga boleh cuba protein rendah lemak yang boleh didapati di dalam daging, ikan dan juga produk tenusu.

2. Bergerak dan jadi lebih aktif

tips diet untuk beginner

Benar, senaman yang kerap merupakan sesuatu yang ideal buat mereka yang baru mula berdiet. Tetapi, anda tidak perlu pergi ke gimnasium atau berjoging hari-hari!

Jika anda rasa senaman itu seperti satu hukuman, perubahan gaya hidup ini mungkin tidak akan kekal lama. Apa kata, lakukannya secara perlahan-lahan dan jangan ambil langkah yang drastik.

Sebagai permulaan, cuba amalkan salah satu daripada tips diet untuk beginner di bawah. Lakukan aktiviti yang mudah seperti:

  1. Banyakkan berjalan.
  2. Naik tangga dan bukannya lif.
  3. Berjalan kaki pada waktu petang di sekitar kawasan perumahan.
  4. Regangkan badan ketika bekerja.
  5. Cari hobi baharu seperti berbasikal, berkebun atau mendaki gunung.

Senaman sepatutnya menjadi sesuatu yang menggembirakan. Oleh sebab itu, cari aktiviti yang anda sukai agar boleh terus melakukannya pada masa hadapan.

3. Tetapkan matlamat diet yang realistik

tips diet untuk beginner

Jangan letakkan goal untuk hilangkan 10 kilogram dalam masa dua minggu!

Diet sebegini bukan sahaja tidak sihat, ia juga mungkin tidak akan kekal lama. Malah, besar kemungkinan berat anda akan naik kembali kelak.

Salah satu tips diet untuk beginner yang sering dilupakan ialah kemestian mengutamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Sebab itulah, anda perlu letakkan matlamat yang lebih realistik.

Malah, pengurangan berat badan sebanyak 5-10%, dapat memberi perbezaan yang ketara pada bentuk tubuh badan anda walaupun nampak sedikit. Malah, kadar penurunan berat badan yang sihat adalah di sekitar 0.5 hingga 1 kilogram seminggu.

Namun, apa yang lebih penting, kesihatan anda kini lebih baik berbanding dulu.

Kajian menunjukkan, pengurangan berat badan walaupun dalam jumlah yang sedikit boleh memberikan impak positif terhadap kesihatan.

Malah, pengurangan ini juga dapat merendahkan tekanan darah, memperbaiki kadar kolesterol badan dan mengurangkan kadar gula dalam darah!

Baca juga:

4. Jangan lupa beri ganjaran terhadap diri sendiri

Untuk pastikan anda sentiasa bermotivasi, beri ganjaran kepada diri sendiri selepas mencapai goal tersendiri. Bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Sebab itulah, kejayaan ini perlu diraikan!

Selain itu, jangan berputus asa jika anda hilang motivasi. Semua orang akan rasa burnout sekali-sekala. Selepas rehat, sambung semula diet anda.

Sebagai salah satu tips diet untuk beginner, lakukan usaha diet anda sebanyak 80%. Habiskan 20% masa lagi untuk berehat.

5. Rancang pemakanan anda semasa diet

tips diet untuk beginner

Cuba rancang sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam supaya ia memenuhi keperluan kalori anda.

Pelan pemakanan atau meal prepping merupakan satu kaedah yang sangat efektif untuk melakukan diet yang sihat dan seimbang. Selalunya, kita akan rancang pemakanan selama seminggu.

Jika pelan untuk seminggu telalu berat untuk anda, tidak ada masalah jika anda ingin lakukannya sehari awal. Apa yang penting, pastikan anda kekal disiplin dan ikut pelan seperti yang ditetapkan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 12 tips to help you lose weight. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/managing-your-weight/12-tips-to-help-you-lose-weight/. Accessed on April 6, 2022.
  2. 7 Benefits of Meal Prepping. https://selecthealth.org/blog/2019/08/7-benefits-of-meal-prepping. Accessed on April 6, 2022.
  3. Exercise for weight loss: Calories burned in 1 hour. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/exercise/art-20050999. Accessed on April 6, 2022.
  4. Why is physical activity important? https://www.cdc.gov/healthyweight/physical_activity/index.html. Accessed on April 6, 2022.
  5. Weight-Loss and Maintenance Strategies. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK221839/. Accessed on April 27, 2022.

Versi Terbaru

14/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

8 Makanan Yang Orang Ingat Menggemukkan, Tapi Sebenarnya Sesuai Untuk Diet!

Ramadan Makin Hampir! Nak Turunkan Berat Semasa Puasa? Ikut Diet Keto Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan