backup og meta

Ramadan Makin Hampir! Nak Turunkan Berat Semasa Puasa? Ikut Diet Keto Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/03/2022

    Ramadan Makin Hampir! Nak Turunkan Berat Semasa Puasa? Ikut Diet Keto Ini!

    Pernah cuba tak menu keto diet Malaysia? Ia sesuai diamalkan mereka yang ingin menguruskan badan, lagi-lagi semasa Ramadan kerana dalam diet ini ada disyorkan untuk berpuasa.

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih mendalam mengenai diet ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu diet keto?

    Sebelum kita mengetahui apakah menu keto diet Malaysia yang sesuai untuk anda cuba, ini yang perlu anda fahami terlebih dahulu mengenai diet keto.

    Diet ketogenik atau keto merupakan diet rendah karbohidrat, tinggi lemak yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

    Diet ini dikatakan bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, bahkan meningkatkan tahap kesihatan kerana mempunyai manfaat terhadap diabetes, kanser, epilepsi dan penyakit Alzheimer.

    Ia melibatkan pengurangan pengambilan karbohidrat secara drastik dan menggantikannya dengan lemak. Pengurangan ini meletakkan tubuh dalam keadaan metabolik yang disebut ketosis.

    Apabila ini berlaku, badan menjadi sangat cekap untuk membakar lemak untuk tenaga.

    Baca juga:

    Proses ketosis, ini yang perlu diketahui

    Ia merupakan keadaan semula jadi proses metabolik. Apabila mencapai ketosis, tubuh membakar lemak tersimpan dan bukannya glukosa.

    Ketosis membantu seseorang untuk menyingkirkan lemak yang tidak diingini kerana badan mula memecahkan simpanan lemak dan bukannya bergantung kepada karbohidrat untuk tenaga.

    Terdapat juga kajian yang mencadangkan ketosis membantu menyekat selera makan seseorang, sekali gus menggalakkan penurunan berat badan.

    Untuk mencapai tahap ketosis tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana anda mungkin perlu mengikuti dan mengamalkan diet keto.

    Jika anda ingin mencuba menu keto diet Malaysia ini dalam bulan Ramadan, ia akan menjadi diet ketofastosis.

    Memahami diet ketofastosis

    Merupakan diet gabungan ketogenik dan fastosis. Diet keto adalah diet rendah karbohidrat manakala fastosis berpuasa untuk ketosis. Apabila digabungkan terdapat peraturan untuk berpuasa dalam keadaan ketosis.

    Fasa ketosis adalah apabila badan mendapat sumber tenaga daripada lemak. Kebiasaannya sebelum diet, sumber tenaga diperolehi daripada kalori karbohidrat.

    Bezanya antara diet ketogenik dan diet fetofastosi ialah proses berpuasa, di mana diet keto tidak melibatkan peraturan makanan ketat atau berpuasa seperti ketofastosis. 

    Namun kedua-duanya masih mengekalkan peraturan komposisi makanan dalam bentuk lemak (80%), protein (15%) dan karbohidrat (5%).

    Bukan hanya membantu mengurangkan berat, bahkan diet ini juga berguna untuk rawatan neurosis seperti epilepsi.

    menu keto diet malaysia

    Sesuai untuk penghidap diabetes 

    Mengamalkan diet ketofastosis juga dikatakan sesuai untuk pesakit kencing manis apabila ia boleh meningkatkan sensitiviti insulin.

    Apabila insulin berfungsi lebih sensitif, adalah baik untuk proses pengambilan ubat diabetes dihentikan – khususnya buat penghidap diabetes jenis 2. 

    Pun begitu, kekurangan diet ketofastosis ini adalah ia boleh mengakibatkan risiko kawalan gula darah yang rendah. Kesannya pesakit diabetes yang menjalani diet ketofastosis akan berasa letih, lemah dan hipoglikemia akibat berpuasa.

    Ketofastosis juga tidak disyorkan kepada wanita hamil dan mereka yang perlu makan secara teratur.

    Amnya, untuk mengamalkan diet ketofastosis ini ia perlulah dilakukan secara berperingkat kerana tubuh memerlukan penyesuaian.

    Ini bermakna anda disarankan menjalani diet keto terlebih dahulu dan kemudian menambah peraturan berpuasa atau ketofastosis.

    Jadi anda sudah faham apa yang dimaksudkan dengan keto diet dan ketofastosis, jom ketahui apakah jenis makanan yang sesuai dimakan bagi mereka yang ingin mengamalkan diet ini.

    Jenis makanan boleh dimasukkan dalam menu keto diet Malaysia 

    Berikut adalah makanan sihat untuk dimakan semasa diet ketogenik:

    Protein haiwan
    Tenusu & produk alternatif

    menu keto diet malaysia

    • Keju rendah karbohidrat seperti cheddar, mozzarella, keju kotej dan parmesan
    • Yogurt Greek
    • Susu berasaskan tumbuhan tanpa gula seperti soya, badam dan santan
    • Krim dan separuh-separuh. Krim adalah bahagian susu segar berlemak yang diasingkan semasa pemprosesan susu. Separuh-separuh diperbuat daripada 50% krim dan 50% susu penuh
    Masukkan sayuran dalam menu keto diet Malaysia
    • Sayuran berdaun hijau seperti bayam, salad dan kubis. Herba seperti oregano, parsli, rosemary boleh digunakan sebagai penambah rasa tanpa karbohidrat
    • Lada
    • Labu musim panas seperti labu kuning dan zucchini
    • Sayuran tinggi lemak seperti avokado
    • Sayuran tidak berkanji seperti asparagus, brokoli, kubis bunga, cendawan dan timun
    Makanan berasaskan tumbuhan
    • Kekacang dan bijian
    • Buah beri
    • Coklat gelap dan serbuk koko
    Lemak dan minyak
    • Minyak zaitun
    • Mentega dan minyak sapi
    Minuman 
    • Kopi dan teh tanpa gula
    • Alternatif kepada soda – sparkling water tanpa gula

    Nasi goreng bunga kubis, menu keto diet Malaysia sempena Ramadan

    Dikatakan menu paling sesuai untuk pengamal diet keto kerana tidak menggunakan nasi.

    menu keto diet malaysia

    Bahan-bahan:
    • 2 cawan – Kubis bunga diparut
    • 5 biji – Cili api 
    • 2 ulas – Bawang putih 
    • ½ biji labu – Bawang besar 
    • 2 sudu besar – Ikan bilis 
    • Garam 
    Cara-caranya:
    1. Panaskan minyak.
    2. Tumis bahan-bahan tumbuk. Apabila telah naik bau, tambahkan garam. Kacau semuanya hingga sebati.
    3. Akhir sekali masukkan kubis bunga yang telah diparut. Goreng hingga sayuran ini masak.
    4. Tutup api. Ia enak dihidangkan semasa panas.

    Tuntasnya 

    Walaupun pendekatan rendah karbo tampak agak ketat, khususnya pada permulaan, namun menu keto diet Malaysia membantu dalam penurunan berat, kawalan gula dan manfaat kesihatan lain. 

    Sebaiknya, berundinglah dengan doktor dahulu untuk mengetahui sama ada anda sesuai mencubanya atau tidak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan