Pastinya ada di antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai paleo diet Malaysia. Uniknya diet ini dipercayai berdasarkan pemakanan orang zaman batu, tetapi sesuai ke diamalkan pada masa kini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Apa itu paleo diet Malaysia?
Diet paleo merupakan pelan diet berdasarkan pengambilan makanan era Paleolitik – bermula sekitar 2.5-10,000 juta tahun yang lalu.
Nama lain untuk diet paleo termasuklah diet Paleolitik, diet Zaman Batu, diet manusia gua.
Diet ini biasanya termasuk daging tanpa lemak, ikan, buah-buahan, sayuran, kacang dan bijian – makanan yang pada masa dahulu boleh diperolehi dengan cara memburu dan mengumpulkannya.
Diet paleo mengehadkan makanan biasa yang muncul semasa kaedah pertanian diperkenalkan, kira-kira 10,000 tahun yang lalu.
Matlamat diet zaman batu paleo dilakukan
Matlamat diet paleo ini adalah untuk kembali kepada cara pemakanan manusia terdahulu.
Ini kerana wujud alasan cara pemakanan zaman moden selepas amalan pertanian tidak bersesuaian dengan genetik tubuh manusia – dikenali sebagai hipotesis percanggahan.
Pertanian mengubah apa yang dimakan dan menjadikan tenusu, bijirin, kekacang sebagai makanan ruji tambahan dalam diet manusia.
Berdasarkan hipotesis, perubahan diet dalam tempoh yang lambat dan pantas, mengatasi keupayaan tubuh untuk menyesuaikan diri. Ketidakpadanan ini dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada obesiti, diabetes dan penyakit jantung hari ini.
Jenis makanan dalam paleo diet Malaysia
Antara makanan yang boleh dimakan adalah termasuk:
Daging & makanan laut
Kebanyakan daging dan makanan laut sesuai dengan diet paleo. Daging adalah sumber protein tanpa lemak dan protein adalah blok binaan semua tisu dan sel tubuh. Protein juga membuatkan anda kenyang.
Pilihan daging dan makanan laut biasa termasuklah:
Daging dan makanan laut paleo
- Ayam
- Daging lembu
- Salmon
- Tuna
- Ikan kod
- Daging babi
- Ayam turki
Daging daripada haiwan yang diberi makan rumput disyorkan dalam diet ini kerana ia lebih kurus dan mempunyai lebih banyak asid omega-3 – lemak sihat yang mengurangkan keradangan dalam tubuh dan melindungi jantung.
Cari ayam yang diternak tanpa antibiotik dan cuba dapatkan bekalan daging dari ladang ternakan tempatan bagi mengetahui cara ia diternak.
Memilih makanan laut liar berbanding belaan dalam sangkar juga pilihan terbaik kerana membantu meningkatkan pengambilan omega-3.
[embed-health-tool-bmr]
Buah-buahan & sayuran dalam paleo diet Malaysia
Kunci utama yang perlu diingat dalam pemakanan paleo ini adalah diet anda haruslah mengandungi makanan utuh (whole food) dan tidak diproses. Ini bermakna buah-buahan dan sayuran menjadi sebahagian besar diet anda.
Sayuran sejuk beku tanpa tambahan sos juga dibenarkan untuk diet paleo ini.
Contoh pilihan buah-buahan dan sayuran:
Buah paleo
- Buah epal
- Beri – termasuk beri hitam, beri biru dan strawberi
- Tembikai
- Anggur
- Pisang
- Buah-buahan sitrus
- Pic
- Plum
Sayuran paleo
- Kubis bunga
- Brokoli
- Pucuk Brussels
- Ubi keledek
- Butternut squash
- Kubis
- Bayam
Telur
Telur dibenarkan dalam diet zaman batu ini kerana ia tinggi dengan protein, vitamin B, mineral dan antioksidan.
Pilihlah telur organik daripada ayam tanpa sangkar untuk kandungan omega-3 lebih tinggi daripada yang diternak dalam sangkar.
Baca juga: