Mungkin ada daripada kita yang kurang gemar sarapan pagi atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah pada awal pagi dan mungkin juga malas atau tidak selera.
Apapun alasan yang anda akan berikan, sarapan tetap menjadi hidangan yang paling penting di dalam satu hari tersebut.
Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk saya?
Sarapan sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda.
Pertama sekali, sarapan memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut.
Apabila anda mengambilnya, anda sebenarnya memberitahu tubuh badan anda bahawa terdapat beberapa kalori yang akan diambil lagi pada hari itu.
Apabila anda tidak bersarapan, tubuh anda mendapat mesej bahawa ia perlu menyimpan berbanding membakar kalori yang akan diambil kemudian.
Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut, mereka lebih cenderung untuk memiliki indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi.
[embed-health-tool-bmi]
Sarapan memberikan perkadaran yang signifikan bagi pengambilan jumlah nutrien harian.
Ia juga memberikan anda nutrien penting seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat.
Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja.
Oleh itu, walaupun tubuh badan anda masih boleh mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari, anda masih perlu menambahkan jumlah vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh.
Sebagai sumber glukosa dalam tubuh badan?
Glukosa adalah sumber tenaga bagi tubuh badan individu.
Ia dipecahkan atau diuraikan dan diserap daripada karbohidrat yang anda makan.
Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan.
Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.
Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan.
Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.
Golongan muda perlu makan waktu pagi!
Antara sebab mengapa kanak-kanak memerlukan sarapan adalah kerana tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran dan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membantu mereka membesar.
Kanak-kanak yang tidak bersarapan mempunyai kesukaran untuk memberikan fokus atau penumpuan terhadap pembelajaran mereka.
Selain itu, mereka akan mudah letih dan juga mengganggu mood mereka.