backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Elak Sakit Perut Gastrik Dengan Patuhi 6 PANTANG LARANG Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    Elak Sakit Perut Gastrik Dengan Patuhi 6 PANTANG LARANG Ini!

    Gastrik adalah salah satu penyakit berkaitan perut yang biasa berlaku kepada individu selain pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang beragama Islam, ia sering kali menjadi punca seseorang itu tidak mampu untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Pun begitu, ia juga boleh berlaku kepada setiap individu tidak kira waktu, usia, bangsa dan agama. Jadi, kita semua perlu tahu akan pantang larang gastrik yang perlu dipatuhi.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Baca lebih lanjut tentang Sistem Penghadaman di sini.

    Apa itu gastrik?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit tentang penyakit berkaitan perut ini terlebih dahulu.

    Gastrik atau lebih dikenali sebagai gastritis dalam bahasa perubatan adalah kondisi di mana berlaku keradangan pada perut.

    Keradangan ini terjadi akibat jangkitan bakteria yang juga boleh menyebabkan ulser pada perut.

    Jenis gastrik

    • Gastritis akut – Berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda
    • Gastritis kronik – Mempunyai petanda dan muncul dalam jangka masa panjang

    Sekiranya menghidap penyakit ini, penderita mungkin akan mengalami beberapa gejala seperti berikut:

    • Sakit pada perut
    • Muntah-muntah
    • Mual seperti mahu termuntah
    • Sebu terutamanya selepas makan

    Dalam beberapa kes, gastrik boleh mengakibatkan ulser yang seterusnya menjadi pencetus kanser perut.

    Namun kebiasaannya ia tidaklah begitu serius dan boleh sembuh jika cepat mendapatkan rawatan dan mengambil ubat gastrik.

    6 pantang larang gastrik yang perlu dipatuhi!

    masalah gastrik
    Jenis serangan gastrik.

    Menurut saranan yang dikeluarkan Jabatan Gastroenterologi & Hepatologi, Hospital Umum Singapura (SGH), gastrik boleh dicegah dengan mematuhi 6 pantang larang gastrik berikut:

    #1. Makan dengan sedikit tetapi lebih kerap

    Ramai yang beranggapan bahawa gastrik akan berlaku jika tidak makan dalam satu tempoh yang lama. Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk makan dengan lebih banyak.

    Ini adalah perbuatan yang kurang tepat kerana ia hanya akan membuatkan kalian mengalami kembung perut. Sebaliknya, cara hilangkan gastrik yang terbaik adalah makan dengan sedikit tetapi lebih kerap.

    Sebagai contoh, penderita gastritis disarankan untuk mengambil kira-kira 5 ke 6 hidangan sehari berbanding 2 ke 3 hidangan untuk memastikan perut kalian sentiasa terisi.

    Pantang larang gastrik #2. Makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh

    Ya, memang benar bahawa tidak makan dalam satu tempoh yang lama akan mencetuskan keradangan pada perut. Jadi, sila makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh.

    Pastikan kalian makan tepat mengikut waktu yang sama setiap hari. Jika kalian bersarapan pada pukul 7 pagi semalam, hari ini dan esok juga harus pada masa yang serupa.

    Jika tidak, ia akan mengakibatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada waktu yang tidak sama dengan waktu kalian makan. Inilah yang akan mengakibatkan gastrik.

    makanan untuk gastrik
    8 cara semula jadi rawat gastrik.

    Petua hilangkan gastrik paling mujarab #3. Ambil makanan dan minuman yang sihat

    Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan simptom gastritis?

    Antaranya adalah makanan yang pedas, berasid, bergoreng atau berlemak. Bagi minuman pula, air berkarbonat adalah musuh utama penderita gastrik. Jadi, tolong elakkannya.

    Sebaliknya, sila ambil makanan dan minuman yang sihat dan bernutrisi. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan perut malahan juga kesihatan tubuh badan anda secara total.

    pantang larang gastrik
    Petua merawat gastrik yang mudah.

    #4. Kawal stres juga adalah pantang larang gastrik

    Jangan terkejut dengan pantang larang gastrik ini ya? Ini kerana sebarang tekanan yang berlebihan akan menghasilkan lebih banyak jus gastrik di dalam perut anda.

    Oleh itu, lakukanlah lebih banyak aktiviti yang merelakskan seperti yoga atau meditasi di samping kerap bersenam untuk memastikan gastritis tidak terjadi.

    Cara hilangkan gastrik #5. Berhenti merokok

    Rokok mempunyai pelbagai bahan kimia tidak sihat yang boleh mencetuskan peningkatan asid dalam perut anda sekali gus melemahkan sistem imunisasi perut.

    Kesannya, anda mungkin akan lebih mudah mendapat gastritis atau lebih teruk lagi kanser perut. Jika tidak mahu ini berlaku, berhentilah sebelum terlambat.

    #6. Kurangkan pengambilan alkohol, sebagai cara hilangkan gastrik

    Bukan rokok sahaja, minuman keras beralkohol juga boleh mendatangkan kesan yang sama. Selain memabukkan, ia juga akan melemahkan sistem imunisasi perut.

    Dengan penambahan kes pemandu mabuk yang banyak meragut nyawa tidak berdosa kini, jadikanlah ia sebagai alasan untuk kalian kurangkan atau berhenti mengambilnya.

    Kesimpulan

    Penderita gastrik tidak boleh beranggapan bahawa ia adalah penyakit yang akan datang dan pergi tanpa perlu bertindak apa-apa.

    Ya, ia mungkin benar gastritis boleh sembuh sendiri. Pun begitu, 6 pantang larang gastrik ini wajar dipatuhi untuk kesihatan perut anda yang lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan