backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ini 4 Jenis Ubat Gastrik Yang Biasa Digunakan Untuk Gastrik Angin, Berkesan & Selamat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

Ini 4 Jenis Ubat Gastrik Yang Biasa Digunakan Untuk Gastrik Angin, Berkesan & Selamat!

Bagi mereka yang menghidap gastrik angin atau gastritis, anda mungkin perlu tahu beberapa jenis ubat gastrik angin yang berkaitan dengan penyakit anda.

Apabila anda mengetahui jenis dan fungsinya, maka lebih mudah untuk anda berkomunikasi mengenai ubat-ubatan anda bersama doktor atau ahli farmasi.

Berikut adalah senarai beberapa ubat gastrik yang berkesan untuk penghidap gastritis. 

Ingin tahu, apakah ubat gastrik terbaik di farmasi? Jom baca ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa itu gastritis?

Gastritis atau biasa disebut gastrik merujuk kepada keadaan keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut yang dikenali sebagai mukosa.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:

  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Pengambilan ubat-ubatan antiradang non-steroid (NSAID) dengan dos tinggi atau dalam jangka masa yang lama
  • Jangkitan bakteria H. pylori

Gejala gastritis termasuklah rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian atas perut, kembung, loya, muntah dan kehilangan selera makan.

Walaupun banyak kes gastritis dapat dirawat dengan baik, jika tidak ditangani, gastritis boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti ulser perut dan kanser perut.

Ubat gastrik angin yang berkesan

ubat gastrik angin
Gunakan ubat yang disahkan sahaja.

Apa ubat gastrik terbaik di farmasi?

Dalam rawatan gastritis di klinik atau hospital, terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk melegakan gastritis.

Ia bergantung kepada keadaan semasa penghidap gastritis tersebut. Antara ubat yang biasa digunakan oleh doktor ialah:

#1. Antibiotik

Antibiotik merupakan ubat gastrik paling berkesan yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria.

Bagi gastritis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria H. pylori, antibiotik merupakan pilihan rawatan utama.

Antibiotik berfungsi dengan membunuh bakteria H. pylori dan menghalang ia daripada merosakkan lapisan mukosa perut.

Rawatan dengan antibiotik biasanya diberikan dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Namun, tempoh rawatan antibiotik ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan individu tersebut.

#2. Ubat gastrik angin: Penghalang Proton (PPI)

PPI adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut.

Antara contoh ubat PPI ini termasuklah omeprazole dan lansoprazole.

PPI berfungsi dengan cara menghalang enzim dalam sel-sel perut yang bertanggungjawab untuk menghasilkan asid.

ubat gastrik angin
Antara makanan penyebab gastrik heartburn.

Dengan pengurangan asid dalam perut, keradangan pada lapisan mukosa dapat mereda dan proses penyembuhan dapat dipercepatkan.

PPI biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami gastritis akibat penggunaan NSAID atau keadaan lain yang memerlukan pengurangan asid perut.

#3. Penekan asid (H2 Blockers)

Penekan asid atau H2 blockers adalah sejenis ubat yang juga digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut.

Antara contoh ubat H2 blockers termasuklah:

  • ranitidine
  • famotidine

H2 blockers bertindak dengan cara menghalang reseptor histamin (H2) dalam sel perut yang merangsang produksi asid.

Dengan cara ini, H2 blockers dapat mengurangkan asid dalam perut dan meredakan simptom gastritis.

#4. Ubat gastrik angin: Antasid

ubat gastrik angin
Antara ubat yang biasa digunakan untuk merawat gastrik.

Antasid merupakan sejenis ubat gastrik yang berkesan, yang digunakan untuk meredakan sakit perut dengan cara meneutralkan asid dalam perut.

Antara contoh ubat ini adalah seperti aluminium hydroxide dan magnesium hydroxide.

Antasid berfungsi dengan cara mengikat dan meneutralkan asid dalam perut, yang kemudiannya boleh meredakan rasa sakit dan keradangan.

Antasid biasanya digunakan untuk merawat simptom gastritis yang ringan hingga sederhana.

Kesimpulan 

Gastritis adalah suatu kondisi yang dapat memberikan kesan yang cukup signifikan kepada kualiti hidup seseorang.

Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang tepat dan pencegahan yang betul, kebanyakan individu dapat mengawal simptom mereka dengan baik dan mencegah perkembangan gastritis daripada menjadi lebih parah.

Justeru dalam artikel ini, kita telah mengetahui beberapa jenis ubat yang paling biasa digunakan dalam merawat gastritis.

Perhatian!

Penting untuk anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu mengenai pilihan ubat gastrik angin terbaik bagi keadaan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan