Kanser Paru-paru: Potensi Pengesanan Awal Melalui Ujian Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Kajian baru menunjukkan kemungkinan mengesan kanser paru-paru peringkat awal menerusi ujian darah mudah. Kajian yang dibentangkan di mesyuarat tahunan American Society of Clinical Oncology (ASCO) di Chicago adalah antara yang pertama mendapati bahawa pendekatan “biopsi cecair” ini untuk pengesanan kanser paru-paru awal boleh dilakukan.

Kanser paru-paru sering didiagnosis pada peringkat akhir, mendorong doktor mencari cara untuk diagnosis penyakit kanser ini sebelum ia berisiko tinggi kepada pesakit seperti perokok atau bekas perokok.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati hampir separuh daripada kanser paru-paru peringkat awal dapat dikenal pasti menggunakan ujian darah. Biopsi cecair telah berkembang selama beberapa tahun. Ujian darah telah digunakan pada pesakit kanser paru-paru untuk menilai ciri-ciri genetik tumor dan memilih rawatan sasaran.

Kajian menunjukkan ujian dapat mengesan kanser paru-paru peringkat akhir. Kajian semasa bertujuan untuk melihat sama ada biopsi cecair juga boleh berkesan dengan penyakit peringkat awal.

Mengenai Kajian

Kajian Circulating Cell-Free Genome Atlas (CCGA) telah mendaftarkan lebih daripada 12,000 daripada 15,000 peserta yang dirancang (70% dengan kanser, 30% tanpa kanser) di selurah 141 kawasan di AS dan Kanada.

Dalam analisis yang dibentangkan, penyelidik melaporkan mengenai ujian yang boleh mengesan sel bebas DNA dalam darah. Sel bebas DNA adalah bahan genetik yang boleh digunakan untuk mencari ciri-ciri yang menentukan kanser seperti mutasi genetik atau epigenetik.

Penyelidik menganalisis sampel darah daripada 749 orang tanpa kanser dengan 878 orang dengan kanser yang baru didiagnosis, tidak dirawat, termasuk 127 orang dengan kanser paru-paru pada peringkat awal hingga ke peringkat lanjutan.

Penyelidik menganalisis sampel darah daripada 749 orang tanpa kanser dan 878 orang dengan kanser yang baru didiagnosis, tidak dirawat, termasuk 127 orang dengan kanser paru-paru di peringkat dari awal hingga ke peringkat lanjut.

Tiga ujian yang direka untuk mengesan isyarat penentuan kanser (mutasi dan perubahan genomik lain) yang boleh digunakan terhadap sampel adalah:

  • Whole-genome bisulfite sequencing (WGBS) daripada cfDNA untuk mengesan pola metilasi cfDNA yang tidak normal (perubahan epigenetik). Hasilnya, mengesan 41% daripada kanser paru-paru peringkat awal dan 89% daripada kanser peringkat lewat.
  • Whole-genome sequencing (WGS) untuk mengesan perubahan nombor salinan somatik gen. Ia menghasilkan 38% daripada kanser paru-paru peringkat awal dan 87% daripada kanser peringkat lewat.
  • Targeted sequencing untuk mengesan mutasi bukan keturunan (somatik), seperti varian nukleotida tunggal dan penyisipan kecil dan/atau penghapusan. Hasilnya, mengesan 51% daripada kanser paru-paru peringkat awal dan 89% daripada kanser peringkat lewat.

Menurut ketua penyelidikan Dr Oxnard, Profesor Madya Perubatan di Dana-Farber Cancer Institute and Harvard Medical School in Boston, kira-kira separuh daripada kanser paru-paru peringkat awal dikesan dan kira-kira 90% daripada kanser paru-paru lanjutan dikesan dalam darah. Keputusan ini menyokong jamina ujian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/04/2020 . 5 minit bacaan

    Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

    Tiada siapa yang boleh sangkal bahawa merokok boleh menyebabkan jangkitan virus korona baharu (COVID-19). Patut ke anda berhenti merokok?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 30/03/2020 . 4 minit bacaan

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

    Terdapat kes yang memberikan persepsi bahawa penggunaan vape bukanlah satu idea yang bagus bagi menggantikan rokok. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan