Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Paru-Paru, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Paru-Paru, sila dapatkannya di sini.
Individu yang mempunyai risiko untuk menghidap sakit kanser paru-paru digalakkan untuk membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali. Sebarang masalah ataupun sakit pada bahagian dada atau paru paru perlu diperiksa secepat mungkin oleh doktor yang bertauliah.
Disebabkan kanser paru-paru sukar untuk dikesan awal, pemeriksaan berkala amat penting untuk mencegah kanser paru-paru daripada merebak.
Sesiapa sahaja yang mempunyai risiko kanser paru-paru berhak untuk melakukan ujian saringan. Ujian saringan amat disarankan oleh doktor kerana rawatan lebih berkesan terhadap kanser yang dikesan awal.
Ujian saringan dilakukan bertujuan untuk mengesan kanser dalam kalangan individu yang mempunyai kesihatan yang baik. Individu yang sihat dapat memberikan respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan berbanding individu yang sudah bergejala.
Individu tersebut adalah mereka yang (1) mempunyai tabiat merokok yang teruk (perokok tegar), (2) masih merokok ataupun sudah berhenti 15 tahun yang lalu atau (3) berumur di antara 55 hingga 80 tahun digalakkan untuk melakukan ujian saringan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Definisi perokok tegar ialah individu yang merokok hampir 30 tahun. Mereka menghisap rokok sekurang-kurangnya satu kotak sehari selama 30 tahun atau dua kotak sehari selama 15 tahun.
Formula untuk mengira pack years ataupun tahun merokok ialah dengan mendarabkan jumlah kotak rokok yang dihisap sehari dengan tahun merokok (2 kotak × 15 tahun = 30 tahun ATAU 1 kotak × 30 tahun = 30 tahun).
Walau bagaimanapun, ujian saringan kanser paru-paru mempunyai beberapa risiko. Antara risikonya ialah:
Baca juga:
Doktor akan melakukan beberapa ujian fizikal jika anda disyaki menghidap kanser paru-paru. Sebagai contoh, doktor akan memeriksa sama ada anda mempunyai tanda-tanda seperti:
Individu yang disyaki menghidap kanser paru-paru mungkin perlu menjalani ujian imbasan untuk menentukan sama ada mereka benar-benar menghidap kanser paru-paru.
Ujian imbasan dapat membantu doktor untuk melihat bahagian paru-paru yang tidak nampak dengan mata kasar.
Gambar yang diperoleh melalui ujian ini dapat membantu doktor untuk mencari lokasi kanser tersebut dan melihat sama ada ia telahpun merebak. Doktor juga dapat mencadangkan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.
Ujian imbasan yang pertama untuk pesakit yang disyaki mempunyai sakit kanser paru-paru ialah ujian X-ray. Melalui ujian ini, doktor dapat melihat bahagian paru-paru pesakit dan mengesan jika ada sebarang abnormaliti.
Walau bagaimanapun, ujian X-ray tidak dapat digunakan untuk membezakan antara tumor yang disebabkan oleh kanser atau penyakit lain seperti abses paru-paru (lung abscess) iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru bernanah.
Oleh itu, pesakit mungkin perlukan ujian lain untuk menentukan sama ada tumor yang berada pada paru-paru tersebut ialah kanser atau tidak.
Selepas ujian X-ray, pesakit selalunya akan menerima imbasan CT. Melalui imbasan CT, doktor boleh memperoleh imbasan paru-paru yang lebih terperinci dan tepat. Imbasan CT merupakan prosedur yang tidak menyakitkan. Ujian ini mungkin akan mengambil masa di antara 10 hingga 30 minit.
Sama seperti imbasan CT, imbasan MRI akan menghasilkan imej paru-paru yang lebih lengkap. MRI selalunya digunakan untuk memeriksa sama ada kanser paru-paru yang pesakit alami telah merebak hingga ke otak ataupun saraf tunjang.
Jika ujian CT dapat mengesan kehadiran kanser, doktor akan melakukan imbasan PET-CT untuk mengenal pasti kedudukan sel kanser yang aktif.
Sama seperti imbasan CT, prosedur ini tidak menyakitkan dan mungkin memakan masa selama 30 hingga 60 minit.
Melalui keputusan imbasan PET-CT, doktor dapat membuat diagnosis yang lebih tepat dan mencadangkan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan tahap kanser yang pesakit alami.
Biopsi paru-paru merupakan satu prosedur yang dilakukan untuk mengeluarkan sampel tisu abnormal menggunakan jarum biopsi ataupun pembedahan daripada badan untuk mengenal pasti sama ada tisu tersebut bersifat malignan atau tidak.
Jika anda dikesan mempunyai simptom sakit kanser paru-paru, anda mungkin akan menjalankan biopsi. Ada beberapa prosedur biopsi. Antaranya ialah:
Bronchoscopy merupakan satu prosedur yang membolehkan doktor melihat ke dalam salur pernafasan dan paru-paru pesakit. Semasa biopsi, doktor akan memberikan ubat bius sebelum memasukkan bronchoscope ke dalam hidung ataupun mulut pesakit.
EBUS merupakan sejenis prosedur yang tidak invasif namun amat efektif untuk mendiagnos kanser paru-paru, jangkitan pada paru-paru dan penyakit lain yang boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak.
Prosedur ini membolehkan doktor melakukan satu teknik yang dikenali sebagai transbronchial needle aspiration (TBNA) untuk menyedut tisu daripada kawasan paru-paru tanpa sebarang pembedahan.
Semasa doktor melakukan biopsi menggunakan jarum halus ataupun fine needle biopsy, doktor akan memasukkan jarum panjang melalui belakang badan untuk mengambil sampel tisu. Prosedur ini selalunya dilakukan dengan bantuan imbasan CT dan ultrasound.
Melalui prosedur ini, jarum akan dimasukkan melalui ruang di antara paru-paru dan dinding dada. Prosedur ini selalunya dilakukan untuk membuang cecair lebihan yang dikenali sebagai efusi pelural (pleural effusion).
Prosedur yang sama juga boleh dilakukan untuk menentukan punca pesakit mendapat efusi plural, sama ada disebabkan kegagalan jantung, jangkitan paru-paru, tumor dan juga kanser.
Mediastinoscopy merupakan sejenis pembedahan toraks yang dilakukan dengan mediastinoscope untuk memeriksa bahagian dalam toraks yang terletak di antara paru-paru. Selain digunakan untuk melakukan biopsi, prosedur yang sama turut dijalankan untuk memeriksa kelenjar limfa pesakit yang menghidap kanser paru-paru.
Apabila pesakit didiagnosis dengan kanser paru-paru, doktor akan melakukan ujian untuk memeriksa fungsi pulmonari paru-paru. Melalui ujian ini, doktor dapat mencadangkan rawatan yang paling sesuai untuk pesakit mengikut keadaan kesihatan mereka.
Selain itu, doktor juga boleh melakukan ujian ini untuk memeriksa sama ada pesakit tersebut dalam keadaan yang sihat untuk melakukan pembedahan.
Ujian darah tidak boleh digunakan untuk diagnosis kanser paru-paru. Namun, ujian ini dapat memberikan doktor informasi berkenaan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh.
Selain itu, ujian ini juga dapat menguji sama ada organ pesakit dalam keadaan sihat atau tidak.
Ujian kimia darah boleh juga dilakukan untuk memeriksa sama ada hati atau buah pinggang pesakit berfungsi dalam keadaan yang baik.
Hasil daripada ujian darah ini membolehkan doktor menentukan sama ada pesakit mampu melalui pembedahan atau menerima rawatan lain.
Pesakit yang disyaki menghidap kanser paru-paru juga mungkin akan menjalani sputum cytology. Doktor akan meminta pesakit untuk membuang kahak supaya sampel tersebut boleh dianalisa oleh seorang ahli patologi.
Melalui prosedur ini, doktor boleh mengesan kanser, terutama sekali jika kanser tersebut terletak pada bahagian tengah saluran pernafasan. Cara ini tidak efektif untuk mengesan kanser yang terletak pada kawasan paru-paru yang lebih jauh.
Pesakit yang menghidap kanser paru-paru bukan sel kecil boleh melakukan ujian profil molekular ataupun molekular profiling untuk mengenal pasti jenis kanser yang membentuk tumor di dalam tubuh pesakit. Rawatan boleh diberikan secara lebih baik dan efektif untuk melawan sel kanser tersebut.
PD-L1 merupakan sejenis protein yang mengelakkan sel imun badan daripada menyerang sel yang sihat dalam tubuh badan manusia. Terdapat sel kanser yang mempunyai bilangan PD-L1 yang banyak. Keadaan ini membantu sel kanser untuk ‘memperdaya’ sistem imun badan supaya tidak menyerangnya.
Jika kanser yang pesakit alami mempunyai sel PD-L1 yang tinggi, pesakit tersebut boleh dirawat dengan terapi imun. Melalui terapi ini, sistem imun manusia akan dikuatkan lagi supaya ia boleh mengenal dan melawan sel kanser paru-paru.
Kebanyakan ujian PD-L1 dijalankan melalui prosedur biopsi.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen