Kasihan Isteri Alami Kecederaan Saraf Tunjang, Bagaimana Nak Buat Hubungan Kelamin? Ini Caranya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kecederaan saraf tunjang adalah antara kondisi perubatan yang bahaya dan sangat ditakuti oleh individu.

Sekiranya ia terjadi, maka wujud kemungkinan di mana sebahagian tubuh badan anda akan menjadi lumpuh.

Tentu sahaja, ia akan mengakibatkan pelbagai kesukaran dan kesulitan dalam meneruskan kehidupan pasca kecederaan ini.

Bagaimana pula dengan aspek seksual buat wanita? Adakah ia juga akan terjejas? Ayuh ikuti artikel ini untuk tahu!

Apa maksud kecederaan saraf tunjang?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang definisinya terlebih dahulu.

Kecederaan saraf tunjang boleh berlaku akibat trauma kemalangan atau kekerasan serta penyakit seperti tumor atau virus yang menjejaskan keupayaan saraf tunjang menghantar dan menerima mesej di antara otot, otak dan tubuh badan.

Kebiasaannya, penderita akan mengalami kecacatan kekal dari segi kekuatan, sensori dan fungsi anggota yang berada di bawah paras kecederaan ini.

Mereka yang mengalaminya pasti akan keliru dan bertanya sama ada mereka masih mampu untuk berjalan, bergerak dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Malangnya, kecederaan ini mungkin akan membuat sebahagian tubuh badan lumpuh atau terjejas dalam berbagai-bagai cara yang berbeza.

Sekiranya dilihat dari aspek seksual, kecederaan ini mungkin akan memberi kesan yang agak buruk kepada penderita.

kecederaan saraf tunjang

Bagaimana? Sila teruskan pembacaan anda!

Bagaimana ia mempengaruhi kehidupan seks wanita?

Persoalan utama yang akan bermain di minda wanita pasca kecederaan ini adalah masihkah mereka mampu melakukan hubungan seks?

Jawapannya, wanita tidak akan hilang nafsu syahwat selepas mengalami kecederaan saraf tunjang dan mungkin masih boleh bersenggama dengan pasangan.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ia akan menyebabkan fungsi seksual kalian akan berubah secara drastik lantas menimbulkan banyak tanda tanya.

Antara persoalan yang mungkin akan timbul termasuklah berkenaan:

Kitaran menstrual

Adakah wanita pasca kecederaan ini masih boleh datang bulan?

Kebiasaannya, kitaran menstrual akan terhenti buat seketika selepas mengalami kecederaan saraf tunjang akibat kejutan terhadap tubuh badan penderita.

Pun begitu, ia bukanlah bersifat kekal dan mungkin akan mula semula selepas 3 ke 6 bulan.

Sepanjang tempoh haid kelak, pad atau tampon boleh digunakan seperti biasa sahaja.

Ini bermakna wanita dengan kondisi ini masih akan datang bulan dan pasangan haruslah elak daripada bersenggama sepanjang tempoh haid.

seks

Orgasma seks

Bolehkah wanita alami klimaks syahwat pasca kecederaan saraf tunjang?

Walaupun mereka memerlukan masa untuk melakukan adegan ‘foreplay’ yang lebih lama, namun ternyata orgasma seks masih boleh berlaku.

Menurut kajian, 52% wanita yang alami kecederaan ini masih boleh mengalami klimaks syahwat bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.

Jadi anda tidak perlu terlalu risau sama ada seks masih lagi nikmat atau tidak selepas ini!

Kelinciran faraj

Bolehkah wanita alami kelinciran faraj pasca kecederaan saraf tunjang?

Faraj yang normal dan sihat boleh mengeluarkan cecair untuk membuatkan ia lembap dan memudahkan penetrasi zakar ke dalam faraj.

Namun kecederaan ini akan mengakibatkan alat sulit wanita ini menjadi kurang lembab lantas menyukarkan penetrasi alat kemaluan.

Bagi menyelesaikan masalah ini, penggunaan minyak pelincir tidak kira jenis air atau silikon adalah diperlukan.

Selain itu, alat mainan seks seperti vibrator atau dildo juga mungkin diperlukan untuk melincirkan lagi faraj.

seks

Kehamilan

Bolehkah wanita mengandung pasca kecederaan saraf tunjang ini?

Ya, wanita masih boleh hamil selepas mengalami kecederaan ini asalkan tahap kesuburan mereka berada pada paras yang bagus.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kehamilan dengan kondisi ini sudah pasti menyukarkan buat wanita dan juga pasangan.

Sekiranya anda tidak mahu hamil, pil perancangan keluarga adalah alternatif terbaik buat pasangan yang mungkin belum bersedia.

Kecederaan saraf tunjang tidak menghalang seks!

Hakikatnya, tiada sebarang masalah buat wanita yang mengalami kecederaan saraf tunjang untuk meneruskan kehidupan di kamar tidur.

Penderita masih boleh melakukan hubungan seks asalkan posisi, lokasi dan teknik yang dilakukan itu betul.

Mungkin sebagai seorang suami, anda perlu mengetahui bagaimana untuk menikmati seks dengan sepenuhnya.

Jangan jadikan kecederaan yang mungkin akan mengakibatkan kelumpuhan ini sebagai satu alasan sebaliknya cabaran untuk meneruskan kehidupan seks yang sihat dan hebat bersama pasangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Anda terfikir dan tertanya berapa hari selepas bersama boleh mengandung? Untuk tahu jawapannya, jom klik dan baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Petua Seks 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Terdapat banyak tips lelaki berkaitan dengan topik kehamilan di luar sana. Seperti yang anda sedia maklum, bukan wanita sahaja yang perlu membuat persiapan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Kebiasaannya, sifilis banyak dikaitkan dengan lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa sifilis wanita juga wujud? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Sifilis 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Topik ini malu untuk dibincangkan tapi sebenarnya semasa seks, miss V mungkin memerlukan bantuan pelincir faraj untuk melancarkan hubungan seksual tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

spotting coklat

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/03/2021 . 2 minit bacaan
hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan