Adakah nasihat ini betul? Adakah menyusu bayi selepas pengambilan anestesia dan pembedahan selamat? Munginkah kehadiran ubat ini dalam susu ibu tidak menjejaskan kesihatan bayi yang diberikan susu tersebut?
Apakah itu ‘pam dan buang’?
Istilah ‘pump and dump’ atau pam dan buang bermaksud mengepam susu daripada payudara dan membuangnya, bukan disimpan untuk bayi seperti susu lain yang dipam. Susu badan tersebut biasanya dibuang ke dalam longkang.
Bilakah anda perlu ‘pam dan buang’?
Anda mungkin mahu ‘pam dan buang’ jika anda akan berjauhan daripada bayi dan tidak mempunyai tempat penyimpanan susu. Atau, anda mempunyai sebab untuk mempercayai ada sesuatu yang bersifat sementara dalam susu ibu yang membahayakan bayi anda (seperti alkohol atau ubat-ubatan).
Dalam hal ini, anda mungkin perlu ‘pam dan buang’ susu badan anda. Selain itu, anda perlu memberi bayi susu simpanan yang dipam sebelum ini sehingga bahan yang disyaki berbahaya tersebut keluar daripada sistem anda.

‘Pam dan buang’ susu badan selepas menggunakan ubat bius?
Sebenarnya, anda tidak perlu ‘pam dan buang’ susu badan selepas pembedahan dengan ubat bius setempat atau am. Ubat bius yang digunakan semasa prosedur akan keluar daripada sistem badan anda (dan susu badan anda) dengan cepat.