Kondisi tekanan darah tinggi merupakan penyakit kronik yang lazim dialami oleh masyarakat kita, jadi kita perlu mengenai jenis ubat darah tinggi yang paling berkesan sering dipreskripsikan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkan di sini.
Ubat darah tinggi yang paling berkesan #1. Ubat diuretik
Ini merupakan ubat darah tinggi yang paling kerap dipreskripsikan kepada pesakit.
Ia sering digunakan sebagai agen terapi mono (penggunaan satu ubat) atau dengan ubat darah tinggi yang lain.
Fungsinya adalah untuk mencetuskan natriuresis atau pembuangan lebihan natrium di dalam air kencing.
Perkara ini akan menyebabkan penurunan tahap kerintangan pada salur darah periferal dan mengekalkan tahap tekanan darah pada bacaan yang normal.
Antara ubat yang diklasifikasikan di dalam kategori diuretik adalah seperti berikut:
- Furosemide dan Hydrochlorothiazide (diuretik kelas thiazide) – HCTZ
- Amiloride (diuretik kekang kalium)
- Indapamide dan chlorthalidone (diuretik yang berfungsi seperti kelas thiazide)
Ubat darah tinggi kelas thiazide mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding dengan ubat daripada kelas diuretik yang lain.
Walaupun HCTZ berkesan apabila dosnya ditetapkan pada sekitar 12.5 mg hingga 50 mg sehari, namun terdapat risiko untuk mendapat kesan sampingan tinggi apabila dos yang diberikan melebihi 25 mg sehari.
Pun begitu, dos yang ditetapkan kebiasaannya mengambil kira kesan farmakologikal terhadap tahap hipertensi semasa pesakit.
Dos yang rendah, walaupun dianggap mempunyai keberkesanan yang tinggi, hanya dipreskripsikan untuk merawat hipertensi pada fasa awal penyakit.
Jika terdapat peningkatan pada risiko kesan sampingan kepada pesakit, perkara tersebut akan dijelaskan oleh doktor kepada anda sebelum regimen tersebut dimulakan.
#2. Perencat enzim angiotensin (ACE-I), antara ubat darah tinggi yang paling berkesan
Penggunaan ubat hipertensi ACE-I bukan sahaja boleh menurunkan tahap tekanan darah, ia juga mampu untuk merendahkan risiko individu bagi mendapat penyakit kardiovaskular.
Fungsinya adalah untuk merencatkan kadar penghasilan agen yang boleh mengecutkan saluran darah dipanggil angiotensin.
Kesannya, bukaan arteri dan vena akan kekal luas bagi memastikan aliran darah berjalan dengan lancar dan mengekalkan tahap kerintangan salur darah pada paras yang rendah.
Baca juga: