Apa itu Urtikaria?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Urtikaria?

Urtikaria ialah keadaan kulit yang mempunyai ruam yang gatal dan timbul, berlaku pada satu bahagian badan atau merebak ke kawasan lain yang lebih besar. Ia tidak dikatakan sebagai penyakit berbahaya, tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan semasa tidur atau kadang kala sepanjang hari.

Apakah kebarangkalian Urtikaria?

Urtikaria ialah penyakit lazim. Ia biasanya dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Ia boleh juga memberi kesan kepada pesakit pada semua peringkat usia. Ianya boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Urtikaria akut juga dikenali sebagai urtikaria jangka masa pendek, ialah keadaan yang biasa. Ia menjejaskan sekitar satu daripada lima individu pada beberapa keadaan dalam hidup mereka. Sementara urtikari kronik, atau urtikaria jangka masa panjang, ialah keadaan kurang lazim. Urtikaria biasanya dihidapi oleh kanak-kanak, wanita berusia 30 sehingga 60 tahun dan individu yang mempunyai sejarah alahan.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Urtikaria?

Simptom yang biasa dihadapi oleh pesakit urtikaria ialah:

  • Jalur merah atau putih berkumpul dibahagian muka, badan, lengan atau kaki;
  • Jalur kulit berbeza saiz dan bentuk;
  • Gatal.

Simptom-simptom ini muncul semula dengan kerap dan tanpa dijangka, kadang kala untuk beberapa bulan atau tahun.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor anda sekiranya penyakit ini:

  • Tidak hilang dalam tempoh 48 jam;
  • Semakin teruk;
  • Menyebabkan kemurungan;
  • Mengganggu aktiviti harian;
  • Berlaku bersama simptom-simptom lain;
  • Tidak berkesan kepada rawatan

Anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan sekiranya anda:

  • Berasa pening kepala;
  • Berasa ketat dada atau sukar bernafas;
  • Berasa keronkong atau lidah membengkak.

Punca

Apakah Punca Urtikaria?

Histamin dan bahan kimia lain, dirembeskan didalam saluran darah oleh beberapa jenis sel, berkemungkinan menyebabkan urtikaria.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Urtikaria?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk urtikaria, seperti:

  • Jantina. Dilaporkan bahawa jumlah wanita yang menghidap penyakit ini adalah dua kali ganda daripada jumlah lelaki;
  • Umur. Awal dewasa mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Urtikaria didiagnosis?

Urtikaria boleh didiagnos awal dengan menggunakan pemeriksaan fizikal dan beberapa soalan mengikut kepakaran anda. Anda mungkin diminta untuk menulis aktiviti harian, ubat-ubatan, penggunaan herba atau supplemen, apa yang anda makan dan minum, dimana urtikaria muncul dan berapa lama tempoh yang diambil untuk jalur kulit (welt) tersebut pudar. Untuk pengesahan, ujian darah dan ujian alahan juga boleh dilakukan.

Bagaimana pesakit Urtikaria dirawat?

Urtikaria kebiasaanya tidak memerlukan rawatan sehingga ia berlarutan untuk beberapa hari. Dalam beberapa kes, antihistamin boleh digunakan untuk meredakan ketidakselesaan dan tablet steroid (oral corticosteroid) kadang kala digunakan dalam jangka masa yang pendek untuk merawat kes urtikaria yang teruk.

Adalah penting merawat urtikaria dengan merawat faktor penyebab kepada simptom anda untuk mengawal penyakit ini.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Urtikaria?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani urtikaria:

  • Memakai pakaian yang longgar dan ringan;
  • Elakkan menggaru atau menggunakan sabun yang kasar;
  • Sejukkan bahagian yang terjejas dengan pancuran air, kipas, pakaian sejuk atau losyen yang menenangkan;
  • Awasi dimana dan bila penyakit ini berlaku, apa yang anda lakukan, apa yang anda makan dan sebagainya. Ini dapat membantu anda dan doktor mengenalpasti faktor risiko;
  • Elakkan faktor yang diketahui dapat menggalakkan urtikaria.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.