Apa itu Limfogranuloma Venereum?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Limfogranuloma Venereum?

Limfogranuloma venereum adalah salah satu penyakit yang berjangkit melalui hubungan kelamin. Ia adalah berpunca daripada bakteria Chlamydia trachomatis. Bakteria ini merebak melalui kulit dan mukosa ke dalam kelenjar limfa yang mengakibatkan bengkak disekeliling kelenjar tersebut. Penyakit ini menjejaskan kelenjar limfa, organ genital luar dan juga dubur serta mulut.

Apakah kebarangkalian Limfogranuloma Venereum?

Limfogranuloma venereum bukanlah sejenis penyakit yang biasa berlaku. Penyakit ini lazim  di kawasan subtropic dan tropic. Wanita dalam kalangan usia 20 ke 40 tahun lebih biasa dijangkiti penyakit ini jika dibandingkan dengan lelaki.. Anda boleh mengelak daripada terkena penyakit ini dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Limfogranuloma Venereum?

Simptom penyakit ini akan mula dikesan seawal minggu pertama sehingga 4 minggu selepas terdedah kepada bakteria tersebut. Kemudian organ genital luar dengan bullous phenomena dan sakit tetapi bintik tersebut boleh sembuh dengan cepat. Seterusnya, kelenjar limfa dibahagian celah kelangkang (groin) akan mula membengkak, menjadi merah dan sakit apabila disentuh. Benjolan akan terhasil, seterusnya mengeluarkan nanah dan darah. Demam, sakit otot, sakit kepala, hilang selera makan, muntah dan sakit sendi juga merupakan simptom penyakit ini.

Terdapat simptom lain yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan tanda-tanda penyakit ini.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda mestilah berbincang bersama doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda dan symptom yang dinyatakan di atas. Sila hubungi doktor anda sekiranya dalam tempoh anda menerima rawatan untuk penyakit ini, berlaku beberapa keadaan:

  • Suhu badan meningkat secara mendadak
  • Berasa tersangat sakit yang tidak dapat diredakan
  • Cirit-birit semasa dalam tempoh pengambilan antibiotik
  • Tidak boleh menerima sebarang ubat-ubatan

Setiap individu mempunyai sistem badan dan tahap kesihatan yang berbeza. Jadi,anda perlulah berbincang dengan doktor untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Punca

Apakah Punca Limfogranuloma Venereum?

Penyakit ini berpunca daripada bakteria Chlamydia trachomatis. Bakteria ini merebak melalui bahagian kulit dan mukosa yang digaru ke dalam kelenjar limfa dikelilingi pengumpulan air tidak normal. Ia juga mengganggu kelenjar limfa, organ genital luar dan juga dubur serta mulut.

Terdapat beberapa punca lain penyebab penyakit ini seperti terdedah kepada bakteria Chlamydia Trachomatis media atau merebak bukan melalui hubungan intim.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Limfogranuloma Venereum?

Factor-faktor ini meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat limfogranuloma venereum:

  • Lemah sistem ketahanan badan
  • Jangkitan HIV
  • Dijangkiti penyakit kelamin
  • Aktiviti seks tidak sihat

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apakah pilihan rawatan untuk penyakit ini?

Rawatan yang biasa diberi kepada pesakit limfogranuloma venereum merangkumi:

Antibiotik digunakan untuk melawan jangkitan bakteria dan perlu diambil dalam masa 3 minggu.

Ubat than sakit seperti Acetaminophen, Ibuprofen dan tuam dengan air panas boleh digunakan untuk merawat simptom tetapi kaedah ini sedikit rumit.

Pesakit haruslah mengambil makanan bernutrisi untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.

Untuk beberapa keadaan tertentu, pembedahan mungkin dilakukan untuk meredakan radang pada kelenjar limfa atau bisul (abscess). Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk radang kronik, mandul,serta menghadapi masalah semasa kencing dan membuang air besar.

Apakah ujian yang kerap dilakukan untuk limfogranuloma venereum?

Doktor akan diagnos pesakit berdasarkan sejarah terdedah kepada bakteria ini dalam masa terdekat, pemeriksaan fizikal dan ujian darah termasuk ujian untuk penyakit kelamin. Doktor anda juga akan mengambil sampel luka untuk ujian bakteria sekiranya terbukti wujudnya  bakteria Chlamydia atau antibodi melawan bakteria tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Limfogranuloma Venereum?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu untuk mengatasi penyakit ini (saluran limfa tersumbat):

  • Seks yang sihat
  • Ambil ubat yag disarankan oleh doktor sehingga sembuh
  • Penyakit ini berkemungkinan untuk terjadi semula, jadi anda perlulah selalu membuat pemeriksaan melalui janjitemu.
  • Berbincang/maklumkan kepada rakan berkaitan kondisi anda supaya meraka boleh melawat dan membantu untuk mendapatkan rawatan jika perlu.
  • Rehatkan diri ketika menghadapi penyakit ini, dan kembali melakukan aktiviti harian secara berperingkat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.