Apa itu Kegagalan buah pinggang?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Kegagalan buah pinggang?

Di dalam tubuh badan kita, fungsi buah pinggang adalah untuk menapis sisa-sisa buangan dan air berlebihan daripada darah kita kepada bentuk air kencing. Kegagalan buah pinggang juga dikenali sebagai end-stage renal disease (ESRD), iaitu tahap akhir penyakit buah pinggang, yang bermaksud fungsi buah pinggang tidak memadai keperluan harian tubuh badan.

Sekiranya anda menghidap penyakit ESRD, buah pinggang anda berfungsi kurang daripada 10 peratus berbanding keupayaan biasa. Ini bermaksud buah pinggang anda hampir tidak berfungsi atau tidak berfungsi sama sekali. Penyakit buah pinggang selalunya amat progresif. Penyakit buah pinggang yang kronik seringkali mengambil masa selama 10 ke 20 tahun selepas anda didiagnosis untuk mencapai tahap terakhir. ESRD mungkin juga akan berkembang secara perlahan-lahan.

Anda mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, anemia (bacaan darah rendah), tulang rapuh, kesihatan pemakanan yang lemah dan kerosakan saraf. Selain itu, penyakit buah pinggang akan meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung dan salur darah. Masalah-masalah ini mungkin akan berkembang secara perlahan dalam jangka masa yang panjang.

Apakah kebarangkalian Kegagalan buah pinggang?

Kegagalan buah pinggang merupakan penyakit yang sering berlaku. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kegagalan buah pinggang?

Antara simptom-simptom umum bagi kegagalan buah pinggang termasuk:

  • Kesukaran membuang air kencing;
  • Membuang air kencing berlebihan atau berkurangan;
  • Keletihan yang melampau;
  • Berat badan susut secara tidak normal;
  • Kehilangan selera makan;
  • Mengalampi loya dan muntah-muntah;
  • Kulit kering dan gatal;
  • Pertukaran dalam warna kulit;
  • Otot kejang;
  • Mengalampi loya dan muntah-muntah;
  • Tidak berasa lapar;
  • Kaki dan buku lali bengkak;
  • Kesukaran untuk bernafas;
  • Masalah tidur;
  • Mulut berbau;
  • Mudah lebam, hidung berdarah, atau darah dalam najis;
  • Dahaga yang berlebihan.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila rujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenarai diatas atau mempunyai persoalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan bertindak berlainan. Seeloknya adalah untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Kegagalan buah pinggang?

Kegagalan buah pinggang adalah hasil masalah-masalah kesihatan lain yang telah merosakkan buah pinggang secara kekal, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa panjang. Kencing manis merupakan punca utama ESRD. Darah tinggi juga merupakan salah satu punca ketara yang menyebabkan ESRD.

Apabila buah pinggang anda mengalami kerosakan, ia tidak dapat berfungsi pada tahap kemampuan yang sempurna. Sekiranya kerosakan pada buah pinggang anda semakin memburuk dan buah pinggang anda semakin kurang berkebolehan berfungsi, anda akan menghidap penyakit buah pinggang kronik. Kegagalan buah pinggang adalah tahap terakhir (paling teruk) penyakit buah pinggang kronik. Oleh sebab itu, kegagalan buah pinggang juga dikenali sebagai end-stage renal disease, ESRD apabila diringkaskan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kegagalan buah pinggang?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk kegagalan buah pinggang, termasuk:

  • Kencing manis;
  • Hypertensi;
  • Penyakit genetik, seperti penyakit buah pinggang polisistik;
  • Sindrom Alport;
  • Nefritis interstisial;
  • Pielonefritis;
  • Penyakit autoimun, seperti lupus dan IgA nefropati.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Kegagalan buah pinggang didiagnosis?

Doktor anda akan mendiagnosis ESRD menerusi kajian fizikal dan kajian-kajian untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Kajian buah pinggang yang akan dijalankan oleh doktor anda berkemungkinan seperti yang berikut:

  • Urinalisis digunakan untuk mengkaji air kencing untuk kehadiran protein dan darah, iaitu tanda-tanda buah pinggang anda tidak menapis sisa-sisa buangan dengan betul.
  • Ujian kreatinina serum digunakan untuk mengkaji sama ada kehadiran kreatinina, iaitu sejenis sisa buangan yang ditapis keluar dari badan oleh buah pinggang anda, ┬ásemakin meningkat didalam darah anda.
  • Urea darah nitrogen digunakan untuk mengkaji bacaan bilangan nitrogen yang hadir dalam saluran darah anda.

Anggaran kadar saring glomerulus (GFR) menganggar kadar keupayaan buah pinggang anda menapis sisa-sisa buangan.

Bagaimana pesakit Kegagalan buah pinggang dirawat?

ESRD tidak ada penawarnya, manakala cara-cara merawat ESRD adalah menerusi dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Dialisis. Terdapat dua pilihan untuk anda menerusi dialisis: hemodialisis atau dialisis peritoneal. Semasa menjalani hemodialisis, darah anda akan melalui saluran tiub ke dalam buah pinggang buatan atau penapis. Kemudian, ia akan menapis sisa-sisa buangan dengan menggunakan larutan dan menyalurkan kembali darah bersih ke dalam badan anda. Kaedah rawatan ini lebih ramah digunakan tiga kali seminggu. Ia mengambil masa selama tiga ke empat jam bagi setiap rawatan. Semasa menjalani dialisis peritoneal, sejenis larutan khas akan menyalur ke dalam perut anda melalui tiub kateter. Larutan khas itu akan ditinggal di dalam abdomen anda buat seketika dan kemudian ia akan dibuang. Kaedah ini boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja, mahupun semasa dalam perjalanan.

Pemindahan buah pinggang melibatkan buah pinggang terjejas dikeluarkan serta digantikan dengan dermaan buah pinggang yang sihat.

Rawatan-rawatan lain bergantung kepada simptom yang dihadapi, tetapi mungkin terdiri daripada:

  • Kalsium dan vitamin D berlebihan disebabkan fungsinya yang bertambah teruk, sila berhubung dengan doktor anda sebelum mengambil ubat tambahan.
  • Ubat dikenali sebagai pengikat fosfat yang digunakan untuk menghalang tahap fosfat daripada meningkat secara mendadak.
  • Rawatan untuk anemia, seperti lebihan zat besi dalam diet, pil atau suntikan zat besi, suntikan ubat eritropoietin, serta pentransfusan darah.
  • Ubat mengawal tekanan darah.

Diet khas adalah sangat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Diet ini boleh mengandungi:

  • Memakan makanan mengandungi kurang protein;
  • Memperoleh jumlah kalori yang mencukupi jika berat badan anda surut;
  • Mengurangkan cecair;
  • Mengurangkan pengambilan garam, kalium, fosfat, dan eleLimiting salt, potassium, phosphorous, and other elektrolit lain-lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kegagalan buah pinggang?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kegagalan buah pinggang:

  • Mengawal tahap glukosa darah serta tekanan darah anda;
  • Menjalankan diet khas;
  • Bersenam;
  • Meningkatkan pengambilan kalori, mengurangkan pengambilan protein;
  • Memelihara berat badan yang unggul;
  • Mengawal pengambilan alkohol serta tidak menghisap rokok atau menggunakan tembakau;
  • Pemvaksinan, termasuk vaksin Hepatitis A, vaksin Hepatitis B, vaksin Flu, vaksin Pneumonia (PPV).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.