Tahu tak apa itu anafilaksis? Ia adalah tindak balas alahan yang boleh dialami seseorang individu. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, bahaya menanti. Ikuti penjelasannya.
Tahu tak apa itu anafilaksis? Ia adalah tindak balas alahan yang boleh dialami seseorang individu. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, bahaya menanti. Ikuti penjelasannya.
Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.
Anafilaksis merupakan tindak balas alahan yang teruk yang boleh mengancam nyawa. Ia berlaku dalam masa beberapa saat atau minit selepas pendedahan kepada perkara yang mencetuskan alahan seperti kacang atau racun daripada sengatan lebah.
Mereka yang mempunyai reaksi alahan yang teruk mempunyai risiko tindak balas di masa akan datang. Walaupun reaksi pertama anda adalah sederhana, tindak balas masa depan mungkin lebih teruk.
Serangan anafilaksis memerlukan rawatan kecemasan segera. Jika anafilaksis tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa kepada pernafasan atau degupan jantung terhenti.
Memahami anafilaksis dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan tindak balas alahan yang teruk ini akan membantu menangani keadaan anda.
Keadaan kesihatan ini adalah sangat biasa berlaku tanpa mengira usia. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Keadaan kesihatan ini adalah sangat biasa berlaku tanpa mengira usia. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Antibodi adalah pelindung yang mempertahankan badan daripada bahan-bahan asing (bakteria tertentu atau virus).
Walau bagaimanapun, sistem imun sesetengah orang bertindak balas secara keterlaluan kepada bahan-bahan (kacang atau racun dari sengatan lebah) yang menyebabkan tindak balas alergi.
Biasanya, simptom alahan tidak mengancam nyawa. Tetapi sesetengah orang mempunyai tindak balas alahan yang teruk yang boleh membawa kepada anafilaksis.
Bahan kimia berlebihan yang dikeluarkan oleh sistem imun anda semasa anafilaksis boleh menyebabkan anda mengalami kejutan (shock); tekanan darah turun secara tiba-tiba dan saluran pernafasan sempit, menyekat pernafasan normal.
Pencetus biasa anafilaksis termasuklah:
Sebab-sebab lain yang jarang berlaku termasuklah:
Anafilaksis apabila melakukan senaman jarang berlaku dan berbeza dari individu ke individu. Pada sesetengah orang, aktiviti aerobik termasuk berlari-lari anak, boleh mencetuskan anafilaksis.
Pada yang lain, aktiviti fizikal ringan seperti berjalan boleh mencetuskan tindak balas. Pengambilan makanan tertentu sebelum bersenam atau bersenam sewaktu cuaca panas, sejuk atau lembap juga telah dikaitkan dengan anafilaksis pada sesetengah orang.
Bincang dengan doktor anda tentang sebarang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa bersenam.
Jika anda tidak tahu apa yang mencetuskan serangan alahan anda, doktor anda boleh melakukan ujian untuk cuba mengenal pasti alergen yang terlibat. Dalam beberapa kes, punca anafilaksis tidak dapat dikenal pasti. Ini dikenali sebagai anafilaksis idiopatik.
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/keadaan-alergi-autoimun/alahan-kulit/alahan-pada-kulit/
Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk anafilaksis, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda akan bertanya soalan mengenai alahan anda atau sebarang reaksi alahan yang pernah anda alami. Anda boleh menjalani beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis seperti ujian kulit atau ujian darah.
Doktor anda akan cuba untuk menolak kemungkinan lain sebagai penyebab simptom-simptom anda, termasuklah:
Semasa serangan anafilaksis, pasukan perubatan kecemasan boleh melaksanakan bantuan pernafasan (CPR) jika anda berhenti bernafas atau jantung anda berhenti berdegup. Anda mungkin diberi ubat-ubatan seperti:
Anda sudah memahami apa itu anafilaksis, Pasti anda mahu mengetahui cara pencegahannya, bukan?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani anafilaksis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen