Tahu Rakan Kemurungan & Ada Potensi Ingin Bunuh Diri? Ini 4 Langkah Anda Boleh Bantu Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/04/2020 . 2 minit bacaan

Membunuh diri adalah tragedi yang melibatkan seorang individu menamatkan nyawanya sendiri apabila tidak mampu untuk meneruskan kehidupan. Walau bagaimanapun, keinginan membunuh diri ini boleh dicegah. Jika rakan anda berkeinginan membunuh diri, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk membantu anda menyelamatkan nyawa.

Tanda amaran membunuh diri

Individu yang berisiko untuk membunuh diri mempunyai kelakuan atau emosi yang aneh. Tanda amaran membunuh diri adalah seperti:

  • Bercakap, mendengar, menonton atau menulis berkaitan membunuh diri atau kematian
  • Mengatakan bahawa mereka mahu mati
  • Merasa tiada harapan, kosong. Mengatakan bahawa mereka tiada alasan untuk hidup
  • Mencari jalan untuk membunuh diri, seperti membeli stok pil ubatan, mencari maklumat di internet bagaimana untuk membunuh diri
  • Bercakap tentang rasa bersalah dan malu. Mereka merasakan seperti mereka tidak mempunyai cara penyelesaian untuk keluar dari masalah yang dihadapi
  • Menyatakan bahawa mereka adalah bebanan keluarga atau masyarakat
  • Sering gelisah dan sedih
  • Mengambil alkohol, merokok atau dadah lebih kerap dari biasa, atau mereka mula mengambilnya jika sebelum ini mereka tidak pernah menggunakannya.
  • Perubahan emosi secara tiba-tiba. Mereka boleh menjadi sangat gembira, dan menjadi sangat sedih
  • Memberikan perkara penting atau harta benda. Mereka mahu melepaskan tanggungjawab sebelum mereka membunuh diri
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga atau rakan dengan menulis nota atau menghantar mesej

Bagaimana untuk membantu?

Bertanyakan soalan

Apabila anda bertanyakan kepada rakan anda mengenai membunuh diri, ia dapat membantu mengurangkan risiko membunuh diri. Soalan-soalan yang boleh ditanya:

  • Apa yang berlaku dalam hidup awak?
  • Pernahkah awak cuba untuk menyelesaikan masalah ini?
  • Adakah awak mahu berputus asa?
  • Adakah awak mahu membunuh diri?
  • Adakah awak mahu mengambil nyawa awak sendiri?
  • Pernahkah awak terfikir bagaimana ia dilakukan?
  • Pernah awak terfikir di mana awak ingin lakukannya?
  • Adakah awak mempunyai pisau atau gunting? Atau mungkin sejumlah pil?

Pastikan rakan anda selamat

Jika mereka terfikir untuk membunuh diri, mereka mungkin akan melakukannya. Anda perlu mengambil segala senjata yang boleh digunakan oleh rakan anda untuk membunuh diri. Atau anda boleh membawa rakan anda ke tempat yang lebih selamat yang boleh mengurangkan risiko mereka membunuh diri.

Bersama rakan anda

Pastikan anda bersama rakan anda dan elakkan dari membiarkan dia keseorangan. Anda perlu bercakap dengan rakan anda, mendengar luahan mereka dan memahami apa yang mereka fikirkan atau rasai. Anda boleh meringankan perasan mereka dan memberi nasihat

Tawarkan bantuan

Hubungi talian kecemasan jika memerlukan, mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan jika berdepan situasi seseorang individu ingin membunuh diri.

Jika situasi rakan anda tidak memerlukan tindak balas segera, anda boleh bercakap dengan orang perseorangan dan tawarkan rakan anda bantuan. Rakan anda boleh mendapatkan bantuan dari doktor atau psikologi. Mereka berkelayakan dan terlatih untuk mengendalikan situasi seperti ini.

Membunuh diri adalah satu masalah berkaitan kesihatan umum yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, terdapat pelbagai bantuan yang boleh membantu menurunkan kes membunuh diri. Seandainya rakan anda berkeinginan untuk membunuh diri, bantu mereka dengan mengenal pasti tanda amaran membunuh diri dan buatkan mereka membatalkan keinginan tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Insan Tersayang Bunuh Diri, Bagaimana Menempuhi Hari Mendatang?

    Bunuh diri merupakan pilihan terakhir apabila diri mengalami tekanan. Tetapi bagaimana pula kehidupan insan yang masih hidup?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2019 . 3 mins read

    Buli: Perempuan Lebih Terkesan Berbanding Lelaki

    Kanak-kanak perempuan sebenarnya lebih sering terlibat dengan buli berbanding daripada kanak-kanak lelaki dan lebih cenderung untuk merancang membunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 08/05/2019 . 3 mins read

    Atasi Keinginan Membunuh Diri Dengan 5 Langkah

    Kewujudan pelbagai masalah boleh mendorong individu untuk mempunyai keinginan membunuh diri, artikel ini akan membantu anda atasi keinginan membunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kenali Simptom Keinginan Membunuh Diri

    Berwaspada dengan simptom keinginan membunuh diri boleh membantu menghindari kesan buruk dan mengenal pasti punca pemikiran untuk membunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    murung

    8 Tanda Seseorang Itu Berniat Untuk Bunuh Diri, Alert Semua Orang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 mins read
    Goo Hara

    Idola K-pop, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumahnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/11/2019 . 2 mins read
    bunuh diri

    Pengguguran Bukan Punca Utama Bunuh Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/11/2019 . 2 mins read